You are on page 1of 6

Duta Besar Malaysia Kavakçı, menilai hubungan industri pertahanan Malaysia dengan Turki

,Defensehere.

Duta Besar Turki ke Kuala Lumpur Merve Safa Kavakci, dalam wawancara eksklusifnya kepada
Defensehere.com, beliau memberikan ulasan mengenai hubungan antara Industri Pertahanan
Turki, di Malaysia.

1. Bagaimanakah hubungan semasa industri pertahanan Turki dan Malaysia?

Dalam keadaan ekonomi yang sedang membangun ketika ini, Malaysia, yang memainkan
peranan efektif dalam dunia Muslim, merupakan salah satu sahabat rapat kami di rantau ini.
Hubungan persahabatan ini telah terjalin sejak berabad lamanya.

Sememangnya kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Malaysia dalam semua
bidang. Dalam lawatan Presiden kami ke Malaysia pada tahun 2014 – ketika itu merupakan ulang
tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, beberapa kerjasama strategik telah
dilakukan bagi membuka jalan untuk kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang.

Ternyata, kerjasama strategik yang dijalinkan dalam jangka masa panjang di dalam industri
pertahanan dan teknologi pertahanan telah menguntungkan kedua belah pihak.

Pada masa yang sama, minat syarikat kami yang beroperasi dalam industri pertahanan di
Malaysia telah meningkat dari masa ke semasa. Sebagai contoh, salah satu syarikat kami
telah menghasilkan banyak kereta perisai jenis 8x8 untuk kegunaan industri pertahanan
Malaysia dan projek ini masih lagi diteruskan. Selain itu, sistem senjata pertahanan
kawalan juga telah dihasilkan.

Pertukaran lawatan kerja aras tinggi dan teknikal telah memberikan impak kepada
perkembangan kerjasama dalam industri pertahanan. Sebagai contoh, penglibatan syarikat
industri pertahanan kami ke Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (di Kuala Lumpur) dan LIMA
(di Langkawi), yang mana merupakan antara pameran senjata dan pertahanan utama yang
dianjurkan di Asia. Pada masa yang sama, pihak Malaysia juga telah turut serta dalam Pameran
IDEF. Penyertaan dan penglibatan mereka di dalam pameran ini telah menjalinkan kerjasama
yang erat.

Semasa lawatan Presiden kami ke Malaysia pada bulan Disember 2019 yang lalu, pertukaran
sebanyak 14 Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat-syarikat utama yang beroperasi
dalam industri pertahanan telah dilakukan dengan kehadiran kedua-dua pemimpin negara. Hal
ini merupakan bukti kerjasama kedua-dua negara dalam industri ini.

Tahap kebergantungan kami terhadap negara luar dalam industri pertahanan telah menurun
dengan ketara. Dalam masa yang sama, kemajuan sains dan teknologi juga semakin berkembang
disebabkan minat dan pengiktirafan daripada Malaysia.

Turki bukan lagi Turki yang pasif seperti dahulu. Turki hari ini mempunyai visi untuk menerokai
ruang angkasa. Turki dengan Program Angkasa Negara.

2. Apakah peluang yang disediakan bagi syarikat Turki yang ingin mengeksport ke
Malaysia?

Malaysia merupakan negara Muslim yang lantang dalam bersuara, namun masih mengekalkan
budaya sopan santun. Lokasi geografinya strategik, dasar ekonominya dinamik dan terbuka serta
dilengkapi tenaga kerja mahir. Di dalam wilayah ASEAN yang mempunyai populasi sekitar 650
juta orang ini, Malaysia berperanan penting dalamnya serta meletakkan kepentingan ASEAN
dalam dasar luarnya.

Pada hari ini, cabaran yang dihadapi masyarakat dunia terlalu banyak, kompleks, dan sukar
diramalkan. Sebagai contoh, garis sempadan antara pandemik, perubahan iklim, keselamatan
siber, keselamatan makanan, teknologi baru, keamanan dan perang dilihat semakin kabur.

Oleh kerana lokasi geografinya yang strategik, isu keselamatan dua hala dan wilayah menjadi
agenda utama di Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan penglibatan Malaysia dalam misi
antarabangsa, dan juga dalam misi UNIFIL PBB.
Dalam konteks ini, kita tahu bahawa Malaysia yang memerlukan produk industri pertahanan.
Mereka juga mengikuti perkembangan dan mempercayai produk negara kami, serta melihat
keberadaan dan kejayaannya di dalam bidang industri pertahanan. Syarikat kami juga sangat
berminat dengan Malaysia. Oleh itu, kita boleh katakan bahawa hubungan ini bukan untuk
sementara, malah akan berterusan.

Oleh kerana itu, beberapa tender yang dibuka baru-baru ini menarik perhatian syarikat industri
pertahanan kami. Tender seperti kenderaan udara tanpa pemandu (UAV / drone), pembelian
kenderaan berperisai 4x4, dan pembelian perisian elektronik canggih

Tempoh penawaran dalam tender ini sudah ditutup. Diikuti tempoh penilaian semasa, Hasilnya
akan diumumkan dalam masa terdekat. Kami juga sedang menantikan hasilnya dengan teruja.
Syarikat kami juga berhubung dengan rakan kongsi mereka dari Malaysia untuk hala tuju pasca
pandemik . Semangat ini menggembirakan kami.

3- Antara produk terkemuka industri pertahanan Turki dalam beberapa tahun terakhir ini
adalah SİHA Turki. Bagaimanakah pengetahuan tentang SİHA Turki di Malaysia?

Pihak berkuasa pertahanan Malaysia umumnya menunjukkan minat dan kepercayaan yang tinggi
terhadap produk industri pertahanan yang berteknologi tinggi .

Terdapat peningkatan keperluan terhadap Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) dalam
bidang penerbangan di dunia. Di negara kita, kajian mengenai pengembangan teknologi UAV
berlanjutan secara intensif. UAV dan SİHA, yang merupakan antara produk yang paling asli dan
penggunaan teknologi paling maju Industri Pertahanan Turki menjadi perhatian di Malaysia.
Fakta bahawa UAV Turki dan SİHA digunakan di dalam dan di luar sempadan telah membuktikan
diri mereka yang berada dalam persekitaran pertempuran ini sebagai faktor positif yang
meningkatkan minat terhadap produk-produk ini.

Dua syarikat kami telah mengemukakan tawaran dalam tender UAV(tidak bersenjata) yang
dibuka oleh Malaysia baru-baru ini dan tempoh penawaran telah ditutup. Kami mengikuti
keputusan tender dengan harapan ia akan memihak kepada syarikat kita.

4- Dalam hubungan industri pertahanan di antara Turki dan Malaysia, perkongsian teknologi
juga merupakan agenda bersama seperti eksport/import. Apa yang anda mahu katakan
berkenaan ini?

Berkenaan pemindahan teknologi, ia sentiasa dalam agenda kami di dalam konteks kerjasama
ketenteraan yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara akrab dan rapat.
Kerana pengetahuan dan teknologi kami yang disokong oleh pengalaman dalam industri sentiasa
berkembang dengan baik.

Dalam mempertimbangkan projek-projek kerjasama industri pertahanan yang dilakukan


bersama Malaysia, kami gembira melihat syarikat-syarikat Turki bertindak berkoordinasi dengan
Kementerian Pertahanan serta Ketua Industri Pertahanan dengan cara yang akan memberikan
keuntungan tertinggi buat Malaysia.

5- Berkenaan perkongsian antara Malaysia dan Turki dalam Projek Pesawat Tempur Nasional
turut ada di dalam agenda. Apa pandangan Malaysia berkenaan kerjasama ini?

Pada Disember 2019, ketika Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, Pengurus Besar TUSAŞ , Tuan Temel
KOTİL telah melakukan kunjung ziarah kepada Tun Dr. Mahathir Muhammad sebagai Perdana
Menteri ke-7. Sewaktu itu, Tuan Temel telah menawarkan kerjasama perkongsian untuk Projek
Pesawat Tempur Nasional. Namun begitu, seperti yang kita maklum, kerajaan pimpinan Tun Dr
Mahathir telah tumbang pada Februari 2020 yang lepas dan digantikan dengan kerajaan yang
baru. Projek ini mungkin merupakan salah satu projek penting antara kedua-dua negara pasca
wabak ini.

6- Apakah inisiatif yang telah dilakukan oleh Kedutaan Turki di Kuala Lumpur dalam usaha
mengembangkan hubungan industri pertahanan antara kedua-dua negara?

Kami di Kedutaan telah membantu serta memberikan garis panduan kepada syarikat Turki yang
ingin mengembangkan projek bersama dalam industri ketenteraan di Malaysia. Antaranya,
syarikat yang ingin turut serta mengambil bahagian dalam tender dan yang ingin mencari rakan
kerjasama tempatan bagi tujuan ini. Kebanyakan usaha ini dilakukan oleh attache ketenteraan.

Tambahan lagi, kami menyelaraskan permintaan mereka untuk mengadakan pertemuan dengan
syarikat industri pertahanan dan pihak berkuasa rasmi di Malaysia dan memastikan pertemuan
tersebut berlaku.

Di samping itu, melalui pertemuan-pertemuan rasmi kami, beberapa agenda mengenai


perkembangan industri pertahanan Turki dan projek kerjasama dapat direalisasikan di Malaysia.
Semua usaha ini telah mencipta peluang dan landasan yang sesuai untuk kejayaan syarikat
industri pertahanan. Pada masa yang sama, hal ini telah menarik minat dan rasa ingin tahu di
pihak Malaysia.

Sebelum tercetusnya wabak, pada Disember 2018, kami telah menjadi tuan rumah untuk
delegasi kehormat dari Malaysia. Mereka terdiri daripada Menteri Pertahanan Malaysia,
Panglima Angkatan Tentera, dan Panglima Tentera Laut. Pada pertemuan tersebut, kami telah
menganjurkan pertemuan antara mereka dengan syarikat-syarikat utama Turki yang terlibat
dalam industri pertahanan.
Hasil daripada makluman positif yang diperoleh, Tun Dr Mahathir Muhammad, ketika lawatan
rasminya ke Turki pada Julai 2019, telah melawat syarikat industri pertahanan kami serta telah
mendapatkan maklumat menyeluruh mengenai projek-projek yang dijalankan.

Seperti yang telah saya maklumkan, sebelum Sidang Kemuncak Kuala Lumpur yang diadakan
pada Disember 2019, pertemuan antara syarikat industri pertahanan kami dan rakan kongsi
mereka di Malaysia telah diadakan. Kami telah menggalakkan mereka untuk menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU) dan sebanyak 14 perjanjian persefahaman telah dilakukan
antara syarikat-syarikat dengan dihadiri oleh ketua kedua-dua belah pihak.

Selain itu, kami mengalakkan kedua-dua belah pihak membuat kesepakatan yang baru dan
terkini, sesuai dengan keperluan masing-masing.

7. Apakah syarikat industri pertahanan Turki mempunyai perwakilan di Malaysia? Bolehkah


anda memberikan maklumat ringkas mengenai aktiviti syarikat-syarikat ini?

Di Malaysia, ASELSAN mempunyai syarikat bernama ASELSAN Malaysia Sdn Bhd dan perwakilan
yang menguruskan pelbagai projek.

FNSS, yang saat ini mengeluarkan Kenderaan Tempur Perisai untuk Angkatan Tentera Darat
Malaysia, mempunyai pejabat susulan projek di bandar Pekan, di mana pengeluaran dibuat.

Syarikat perkapalan Turki, yang telah beroperasi bersama-sama pejabat wilayah, telah
menjalinkan hubungan dengan Angkatan Tentera Laut Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia untuk memenuhi keperluan pembuatan dan reka bentuk kapal.

Begitu juga HAVELSAN yang mempunyai wakil di Malaysia sejak 2019.

Tidak kira sama ada syarikat industri pertahanan kami mempunyai pejabat atau tidak, kami di
Kedutaan, memberikan segala jenis sokongan untuk kegiatan mereka dan kami akan terus
melakukannya.

You might also like