You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELARASAN DASAR Aras 13, No. 2, Menara 2 Tel: 03-88706000 Jalan P5I6, Presint 5 Faks: 03-88706810 62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya Webs http:/www.moe.gov.my Rujukan =: ~KPM.600-2/1/9 (/30) Tarikh | November 2019 KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN Tuan/Puan, PELAKSANAAN ‘KAJIAN FENOMENA TINGKAH LAKU BULI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH, MENENGAH, UNIVERSITI, POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI’ Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. — Untuk makluman pihak tuan / puan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantk Unit Perundingan Universiti Malaya (UPUM), Universiti Malaya (UM) untuk melaksanakan Kajian Fenomena Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah, Menengah, Universiti, Politeknik dan Kole] Komuniti mulai 1 September 2019 sehingga 29 Februari 2020. 3. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan profil tingkah laku buli di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti, Politeknik dan Kole} Komuniti dan untuk membantu KPM menyusun strategi dalam merangka dasar pencegahan, pemulihan, intervensi dan latihan bagi menangani tingkah laku buli secara komprehensif di Malaysia. 4, Dalam hal ini, KPM memohon jasa baik pihak tuan / puan untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada pasukan penyelidik daripada UPUM, UM dalam usaha mereka mengumpul maklumat dan data yang berkaitan dengan pelaksanaan kajian ini 5. Sekiranya pihak tuan / puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan kajian ini, pegawai KPM yang boleh dihubungi adalah Dr. Siti Fazriah Binti Raja Mohamed / Encik Jagdev Singh a/i Kulbant Singh / Encik Hairil Syukri Bin Yaakup di talian 03-88705095 / 5101 /5096 atau melalui emel sitifazriah@moe.gov.my i jagdev.singhy 10€. GOV.) / hairil yaakup@moe.gov.my. 6. Perhatian dan kerjasama pihak tuan / puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘Saya yang menjalankan amanah, Abctt. (DR. AB WAHAB BIN CHE MAT) Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar bp. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Setiausaha Bahagian Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar, KPM Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM Dr. Zuwati Hashim Ketua Penyelidik

You might also like