You are on page 1of 39

Siri Kuliah WebEX PPPJJ, USM

JMS 101: Pengantar Sejarah

SUMBER SEJARAH
i. Pengertian Sumber Sejarah
ii. Pengelasan Sumber Sejarah
iii. Hierarki Sumber Sejarah

Dr. Ku Boon Dar


kubd@usm.my
Hasil Pembelajaran
We lead

JMS 101: Pengantar Sejarah


 Menjelaskan pengertian sumber sejarah.

 Menyatakan pengelasan dalam sumber-sumber


sejarah dan contoh-contoh berkaitan
dengannya.

 Membincangkan hierarki sumber sejarah dalam


sesuatu penulisan atau kajian sejarah.
Pengertian Sumber Sejarah
We lead
Pengertian Sumber Sejarah
We lead
Pengertian Sumber Sejarah
We lead

Perlantikan Gustavus Baron de Overbeck sebagai


'Maharaja Sabah' (Borneo Utara) serta 'Raja Gaya dan
Sandakan' oleh Sultan Borneo pada tahun 1877 M.
Pengertian Sumber Sejarah
We lead

• Penting dalam bidang sejarah. Kerana persoalan sumber


berkait rapat dengan penyelidikan sejarah.
• Bagaimana memperolehi sesuatu maklumat?
• Bagaimana mengesahkan kebenaran?
• Perkara pokok dalam pelaksanaan kaedah dan
penyelidikan sejarah ialah sumber yang boleh memberikan
maklumat sebenar mengenai sesuatu sejarah yang telah
berlaku.
• Untuk menentukan kebenaran dan kesahihan sesuatu
fakta.
• Ia mengandungi maklumat ataupun bukti tulen atau
maklumat yang bersifat asli tentang sesuatu fakta,
kejadian ataupun hal-hal berkaitan sesuatu peristiwa
sejarah.
Pengertian Sumber Sejarah
We lead

❖ Ditafsirkan sebagai punca, dokumen, atau


rekod.
❖ Pada lazimnya, sumber-sumber sejarah
diertikan sebagai bahan bertulis atau bercetak.

“Sesebuah karya, dan lain-lain, yang


menyediakan maklumat atau bukti
(khusus yang bersifat tulen atau asli)
berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau
siri hal-hal tersebut.”
[ Oxford English Dictionary]

“Keterangan (bukti) yang bertulis atau


bercetak, surat yang boleh dijadikan
keterangan atau bukti (seperti surat
beranak, surat nikah, dan lain-lain).”
[Kamus Dewan]
Pengertian Sumber Sejarah
We lead

❖ Sekumpulan fakta yang telah diteliti dan


dipastikan.[ Carr]

❖ Teks yang mempunyai kenyataan


mengenai sesuatu peristiwa sejarah.
[Collingwood]

❖ Sebagai bahan bukti dalam bentuk tulisan,


catatan dan saksi utama kepada peristiwa
sejarah yang berlaku. [Louis [R. Gottschalk:
Understanding History]
Pengertian Sumber Sejarah
We lead

❖ Merangkumi pelbagai bentuk, jenis dan rupa.

❖ Rekod-rekod bertulis atau tidak bertulis, tradisi


lisan, peninggalan kampung-kampung pra-
sejarah, tulisan-tulisan purba pada dinding-
dinding batu, sebarang testimoni, sebarang
objek yang dapat memberi gambaran sejarah
manusia dapat dikategorikan sebagai sumber
sejarah. [ G.J. Garraghan]

❖ Oleh itu, sumber sejarah perlu ditafsir


mengikut keperluan ahli-ahli sejarah untuk
menghasilkan penulisan sejarah yang tepat.
Pengertian Sumber Sejarah
We lead

❑ Ialah kumpulan bahan-bahan sejarah hasil daripada


kejadian ataupun peristiwa lampau.

❑ Sumber sejarah tersebut merupakan bahan-bahan


yang tersimpan di arkib, muzium, perpustakaan
ataupun koleksi persendirian.

❑ Satu dokumen bukan sahaja sebagai bahan-bahan


bertulis bahkan juga kesan peninggalan lama seperti
gambar, batu ataupun senjata.

"Dokumen tidak terhad kepada bahan-bahan bertulis


sahaja, ia merangkumi juga - monumen, artifek, foto,
pita dan sebagainya." [Sartono Kartodirdjo]
Pengertian Sumber Sejarah
We lead

❖ “Ilmu sejarah adalah pengkajian sumber, iaitu


sejarawan akan mengkaji sumber-sumber yang
diperolehinya dalam usahanya untuk
menghidupkan kembali peristiwa-peristiwa
penting masa lalu.”

❖ Namun demikian mengikut A. Marwick,


pengkajian sumber semata-mata tidak akan
membentuk sejarah; akan tetapi tanpa
mengkaji sumber, tidak ada sejarah.
Pengelasan Sumber Sejarah
We lead

Sumber Sejarah

Sumber Kedua Sumber Primer Sumber Ketiga

Sumber Bukan
Sumber Dokumen Dokumen

Sumber Bukan Sumber Material Sumber Tulisan


Material
Apakah Sumber Primer
We lead

❖ Dikenali sebagai sumber utama, sumber awalan,


sumber pertama.

❖ Merupakan sumber yang terdapat dalam bentuk


catatan, rekod-rekod kerajaan, fail-fail rasmi,
surat-menyurat, tulisan dan saksi utama kepada
kejadian atau peristiwa lampau.

❖ Merupakan bahan mentah yang belum diproses;


dalam keadaan asli dan tidak diberikan sebarang
tafsiran.
Apakah Sumber Primer
We lead

❖ Penggunaan sumber primer akan


membolehkan ahli-ahli sejarah mendapat
fakta-fakta yang tepat berdasarkan tafsiran
yang dibuat oleh ahli-ahli sejarah.

❖ Dapatan fakta-fakta yang tepat akan


memberikan ruang kepada ahli-ahli sejarah
untuk mendapatkan jawapan yang tepat
terhadap persoalan-persoalan yang
ditimbulkan dalam kalangan ahli-ahli
sejarah.
Sumber Primer
We lead

Keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam


sesuatu perkara… bahan-bahan mentah dan asli yang belum sempurna
lagi…tidak selalunya terdapat pemisahan yang mutlak antara sumber
primer dengan sumber sekunder... Ada kalanya yang digolongkan
sebagai sumber primer itu adalah juga sumber sekunder.

[Abdul Rahman Haji Abdullah]

A primary source is the testimony of an eyewitness, or of a


witness by any other of the senses, or of a mechanical device like
the dictaphone - that is, of one who or that which was present
at the events of which he or it tells (hereafter called
simply eyewitness). A primary source must thus have been
produced by a contemporary of the events it narrates. It does
not, however, need to be original in the legal sense of the word
original - that is, the very document (usually the first written
draft) whose contents are the subject discussion - for quite often
a later copy or a printed edition will do just as well; and in the
case of the Greek and Roman classics seldom are any but later
copies available.

[Louis Gottschalk dalam bukunya Understanding History]


Apakah Sumber Sekunder
We lead

❖ Juga dikenali sebagai sumber kedua;


sumber bukan sezaman.

❖ Sumber sejarah yang telah dinilai dan


ditafsir oleh ahli-ahli sejarah.

❖ Karya sejarah tersusun dalam bentuk


buku sejarah, rencana dan jurnal sejarah;
Apakah Sumber Sekunder
We lead

❖ Interpritasi,tafsiran, andaian dan penilaian


sejarawan terhadap peristiwa yang dikaji
berdasarkan sumber primer.

❖ Penggunaan sumber-sumber sekunder


membolehkan ahli-ahli sejarah mendapat
gambaran umum & rumusan tentang peristiwa
yang hendak dikaji & telah dikaji.

❖ Ahli-ahli sejarah dapat mengenalpasti bidang-


bidang yang belum dijalankan kajian atau
penyelidikan oleh ahli-ahli sejarah yang lain.
Sumber Dokumen dan Bukan Dokumen
We lead

❖ Sumber Dokumen : Sumber yang direkodkan.

❖ Sama ada dalam bentuk tulisan atau visual eg.


gambar.

❖ Sumber Bukan Dokumen : Informasi lisan dan


sumber yang bukan persendirian yang diperolehi
daripada perlembagaan, artifaks, muzik dan
sebagainya.

Artifaks
Sumber Bukan Material
We lead

❖ Contohnya: Adat dan tradisi manusia dalam


bentuk tradisi lisan.

❖ Orang zaman purba dan puak-puak


primitif menyampaikan ingatan mereka
mengenai peristiwa lampau melalui mitos,
legenda dan balada [tradisi lisan].

❖ Kisah-kisah yang terdapat dalam ketiga-


tiganya sering bercampur aduk di antara
kegiatan dan tindakan manusia dengan
kegiatan dan tindakan tuhan dan kuasa
“supernatural” yang lain.
Sumber Bukan Material
We lead

❖ Walaupun nampak seakan-akan


kecamukan dalam memperkenalkan idea,
ia masih dapat memberi sedikit sebanyak
penerangan dan maklumat tentang
kepercayaan, adat dan tindak laku
manusia zaman itu.

❖ Sumber-sumber tersebut kebiasaanya


digunakan dalam mengesan evolusi
perkembangan bahasa yang digunakan
masa kini.
Sumber Material
We lead

❖ Contohnya: Kesan dan peninggalan zaman purba


(tinggalan arkaelogi) - tinggalan pra-sejarah,
monumen, hasil-hasil seni, wang syiling dan inskripsi.

Monumen Stonehenge
yang memiliki diameter
sekitar 90 meter ini
terletak di Wiltshire, 13
kilometer dari Salisbury.
Monumen ini adalah
salah satu monumen
megalitik yang paling
ternama di dunia

Les inscriptions
malaises de Çrīvijaya
Sumber Tulisan
We lead

❖ Hasil-hasil tulisan merupakan sumber


terpenting kepada ahli-ahli sejarah kerana ia
membekalkan pengetahuan yang lebih banyak
berbanding dengan sumber-sumber yang lain.

❖ Ia wujud apabila manusia dan masyarakat


mencapai tahap ketamadunan.

❖ Sistem tulisan menyebabkan manusia


merakamkan peristiwa ataupun kejadian
dalam bentuk catatan dan tulisan.
Sumber Tulisan
We lead

❖ Manusia menggunakan bahan-bahan


seperti belulang, tanah liat, kulit kayu,
daun lontar sebagai bahan untuk tempat
menulis.

❖ Tulisan-tulisan digunakan juga pelbagai;


bermula dengan bentuk gambar hinggalah
kepada simbol-simbol atau huruf-huruf.
Sumber Tulisan
We lead

Sumber
Tulisan

Tradisi Tulisan- Tulisan-


Yang Tulisan Tulisan
Babad Biografi
Direkod- Pengem- Kontem-
kan baraan porari
Tradisi Yang Direkodkan
We lead

❖ Walaupun mengandungi banyak mitos dan legenda,


tetapi masih mempunyai nilai-nilai sejarah -
menggambarkan keadaan politik dan kehidupan sosial
masyarakat masa tersebut.

❖ Contohnya: Sejarah Melayu, Hikayat Iskandar


Dzulkarnain, Hikayat Merong Mahawangsa, Romance
of the Three Kingdoms.

The Iliad & Odyssey merupakan dua puisi epik utama Greek
yang dikatakan ditulis oleh Homer, seorang penyair Ionia
buta. Illiad merupakan sebuah karya yang menceritakan
tentang helah Achilles dalam Perang Trojan sehingga dapat
menawan Troy.
Babad
We lead

❖ Merupakan penulisan bercorak sejarah yang


terawal. APAKAH ITU BABAD?

❖ Mencatatkan peristiwa-peristiwa yang


berlaku sepertimana ia berlaku.

❖ Tiada usaha mengorganisasikan data menjadi


satu sistem yang logik, berasaskan sebab
musabab atau menjelaskan betapa pentingnya
perkembangan sesuatu pergerakan itu.

Babad Tanah Jawa


Babad
We lead

❖ Ia bukan sejarah kerana perincian yang


dimasukkannya tidak berkaitan dengan
peristiwa, tidak sistematik dan tidak tepat.

❖ Ia hanya merupakan sumber sejarah.

Babad Tanah Jawa


Biografi, Autobiografi dan Bukan Harian
We lead

❖ Walaupun memusatkan perhatian kepada tokoh-


tokoh tertentu namun ia masih dapat
menggambarkan keadaan zaman tokoh-tokoh
tersebut.

❖ Buku harian dan buku kenang-kenangan


mencatatkan perkara-perkara yang berlaku hari
demi hari.

The Singapore Story: Memoirs


Chin Peng: My Side of History A Doctor In The House
of Lee Kuan Yew
Biografi, Autobiografi dan Bukan Harian
We lead

❖ Ia berguna kerana dapat memberi gambaran


tentang kehidupan sosial, politik dan ekonomi
masyarakat penulis itu.

❖ Namun sejarawan harus berhati-hati


menggunakan bahan ini sebagai sumber kerana
tulisan-tulisan begitu terlalu 'bias‘ dan ‘berat
sebelah’.

The Singapore Story: Memoirs


Chin Peng: My Side of History A Doctor In The House
of Lee Kuan Yew
Tulisan-Tulisan Pengembaraan
We lead

❖ Dianggap sangat bernilai oleh sejarawan.


❖ Sudut pandangan yang berbeza daripada penduduk
tempatan kerana penulisnya orang asing.
❖ Kemungkinan tidak sempurna kerana ditulis berdasarkan
laporan-laporan orang yang berkepentingan, khabar-
khabar angin dan ketidakfahamanan tentang adat, bahasa
dan kepercayaan penduduk tempatan.
❖ Contoh tulisan-tulisan pengembaraan: I-Ching, Ma Huan,
Marco Polo, Ibn Batutta, Tome Pires.

Marco Polo

Ma Huan
Tom Pires
Sumber Tulisan
We lead

• Rekod-rekod perhubungan seperti surat menyurat,


surat-surat khabar dan laporan-laporan kerajaan.
• Membayangkan sifat peribadi seseorang dan pemikiran
penulisnya.
• Surat-surat khabar dan majalah-majalah berkala dan
tidak mewakili pandangan dan pendapat masyarakat
masa itu tentang isu-isu semasa.

Surat kepada editor

Majalah Pengasuh
Rekod Rasmi
We lead

• Rekod rasmi kiranya berasal sebahagian daripada


urusan awam seperti laporan pejabat tanah,
laporan mahkamah dan sebagainya dan juga
perjanjian-perjanjian.

Perjanjian Pangkor 1874


Rekod Tidak Rasmi
We lead

• Biasanya dokumen-dokumen keluarga,


perjanjian hak milik dan surat-menyurat.
• Dokumen-dokumen ini memberi gambaran
tentang tanah, pertanian, buruh dan isu-isu
sosial.
Hierarki Sumber Sejarah
We lead

• Ruang dan waktu merupakan perkara


penting dalam menentukan hierarki
sumber.

• Peristiwa yang dicatat semasa sesuatu


kejadian lebih diutamakan daripada
catatan yang dibuat setelah lama
kemudian.

• Saksi yang terdekat lebih diutamakan


daripada saksi yang jauh atau hanya
mendengar tentang peristiwa itu daripada
orang lain.
Hierarki Sumber Sejarah
We lead

• Sumber tulisan tangan yang mungkin


hanya satu salinan dianggap lebih asas
daripada sumber tulisan yang dicetak
yang mungkin banyak salinan.

• Dokumen dan rekod sesuatu yang


disaksikan sendiri oleh penulis lebih asli
berbanding dengan rekod sesuatu
kenyataan yang direncanakan oleh
seorang kepada seorang yang lain.
Kesimpulan
We lead

Sejenak…
Sumber Primer,
Sumber Sekunder,
Sumber Ketiga (?)

Sumber penting. Tanpa


sumber, sejarawan
tidak berupaya
menghasilkan
pensejarahannya.
Soalan Kendiri
We lead

“Jelaskan pengertian sumber-sumber dalam penulisan sejarah.”

Intipati Rangka Jawapan:

Isi-Isi:-

1. Menghuraikan maksud sumber dalam sejarah


secara umum dan diikuti dengan secara khusus.
2. Mengambil satu dua penjelasan sumber dari
pandangan para sarjana sejarah.
3. Menjelaskan juga pengelasan sumber-sumber
tersebut bersama contoh-contoh yang sesuai.
Buku Rujukan
We lead

1. Carr E.H. (1965) What Is History. Pelicon Book. London.


[D16.8.C312 – ada di setiap pusat wilayah]

2. Collingwood R.G. (1996)The Idea Of History. Oxford


University Press. [D13.C711 – ada di setiap pusat wilayah]

3. Muhd.Yusof Ibrahim. (1986) Pengertian Sejarah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. [D16.8.Y95 m – ada di setiap pusat
wilayah]

4. Suntharalingam. R. (1985) Pengenalan Kepada Sejarah.


Merican &Sons. Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. [D16.S958 m -
Perpustakaan Hamzah Sendut 1, USM]
We lead

Terima Kasih

Presented by
Dr. Ku Boon Dar | kubd@usm.my

You might also like