You are on page 1of 2

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tun Hussien Onn,


KM 7.75 Jalan Kluang,
Karung Berkunci 524,
83000 Batu Pahat,
Johor.

Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali,


Dekan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jabatan Anatomi,
Bangunan Praklinikal,
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur Malaysia. 7 SEPTEMBER 2019

Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN KE MUZIUM ANATOMI

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut
Pendidikan Guru Malaysia kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat bercadang untuk mengadakan
lawatan ke Muzium Anatomi.

3. Lawatan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan sebagai bakal guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Ia juga diharapkan dapat memberi peluang kepada siswa guru menghubungkaitkan teori
yang telah dipelajari dalam subjek Anatomi dengan specimen sebenar.

4. Berikut adalah cadangan mengenai lawatan tersebut:


Tarikh : 2 OKTOBER 2019
Dijangka tiba : 10.00 AM
Jumlah guru pelatih : 15 orang
Jumlah pensyarah : 3 orang
5. Besarnya harapan kami, agar pihak tuan dapat menerima kunjungan kumpulan ini dan
seterusnya dapat mengeratkan silaturahim antara institusi. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini,
sila hubungi Ahmad Hizami Bin Hasbullah di talian 014-8036879.

6. Pertimbangan dan kerjasama yang akan diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

____________________________
(DR. TAJUL ARIFFIN BIN YANG HUSIN)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Tun Hussein Onn,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

You might also like