You are on page 1of 12
CINTA AHMAD MUTAWAKKIL Zainal Rashid Ahmad U ai solat maghrib — ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para ah demi sepatah, mengaminka setiap baris kalimah — di pintu surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan dan sangat rengsa bunyinya. Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman_ ber Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang masih menadah doa, kami segera menoleh Dek pelita ayan yang tergantung pada alang bere terang cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk makmum pula, sep: aling — disusuli nda sangat di muka pintu segera kami kenal akan gerangannya. Dialah Ahmad Matawakkil. Wajahnya berkerut-kerut; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala scluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membatu dek tenggelam punca. Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan. Sebelah tangannya memaut tang pinta, manakala sebelah lagi terkulai. Waktu itu, kami sedar — perkara yang ditakuti belakangan ini, benar-benar terjadi. Anak tunggal arwah Wak Sadir yang selama ini disanjung laksana lampu ayan yang menerangi kampung, kini di ambang maut. Ahmad Mutawakkil — malam itu, Jumaat bulan Ogos tahun 1953 ~ dek luka yang parah, melangkah dengan longlai ke arah Imam Ngah Deraman. y Sejadah Rindu Ketika kami semua masih terpegun dan tertanya-tanya, Alin Mutawakkil jatuh melutut dan wajahnya tersembam di ribaan Imam Ngah Deraman. Pada waktu itu, dalam keadaan dia mengerekot, kami nampak luka besar di belakang bahunya — bekas tusukan peluru, Darah masih mengalir, betul-betul di bawah tulang pendayung kiri Ahmad Mutawakkil. Menyedari darah terlalu banyak mengalir hingga menitis ke lantai, Penghulu Ibrahim Sigap segera membaringkan Ahmad Mutawakkil. Tak lama kemudian, bunyi nafasnya separuh mengeruh. Dalam keadaan tercungap-cungap, diaterkulai Jalu pengsan. Kampung kami dipugar sejak tiga generasi lalu. Sejarahnya hanya jaluran kebun dan sawah. Pertengahan tahun 30-an, datang satu keluarga Orang Putih — mengupah beratus-ratus orang buruh, termasuk kami sendiri — meneroka belukar. Tak lama kemudian, berjejerlah anak-anak getah. sete Sebahagian buruh pemugar beransur-ansur pergt. Tinggallah sckitar lima belas keluarga, membentuk sebuah kampung kecil berumah teres di tengah estet. Beberapa tahun kemudian, ketika pokok-pokok getah sudah tinggi melayup, hasilnya mula ditoreh. Seminggu sekali, dikepalai Tuan Booth, kepingan getah dikandar puluhan pekerja melintasi jalan kampung menuju ke bandar. Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami. Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau. Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki kulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal kerana kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya tetap asing kepada kami. Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatu itu menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangan estet Tuan Booth, “Eloklah ... paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri.” Begitulah pandangan_ kami.” Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi. a (44 ) Sejadah Rindu Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai, Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua matlamat — rezeki dan ibadat. Tatkala bom pertama meledak, diikuti oleh rentetan dentuman meriam serta serangan kapal terbang, seluruh ketenangan hidup warisan moyang-poyang kami terasa tersentap pergi dan terlucut begitu saja daripada genggaman. Sebaik-baik saja perang pecah pada tahun 1941 dan Jepun masuk, keadaan jadi berkecamuk. Suasana kehidupan kampung dipengap ketakutan. Namun, kami bersyukur atas dua perkara. Pertama, kampung kami terpencil, maka jarang-jaranglah dihendap oleh Jepun. Garisan perang pula tidak melintang di atas tanah kami, maka itu, tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek peluru. Kedua, kami bersyukur kerana kacau-bilau zaman Jepun menyedarkan kami betapa hinanya hidup terjajah. Seminggu sebelum Jepun tiba, Tuan Booth sudah berundur. Kami nampak keretanya menyusur pe merentasi jalan kampung. Isterinya sugul sekali. Anak perempuannya yang berusia sekitar sepuluh tahun itu merengkuh di tingkap kereta sambil tersenyum hambar memandang anak-anak kampung yang berlari mengekori kereta. 4 CERPEN pagar estet, Ahmad Mutawakkil berjalan lesu. Sudah lo dan estet itu menjadi tempatnya menumpang khabar tentang serangan Jepun mengakhiri kisah pergaulannya dengan keluarga Tuan Booth. Malam itu, selepas solat isyak, Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau dan esokny: kami mendapat tahu dia pergi mencari. Ahmad Mutawakkil. Budak itu dibawa ke rumahny Sejak itu, dalam kesulitan hidup zaman Jepun, Ahmad Mutawakkil i anak angkatnya. Cuma kekerapan budak itu menghila elamaan diterima Imam Ngah Deraman sebagai satu kebiasaan. ‘Aku tak sangka budak tu pandai menulis. Anak Orang Putih Di hadapan tiga tahun bang! nasib. Akhimyé men) lam tu ajar dia banyak benda. Dia juga pandai cakap Orang Putih,” kata Imam Ngah Deraman. Di surau, terutama pada malam hari, di hadapan Penghulu Ibrahim Sigap, Imam Ngah Deraman menyampaikan apa-apa sahaja berita yang dikhabarkan Ahmad Mutawakkil. Sejadah Rindu * kata Penghulu [brahim Sigap. ] anya, dia buka erayaulah,” kata Peng! Maknanya, dia bukan mera) eg Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil I kami menjenguk dunia. ; Tahun 1943, dia semakin kerap mer Imam Ngah Deraman memberitahu kami, : di bandar, dia bekerja membaca dan menjaw: daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun. . Kami mendengar, tetapi tidak begitu memahami per keliba itu. Cuma satu hari pada tahun 1945, beberapa bulan setelah ae tentera Jepun langsung tidak lagi menjengah kampung kami, Imam Ngah Deraman menyampaikan berita terbaharu. “Ahmad Mutawakkil balik tengah malam tadi. Katanya, Hiroshima dan Ni ki kena bom. Jepun akan menyerah kalah tak lama lagi.” Walaupun cerita itu: laksana mimpi yang kabur dan sukar ditafsirkan, kami tetap berasa | dan menyembahkan syukur. Misai terunanya tak ubah macam bulu roma, tetapi perawakannya sangat mengesankan. Pada suatu hari, pada tahun 1946, selesai mengaminkan solat isyak, dia mengengsot merapatt Imam Ngah Deraman, bersalaman sambil berbisik. Imam Ngah Deraman berbisik pula kepada Penghulu Ibrahim Sigap. Sebaik-baik saja kedua-duanya menganggukkan kepala, Ahr Mutawakkil tersenyum lalu berdiri “Alhamdulillah ... berkat pimpinan Datuk Onn, perhimpunan pemimpin kita yang diadakan di Johor pada 4 Mei yang lalu telah berjaya menubuhkan PEKEMBAR. Inggeris sudah membatalkan Malayan Union.” Kami melihat nyala semangat dalam dua bola matanya. Suaranya bersahaja, tetapi setiap patah perkataan yang disebuiny acukup untuk menyemarakkan hati sanubari kami, “Apa-apa pun,” sambung Ahmad Mutawakkil, “janean lupa tentang matlamat utama kita - Tanah Melayu mesti merdeka!” Usia Ahmad Mutawakkil pada waktu itu, baru 17 tahun Meski un masih terlalu muda remaja, setiap kata dé akties y ite ali Sangatberpsnearih, § a ata dan tindak-tanduk Ahmad dia juga disegani disel feat ea eta olkaripungnyaseai oa : ti dikembangkan hig ee aceani dis uh asayap ke daerah kami, dia terpilih sebagai antara orang kuatnya ¢ Kuatnya @) hilang. Pada suatu hari, ata Ahmad Mutawakkil, iwab surat-surat rahsia perihal cerita Sejadah Rind . E awakkil berjuang menentang seara terbuka Ahmad Mutawa Sa a0 aan mesra dengan keluarga Tuan Booth dia tetap akra Sea ma Roe a na ° kata Tuan Booth. “Sekarang,” i mana-mana, orang Melayu sudah lawan akkil nasionalis Melayu paling muda.” Sejak kembali, Tuan Booth jauh pewuban oe tak lagi terperap di estet. Pada setiap petang, biasanya selepas 2 Jat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual, bercerita itu ini, terutama dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Booth ndang kami ke banglonya. “Dia pelawa kita minum teh di k : Mutawakkil. “Saya fikir, Tuan Booth ikhlas nak berbaik-bai Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. ‘a tel Inggeris, yang kembali . Saya suka pemuda kata Orang Putih itu lagi, sris, dan Ahmad Mutawa Inge m banglonya,” kata Ahmad Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Sel Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi. tak pernah saya fikir atas sifat hati Melayu, orang Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu dia memusuhi kita. Jadi, berbudi kita berbahasa. penuh dengan persahabatan.” Dengan kata-kata hikmat itu, runtuhlah segala tembok penghalang antara kampung kami dengan estet Tuan Booth. Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami sudah biasa bertandang ke banglo mewah itu. Malah, ada ketikanya, majlis yang diadakan di estet itu turut disertai orang perempuan. Isteri Tuan Booth yang terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap itu kerap menghidangi kami dengan menu Orang Putih. Lebih istimewa, pada setiap kali ada majlis perkahwinan, Tuan Booth sekeluarga pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya. Ada antara kami yang agak ragu-ragu dengan perkara itu. . * “Selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak,” kata Imam Ngah Deraman, “tidak ada salahnya kita menjamah kek yang k untuk pasangan pengantin. eS anes oe Islam Pegi itlldh dia meng a idle ee , gutamakan budi bahasa dalam akhlaknya.” disediakan CERPEN “Kalau Orang Putih macam Tuan Booth, tahu cara berbudi, takkan kita orang Melayu tak tahu nak balas budi?” Sejak itu, asal ada jemputan ke estet, untuk majlis apa-apa pun, orang kampung akan menghadirinya beramai-ramai. Cuma belakangan ini, tanpa Ahmad Mutawakkil yang terlalu sibuk dengan kerja perjuangan parti, kami dapat melihat semacam ada kekecewaan pada keluarga Orang Putih itu, terutama anak gadis yang berambut perang dan bermata biru lembut itu. “Isyyy ... setahu aku, mereka tak ada apa-apa hubungan,” kata Imam Ngah Deraman. “Dulu... sejak kecil, dia rapat dengan anak Orang Putih tu.” Ttulah antara jawapan yang pernah kami dengar, setiap kali persoalan tentang hubungan Ahmad Mutawakkil dengan anak gadis Tuan Booth dibangkitkan. Biasanya, orang perempuanlah yang sibuk benar menyiasat dan merisik-risik perkara itu. Cuma yang agak menghairankan, ketika Ahmad Mutawakkil ada di kampung, tiada seorang pun yang berani bertanyakan perihal itu. Dalam diam-diam, sebenarnya kami juga ingin tahu, apatah lagi setelah menyedari kehadiran anak gadis Tuan Booth di surau, setiap kali Ahmad Mutawakkil balik ke kampung untuk berceramah. Perlahan-lahan — barangkali dilemahkan oleh rasa malu kepada diri sendiri kerana sibuk menjaga tepi kain orang — di mata kami, misteri cinta itu akhirnya lenyap tak berjejak. Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilin menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah. Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan. “Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur. “Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti @) jadah Rind akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita... . : Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari, pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebut orang di sana sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu Seperti biz kami dijemput sama. Di majlis itulah, seorang daripada kami secara tidak sengaja terdengar perbualan Ahmad Mutawakkil dengan anak gadis Orang Putih itu. Kalau bukan awak yang ajar saya menulis dan membac Ahmad Mutawakkil, “tak mungkin saya jadi wartawan. Saya sangat terhutang budi.” Gadis itu tersenyum, menjawab dalam bahasa Melayu yang fasih, “Dari dulu, saya tau awak bijak ... tapi saya tak sangka, awak akan sehebat ini.” Ahmad Mutawakkil terdiam, memandang tepat wajah gadis itu. “Pujian itu terlalu besar. § u belum merdeka, saya tidak layak menerima apa-apa pujian, Sandra.” tulah kali terakhir kami menyertai Ahmad = Mutawakkil ke rumah Sandra, anak gadis Tuan Booth. Sejak serangan berkembar di Estet Ephill dan Estet Sungai Siput pada 13 Jun 1948 yang mengorbankan liga orang pengurus Inggeris, ketegangan merayap ke seluruh negara dan sampai juga ke kampung kami. Bermula pada 16 Jun 1948 di Perak dan tiga hari kemudian di seluruh negara, di mana-mana, kebebasan mulai terbatas. Darurat diisytiharkan. Parti Komunis Malaya mula menggila. “Komunis, di negara kita hanya alat. Kalau kita pilih berjuang cara komunis, makanya, setelah Inggeris berundur, kita akan lerjajah sekali lagi.” Pekarangan surau_terang pelita ayan -benderang disimbahi: cahaya lampu ang digantung pada setiap penjuru ruang. Ruang utama dipenuhi orang kampung ~ bersusun sampai ke beranda, melimpah turun ke tangga. “Ingat... cara kita berjuang berasaskan hati Melayu, maknanya kita berpegang kepada Islam. Selagi kita Mel: ayu-lslam, komunis tak ada tempat di hati kita. Orang Melayu, kalau pilih cara komunis, bukan lagi Melayu-Islam CERPEN Ahmad Muta awakkil sampai tengah hari tadi. Kami benar-benar terkejut, tidak menyangka bahawa nasihat Penghulu Ibrahim Sigap diketepikannya begitu saja. “Aku risau akan keselamatan kau ... Komunis sekarang ni... di. Dengar saja kau nie balik, komunis sengaja ganasnya men. jad tunjuk kuat.” ; Khamis lalu, dua hari sebelum Ahmad Mutawakkil balik, sekumpulan lima orang komunis — termasuk dua orang Melayu — menyerbu banglo Tuan Booth. Kerana hari masih pagi. sekitar pukul 9:00 pagi dan pekerja sedang sibuk di ladang, tak seorang pun yang sedar akan ancaman itu. Sebaik-baik saja melihat kelima-lima orang pengganas itu menerpa masuk lalu menerjahkan senjata ke kepalanya, Tuan Booth sedar akan bahaya yang bakal tiba. Cuma, hatinya terasa lega kerana isteri dan anaknya baru saja keluar ke bandar. “Gua tau... lu... dia punya kawan baik. Kasi tau sama itu Ahmad. Kalau mau ini kampung aman, jangan hasut orang benci komunis dalam surat Khabar atau mana-mana tempat.” Setelah merampas jam tangan serta sejumlah wang di dalam saku Tuan Booth, mereka bergegas melarikan diri. Di laman estet —barangkali sengaja mahu menakutkan orang kampung ~ kelima-lima orang pengganas itu melepaskan beberapa das tembakan ke udara. “Bebaskan Tanah Melayu!” Iulah kata-kata penutup pidato Ahmad Mutawakkil pada malam itu. Kami juga diingatkan untuk terus berjuang mendesak Inggeris berundur, sesuai dengan perjanjian pada | Februari 1948. “Persekutuan Tanah Melayu mesti jadi kenyataan,” kat dengan penuh semangat. Kami juga diberitahu oleh Ahmad Mutawakkil, dua tahun dari sekarang, yakni tahun 1955, satu pilihan raya di peringkat Kuala Lumpur akan diadakan. “Jadi, kita perlu bekerja dengan lebih kuat, bahang kemerdekaan semakin dekat.” Walaupun pidato pada malam itu sangat menarik dan semua mata terpaku kepada Ahmad Mutawakkil, setiap mata kami yang hadir tetap liar menyelinap, tercari-cari di mana duduknya Sandra, anak gadis Tuan Booth. a Sejadah Rindu Agak memeranjatkan, si rambut perang bermata biru lembut itu tidak kelihatan. “Barangkali dia sihat... atau merajuk dengan Ahmad Mutawakkil... atau. Kami mendengar segala macam soksek-soksek. Akhimya, dek terpesona oleh kata-kata dan kobaran semangat merdeka, seluruh isi fikiran dan muatan perasaan kami karam dipukau Ahmad Mutawakkil. Selain citra merdeka, dalam ceramah pada malam itu, dengan nada penuh kesal, Ahmad Mutawakkil turut mengkritik orang Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Walaupun, siang tadi Penghulu Ibrahim Sigap berulang kali menasihatinya a tidak menyentuh perihal komunis, Ahmad Mutawakkil tetap lantang membidas. “Mereka bukan pejuang, tapi orang yang sanggup menjual agama dan bangsa kepada komunis.” Apa-apa pun, kami lega. Tiada sebarang gangguan komunis dan keadaan di sekitar surau tenang, aman. Sekalipun majlis ceramah sudah usai, kami orang lelaki, masih bersantai di surau. Kira-kira pukul 11:00 malam, seorang budak lelaki. mendekati Ahmad Mutawakkil yang sedang berbual-bual dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Budak lelaki itu membisikkan sesuatu. Kemudian, kami nampak Ahmad Mutawakkil tersenyum, bangun lalu: bersalaman, tanda minta diri. Kami masih duduk bergebang di beranda surau sambil menghirup saki-baki kopi ketika Ahmad Mutawakkil menyusur tangga lalu menghilang ditelan kegelapan malam. Jumaat keesokannya, setelah Ahmad Matawakkil tidak kelihatan di surau kala solat subuh, malah tidak ditemui di mana-mana, wajah Imam Ngah Deraman pueat lesi. Seorang gadis diminta menyusul ke rumah Tuan Booth, dan kemudian muncul semula di surau bersama dengan Sandra. “Dia kata nak jumpa awak.” Mata biru gadis itu mulai berair dan ber kepada Imam Ngah Deraman. Di surau, selepas solat sunat duha, Penghulu [brahim Sigap idu bahaya segera mengatur tindakan. Tiga i-kali_ menggeleng yang sudah mer 54) Kon Sejadah Rindu an — termasuk i eli ul ar sepuluh orang seuap kump' elu ung untuk pencari, sekit A ere di seluruh pelosok kamp' Tuan Booth — meredah beluka mencari jejak Ahmad Mutawakkil. / “sas soe Di surau, orang perempuan berkumpul. Suasana murung Walaupun air mata Sandra hari itu laksana Jaw pay kal i orang perempuan hanyut dalam esakan anak adis Tuan 08 . yy Misteri cintanya dengan Ahmad Mutawakkil kini jelas te [ wal i Namun, ketika ba angan komunis merayap dalam sevap fl iran orang kampung. impian untuk berkongsi kisah cinta paling indah di kampung kami itu sudah tidak bererti. ; dence = Menjelang maghrib, ketiga-ti a kumpulan pencart pulang dengan tangan kosong; tak terkesan sebarang jejak, tak ketemu sebarang Lo tanda atau petunjuk; kecuali khabar cerita, kononnya ada orang yang terserempak dengan kelibat sckumpulan komunis yang berkeliaran di hutan di pinggir kampung kala maghrib semalam. ~ “Boleh saya tau, siapa budak lelaki yang panggil dia semalam?” 1 tanya Sandra. Pada waktu itu baru kami sedar, tak seorang pun pas | akan kanak-kanak itu. Jadi, dalam fikiran kami waktu itu separuh | nyawa Ahmad Mutawakkil seakan-akan sudah berada di hujung muncung senapang komunis Malam itu, seusai solat maghrib, seiring debar yang kamitanggung | sejak subuh, tampangnya muncul juga. Darah membuak-buak bagai \ mata air. Tiga lubang luka tanda ditusuk peluru yang ditembak dari jarak dekat menyebabkan kami tidak sanggup melihatnya. 1\ Seusai melafazkan kalimah syahadah, sebaik-baik saja matanya terpejam di atas ribaan Imam Ngah Deraman sambil menggenggam 2 n Penghulu Ibrahim Sigap, padamlah satu-satunya pelita yang ace oh eee pee aa an Hani, Seluruh kampung i g dan b a at » laksana terkatupnya sebuah jendela tempat ami mengenal dunia. 31 Ogos 1957 — ketika bulan merdeka sangat terang di Langit, kami beriktikaf di surau. Sesuai dengan semangat warisan moyang- Ovan g j a i i Bey eae a kami meraikan merdeka dengan Surau penuh sesak — k: dan bacaan tahlil, Khusus u selalu mengenangkan k. ami Menganjurkan majlis doa kesyukuran ‘nak orang yang sangat kami cintai. Kami ata-Katanya: Perihal lurusnya hati Melayu, (56. ee Sejadah Rind berbudi cara Melayu, bersahabat cara Melayu. Malah, segala debar cinta kepada bangsa dan negara. Kami sentiasa rindu akan Kata-kata semangat anak muda itu: “Tanah Melayu pasti merdeka!” Tuan Booth sckeluarga balik ke England seminggu selepas merdeka, tapi setahun kemudian — ketika kami bersiap-siap di suray meraikan setahun merdeka — gadis Inggeris berambut perang dan bermata biru lembut itu muncul semula. Sejak itu, di banglo estet peninggalan Tuan Booth, anak-anak kampung kami bebas keluar masuk pada setiap hari. Barangkali, dek kenangan yang tak pernah lenyap, atau demi gajar anak-anak kami, a di kampung ini, il — nasionalis kecintaan yang tak pernah padam, dia men menghidupkan kenangan tahun-tahun 30-an k ada seorang budak lelaki bernama Ahmad Muta Melayu paling muda. Cinta Ahmad Mutawakkil, 2003 Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ®

You might also like