You are on page 1of 8

SK KUALA BARAM II, MIRI.

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL.1


2018

TARIKH : 18 Januari 2018 (KHAMIS)


MASA : 1.30 petang – 3.30 petang
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKKB II, MIRI.

KEHADIRAN

Hadir :

1. En. Abang Redzuan Bin Juli (Ketua Panitia)


2. En. Mohd Aliff Shah (Setiausaha)
3. Cik Corina Ak Mandi
4. Pn. Hatiah Bt Buda
5. Pn. Rosyati Binti Hj. Durani.
6. Cik Nur Atikah Binti Mat Zin
7. Cik Eliza Anak Johannes
8. Puan Noormuizzah Binti Jahawi
9. Pn. Conniela Joseph
10. Pn. Dayang Haslin Bt Awang Hashim
11. En. Maleki Bin Hanapi
12. Pn. Siti Syahirah Bt Mohamad
13. En. Mohammad Azhar Bin Jabri
14. Pn. Susana Saban (Guru Prasekolah)

Tidak Hadir:

15. Pn. Alexandra Anak Bakin (Cuti Sakit)

AGENDA

1.0 Ucapan aluan Ketua Panitia


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 4/2017
3.0 Perkara berbangkit
4.0 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Panitia BM 2018
5.0 Aktiviti Panitia Bahasa Melayu 2018
6.0 Penetapan Giliran Penggubalan Soalan Ujian 2018
7.0 Perbincangan Mengenai ARC
8.0 Hal-hal lain

1
1.0 Ucapan Aluan Ketua Panitia

1.1 En. Abang Redzuan Bin Juli mengalu-alukan kehadiran semua guru
dengan ucapan terima kasih terutama sekali kepada tiga orang guru baru
dalam panitia Bahasa Melayu iaitu Cik Eliza Anak Johannes, Pn.
Noormuizzah Binti Jahawi dan Pn. Susana Saban (Guru Prasekolah).
1.2 Beliau juga berpesan agar semua guru menjalankan kerja di dalam satu
pasukan dan saling bekerjasama serta bersikap terbuka untuk menjadikan
budaya kerja cemerlang sebagai amalan harian di sekolah.
TINDAKAN DAN MAKLUMAN
Semua Ahli Panitia

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil.4/2017

2.1 En. Mohammad Azhar Bin Jabri mencadangkan minit mesyuarat Panitia
Bahasa Melayu Bil.4/2017 disahkan dan disokong oleh En. Maleki Bin
Hanapi.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 En. Maleki Bin Hanapi menyatakan terdapat perubahan pada agihan kelas
dari apa yang dirancang pada mesyuarat lepas. (Rujuk jadual)

1 ATIKAH 1 MALEKI 1 ALIFF 1 CORINA


A B C D
2 CONNIEL 2 NOORMUIZZA 2 ALEXANDR 2 ELIZA
A A B H C A D
3 DAYANG 3 ELIZA 3 ALEXANDR 3 ALIFF
A B C A D
4 MALEKI 4 ROSYATI 4 DAYANG 4 NOORMUIZZA
A B C D H
5 ATIKAH 5 ROSYATI 5 CONNIELA
A B C
6 CORINA 6 AZHAR 6 ABANG
A B C REDZUAN
Jadual 1.0

3.2 En. Abang Redzuan Bin Juli menanyakan baki duit Panita Bahasa Melayu
pada hujung tahun lepas.
3.3 En. Muhammad Aliff Shah Bin Idris menyatakan bahawa semua baki
RM176.00 tersebut telah digunakan untuk membeli hadiah untuk murid.
Hadiah tersebut juga telah digunakan semasa program bulan bahasa yang

2
dijalankan oleh Cikgu Atikah pada hujung tahun lepas tetapi masih
mempunyai baki hadiah yang belum digunakan.
3.4 En. Abang Redzuan Bin Juli masih mempunyai baki duit dalam anggaran
RM100.00 tetapi duit itu adalah untuk membuat banner carta organisasi.
3.5 En. Abang Redzuan Bin Juli menanyakan jumlah kutipan duit panitia untuk
dikutip pada tahun ini.
3.6 Cik Corina Ak Mandi mencadangkan RM10.00 dan dipersetujui majoriti.
TINDAKAN DAN MAKLUMAN
Semua Ahli Panitia

.
4.0 Pelantikan Ahli Jawatankuasa

4.1
JAWATAN PENYANDANG
KETUA PANITIA En. Abang Redzuan Bin Juli
PEN. KETUA PANITIA Cik Nur Atikah Binti Mat Zin

SETIAUSAHA En. Mohd Aliff Shah


BENDAHARI Cik Corina Ak Mandi

PENYELARAS LINUS En. Maleki Bin Hanapi


Jadual 2.0

TINDAKAN DAN MAKLUMAN


Semua Ahli Panitia

5.0 Aktiviti Panitia Bahasa Melayu 2018

5.1 En. Abang Redzuan Bin Juli menyatakan bagi pertandingan bercerita yang
akan diadakan pada 7.4.2018 bagi tahap 1 dan 26.4.2018 bagi tahap 2,
panitia Bahasa Melayu perlu menyediakan murid untuk bertanding.
5.2 Bagi tahap 1 guru yang menyelaras ialah Pn. Noormuizzah manakala bagi
tahap 2 pula ialah Cik Atikah.
5.3 Pn. Rosyati Binti Hj. Durani.menyatakan bahawa beliau telah menghantar
surat jemputan kepada Pn. Hasina (SISC+ Bahasa Melayu SR) bagi
program Bengkel Menjawab Soalan UPSR. Beliau menyatakan lagi
program ini hanya berfokus untuk tahun 6 sahaja. Program ini akan
dijalankan pada 20.2.2018(Selasa) untuk Bahasa Melayu kertas 1 dan
21.2.2018(Rabu) Bahasa Melayu kertas 2. Program bermula pukul
7.30pagi hingga 12.30 tengah hari di Pusat Sumber. Beliau turut

3
menyatakan bahawa Pn. Hasina meminta semua guru tahun 6 Bahasa
Melayu berada di sana sepanjang masa. Mohon guru tersebut diberi sit-in.
5.4 En. Abang Redzuan Bin Juli berpesan kepada guru lain yang lapang pada
waktu tersebut untuk turut serta sebagai persediaan kelak.
5.5 En. Abang Redzuan Bin Juli menanyakan keberkesanan aktiviti setiap pagi
Isnin adakah patut diteruskan atau tidak.
5.6 Pn. Rosyati Binti Hj. Durani menyatakan bahawa program tersebut boleh
meningkatkan keyakinan murid sebelum bertanding mewakili sekolah.
5.7 Beliau turut menyatakan bahawa pihak PIBG akan memberi insentif untuk
guru yang membawa murid keluar menyertai pertandingan. Guru hanya
perlu memohon pada bendahari.
5.8 Beliau turut memohon Cikgu Abang untuk menguruskan bajet makan untuk
2hari bagi penceramah jemputan kerana beliau akan memohon RM200.00
untuk saguhati penceramah.
5.9 Cik Corina Ak Mandi menyatakan aktiviti setiap pagi Isnin tersebut akan
digunakan untuk karnival bahasa.
5.10 En. Abang Redzuan Bin Juli juga meminta mana-mana guru yang
mengesan bakat murid masing-masing untuk menyediakan murid tersebut.
5.11 En. Abang Redzuan Bin Juli menyatakan bahawa pertandingan
“Mengeja Tepat” akan diselaraskan oleh Pn. Siti Syahirah Bt Mohamad.
5.12 En. Abang Redzuan Bin Juli menanyakan mengenai program “Karnival
Bahasa.
5.13 Pn. Conniela Joseph menyatakan beliau dalam usaha menyusun
segala persiapan aktiviti tetapi meminta tugas beliau sebagai penyelaras
digantikan oleh orang lain kerana faktor kesihatan beliau yang tidak
menentu.
5.14 Penyelaras bagi program “Karnival Bahasa” diselaraskan oleh En.
Abang Redzuan Bin Juli.
5.15 En. Mohammad Azhar Bin Jabri menyatakan bahawa bagi program
tersebut beliau akan menyediakan persembahan “Kurik Kundi” sebagai
pembukaan.
5.16 Pn. Rosyati Binti Hj. Durani meminta agar tarikh program “Karnival
Bahasa” ditukarkan kepada bulan Mac sebelum pilihan raya agar pihak
sekolah mendapat peruntukan.
5.17 En. Abang Redzuan Bin Juli menyatakan program “Bacathon” adalah
termasuk dalam program “Karnival Bahasa”.
5.18 Pn. Rosyati Binti Hj. Durani menyatakan bahawa bagi “Bacathon” pihak
PIBG perlu memohon permit.
5.19 En. Abang Redzuan Bin Juli memutuskan “Karnival Bahasa” dikekalkan
mengikut rancangan asal iaitu pada 17 April 2017.
5.20 Pn. Rosyati Binti Hj. Durani menyatakan “Karnival Bahasa” boleh
dilakukan pada tarikh tersebut tetapi tanpa program “Bacathon” di
dalamnya.

4
5.21 En. Abang Redzuan Bin Juli menyatakan bahawa program tersebut
akan digantikan dengan progam Pemerkasaan NILAM dan jemput YB
untuk merasmikan NILAM.
5.22 Program “Bacathon” dipersetujui untuk dijalankan pada bulan Oktober
dengan pihak PIBG.

TINDAKAN DAN MAKLUMAN


Semua Ahli Panitia

6.0 Penetapan Giliran Penggubalan Kertas Ujian

UJIAN 1 2 3 4
TAHUN
TAHUN 1 CORINA ATIKAH MALEKI ALIFF
TAHUN 2 ELIZA CONNIELA NOORMUIZZAH ALEXANDRA
TAHUN 3 ELIZA DAYANG ALIFF ALEXANDRA
TAHUN 4 MALEKI NOORMUIZZA DAYANG ROSYATI
H
TAHUN 5 ATIKAH ROSYATI CONNIELA MGB
TAHUN 6 MGB sediakan
Jadual 3.0

TINDAKAN DAN MAKLUMAN


Semua Ahli Panitia

7.0 Perbincangan ARC

7.1 Tajuk yang dicadangkan untuk kajian kes ada tiga iaitu iaitu ‘Kajian Kes
Membantu Murid Mengecam Huruf Vokal dan Konsonan Menggunakan Kit
ABC’, ‘Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid’ dan ‘Kajian Kes
Menguasai DIgraf’. Tajuk yang Guru Besar cadangkan dan dipersetujui
ialah Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahap 1’
7.2 Wujud masalah lain yang lebih utama iaitu masalah murid tidak pandai
membaca.
7.3 Setelah dibincang dan dipersetujui ramai diputuskan untuk meneruskan
kajian kes ‘Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid’.
7.4 En. Abang Redzuan Bin Juli meminta guru yang menyelaras berbincang
dan mencari maklumat dan sesuaikan kajian kes dengan situasi sekolah.

TINDAKAN DAN MAKLUMAN


Penyelaras ARC Panitia Bahasa Melayu dan Semua Ahli Panitia

5
8.0 Hal-hal Lain

8.1 Linus
8.1.1 En. Abang Redzuan Bin Juli menanyakan mengenai jumlah
murid yang masih belum lepas LINUS.
8.1.2 Pn. Hatiah Bt Buda menyatakan seramai 30 murid tahun 2 dan
11 orang murid tahun 3. Bagi murid tahun 4 seramai 6 orang
masih LINUS dan 2 orang yang dikenalpasti sebagai Murid
Berkeperluan Khas (MBK).
8.1.3 En. Abang Redzuan Bin Juli meminta penyelaras LINUS untuk
menyenaraikan nama murid-murid LINUS untuk dimasukkan
dalam program HEM dan guru penyayang.
8.1.4 Pn. Susana juga turut diminta untuk berkongsi ilmu untuk
mengajar murid membaca.

8.2 Ops Buta Huruf


8.2.1 Mengenai masalah murid yang masih tidak tahu membaca dari
tahun 1 hingga tahun 5.
8.2.2 Murid tahun 6 seramai 8 orang telah diserahkan kepada Pn.
Susana Saban(Guru Prasekolah).
8.2.3 Ops Buta Huruf ini dijadikan salah satu aktiviti LINUS.
8.2.4 Kenalpasti murid yang masih tidak pandai membaca.
8.2.5 Cara pelaksanaan ialah dengan mewajibkan murid membeli
buku “Bacalah Sayang” 1 dan 2. Kumpulkan murid tersebut
pada hari Jumaat di pusat sumber sekolah dari awal waktu
hingga akhir.
8.2.6 Boleh juga jemput ibu bapa untuk turut serta pada setiap bulan.
8.2.7 Cadangan memohon wang PIBG untuk membeli buku “Bacalah
Sayang”.
8.2.8 Dipersetujui untuk memilih murid berdasarkan keputusan ujian
LINUS yang lepas.

8.3 Sasaran UPSR 2018


8.3.1 En. Abang Redzuan Bin Juli memberikan lembaran mengenai
sasaran UPSR 2018 kepada semua ahli panitia.
8.3.2 Sasaran GPMP bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman ialah
2.76 manakala bagi kertas Bahasa Melayu Penulisan ialah
2.93.
8.3.3 Beliau berharap agar semua guru memberikan komitmen agar
sasaran pada tahun ini dapat dicapai dengan jayanya.

8.4 NILAM
8.4.1 NILAM telah diperbaharui dan ditambahbaik. Kita diminta untuk
menghantar laporan sebanyak 2 kali setahun secara atas talian.

6
8.4.2 Pihak KPM akan memberikan tapak kepada kita untuk diisi.
8.4.3 Satu slot taklimat akan diberikan bersama ibu bapa untuk
NILAM pada kali ini.
8.4.4 En. Abang Redzuan Bin Juli mengedarkan lembaran jadual
penggunaan bilik PSS kepada semua ahli pantia yang
menunjukkan waktu dan kelas mana yang akan menggunakan
bilik PSS.
8.4.5 Setiap kelas hanya akan masuk sekali sahaja di bilik PSS sama
ada pada waktu Bahasa Melayu atau waktu Bahasa Inggeris.
8.4.6 Guru yang mengumpul data NILAM ialah guru kelas,
penyelaras dan En. Abang Redzuan Bin Juli.
8.5 Cadangan Penambahbaikan PdPc
8.5.1 Cadangan untuk guru bertukar kelas untuk beberapa kali
dengan guru lain supaya murid dapat merasakan kelainan
ketika PdPc.
8.5.2 Melihat cara guru lain mengajar dalam program PLC. Guru
yang dicadangkan ialah Cik Corina Ak Mandi.
8.5.3 En. Abang Redzuan Bin Juli menyatakan beliau telah membeli
RPH secara atas talian dengan harga RM10 untuk satu tahun.
Mungkin akan dikongsikan kemudian.

8.6 Stor Bahasa Melayu


8.6.1 Bahan dalam stor Bahasa Melayu akan dipindahkan ke PSS.
8.6.2 Antara bahan yang ada dalam stor Bahasa Melayu ialah Kamus
Dewan dan buku PKJR.
8.6.3 En. Abang Redzuan Bin Juli mencadangkan agar bilik tersebut
ada penyelaras.

8.7 Bilik Alat Pandang Dengar (APD)


8.7.1 En. Abang Redzuan Bin Juli memaklumkan bahawa bilik
komputer akan dijadikan bilik APD.

TINDAKAN DAN MAKLUMAN


Semua Ahli Panitia

9.0 Penutup

En. Abang Redzuan Bin Juli mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
hadir bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini. Beliau berharap agar apa yang
diracang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

7
Beliau turut mengingatkan bahawa aktiviti terdekat yang akan diadakan ialah
bercerita.
Mesyuarat Panitia Kali ke-2 akan diadakan pada 11 April 2018. En. Maleki Bin
Hanapi mencadangkan supaya mesyuarat ditangguhkan dan disokong oleh En.
Mohammad Azhar Bin Jabri.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Minit dicatat dan disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………. ………………..………………………..
(MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS) (ABANG REDZUAN BIN JULI)
Setiausaha, Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Panitia Bahasa Melayu, SK Kuala Baram II, Miri.
SK Kuala Baram II, Miri.

Tarikh: 11 Januari 2018.

Disahkan oleh, Disokong oleh,

……………………………………… ………………………………………
( ) ( )

You might also like