You are on page 1of 6

DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN PRASEKOLAH)

PERKEMBANGAN KURIKULUM PAKK (ECD 2153)

PN. SITI NUR NADIRAH BT IBRAHIM

TOKOH IBNU KHALDUN

NAMA AHLI KUMPULAN :

AINA AFIQAH BT ISA (3192005761)

AINUN NAJIHAH BT ISNIN (3192002571)

ATHIRAH BT ABDUL KUDUS (3192006001)

INTAN SARAFINA BT SHAFIEE (3192005841)

INTAN NUR LIEYANA BT FAUZI (3192003121)

HIKMA DEWI KSB BT NANANG HARIS (3192005851)


PENGENALAN

Ibnu Khaldun adalah seorang tokoh cendikiawan yang tidak asing lagi dalam kalangan orang-
orang islam. Beliau juga telah banyak memberi sumbangan dari segi pemikiran. Beliau
merupakan ahli falsafah islam yang tiada bandingannya. Ibnu Khaldun begitu dipandang agung
dan disanjung tinggi oleh barat kerana buah fikirannya yang mantap, berguna, serta berkesan.
Secara holistiknya falsafah beliau terus digunakan dan dijadikan panduan dalam membina
ekonomi yang stabil.

Falsafah serta pemikiran Ibnu Khaldun menjurus kepada pembentukan aksiologi iaitu etika,
disiplin, nilai-nilai murni. Falsafah beliau jelas menjurus kepada keislaman serta mencari
keredhaan Allah dalam melakukan sebarang aktiviti dan pekerjaan di dunia.

Latar belakang

Ibnu Khaldun atau nama sebenarnya Abd al-Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami.
Tokoh ini dilahirkan di Tunisia pada tarikh 1 Ramadan pada tahun 732H (1331M). Keluarganya
berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy dan
Sepanyol. Akhirnya beliau berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs
Abu Zakaria, pemerintah Turis pada waktu itu. Beliau mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu
Islam seperti al-Quran, al-Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa dan
mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyan, Abd
Allah Muhammad bin Abd al-Salam.

Beliau pernah dilantik menjadi Ahli Persuratan di Istana Fas, hajib (menyamai taraf Perdana
Menteri) di Bougie, bertugas menjadi kadi dan khatib. Sewaktu di Mesir beliau telah dilantik
memegang jawatan Hakim Mahkamah Raja dan juga setiausaha Raja Muda Abu Ishak ketika
usia beliau mencecah 25 tahun.

Pada tahun 789H (1387M), beliau menumpukan perhatian kepada bidang penulisan. Minat
beliau terhadap penulisan adalah cetusan daripada pembelajaran dan pengalaman dalam disiplin
ilmu traditional serta ilmu pengetahuan semasa terutama dalam bidang politik.

Ibnu Khaldun merupakan pakar sejarah Arab teragung dan diiktiraf sebagai bapa sejarah
kebudayaan dan bapa sains sosial moden.
Pendidikan

Menurut Ibnu Khaldun, pendidikan itu adalah proses transformasi yang diperoleh daripada nilai-
nilai Al Quran dan hadith serta berlandaskan falsafah dan empiris atau pengalaman agar dapat
mempertahankan eksistensi manusia dalam peradaban masyarakat. Terdapat beberapa cara
pengajaran dan pembelajaran yang harus digunakan oleh para pelajar sebagaimana yang telah
terkandung di dala buku penulisannya iaitu Muqaddimah. Antaranya ialah guru harus
memberikan masalah atau persoalan pokok yang bersifat umum dan menyeluruh untuk
mengetahui tahap kemampuan pelajar untuk berfikir. Kemudian, setelah diberi masalah atau
persoalan kepada para pelajar, guru perlu menerangkan secara lebih terperinci agar para pelajar
dapat memahami perkara yang hendak disampaikan. Ibnu Khaldun juga menekankan aspek
perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, dengan berbincang para
pelajar dapat meluahkan segala idea atau buah fikiran, mengasah akal fikiran, melatih diri untuk
berbicara dan menambahkan keyakinan diri. Dengan ini dapat melahirkan para pelajar yang
mempunyai pemikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Menurut Ibnu Khaldun, melalui kaedah
hafalan, para pelajar tidak mendapat pemahaman sebenar.

Ibnu Khaldun telah membahagikan ilmu kepada empat bahagian iaitu :

1. Ilmu agama (syariat) yang terdiri daripada tafsir, hadith, fiqh dan ilmu kalam.
2. Ilmu ‘aqliyah iaitu ilmu kalam, fizik dan ilmu ketuhanan (metafizik).
3. Ilmu alat yang membantu mempelajari ilmu agama iaitu ilmu Bahasa Arab dan
matematik.
4. Ilmu yang mempelajari ilmu falsafah iaitu logika.

Berdasarkan buku Muqaddimah, terdapat enam tujuan pendidikan yang perlu dicapai iaitu :

1. Menyiapkan seseorang dengan keagamaan iaitu mengajarkan syair-syair agama menurut


Al-Quran dan Hadith kerana dapat menguatkan iman seseorang.
2. Menyiapkan seseorang daripada segi akhlak. Pendidikan menurut Islam adalah untuk
membentuk keperibadian manusia yang sempurna melalui budi yang luhur dan akhlak
mulia.
3. Menyiapkan seseorang dengan kemasyarakatan dan sosial.
4. Menyiapkan seseorang dengan ilmu vokasional dan pekerjaan.
5. Menyiapkan seseorang daripada segi pemikiran kerana dengan pemikiran seseorang
dapat melakukan sesuatu dengan baik.
6. Menyiapkan seseorang dengan ilmu kesenian iaitu muzik, syair, khat dan seni bina.

Ibnu Khaldun beranggapan bahawa tujuan pendidikan adalah untuk memberikan kesempatan
kepada fikiran yang aktif kerana ia penting untuk kematangan individu itu. Beliau juga
menekankan konsep keseimbangan iaitu para pelajar perlu memperoleh ilmu dunia dan akhirat.
ISI

Prinsip-prinsip dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Ibnu Khaldun telah meletakkan prinsip-prinsip proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu
hal yang sangat perlu dalam mengajarkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Prinsip-prinsip
tersebut secara garis besarnya meliputi beberapa hal seperti berikut :

a. Adanya pengulangan secara berproses yang harus disesuaikan dengan kemampuan para
pelajar dan tema-tema yang diajarkan secara bersamaan.
b. Tidak membebani fikiran para pelajar. Dalam masalah ini Ibnu Khaldun menyatakan
bahawa pemikiran manusia tumbuh dan berkembang secara berperingkat.
c. Tidak pindah dari satu topik ke topik yang lain sebelum para pelajar memahaminya.
Seorang guru tidak dianjurkan berpindah pada topik yang baru sebelum ia yakin bahawa
pelajarnya telah faham terhadap topik pelajaran yang lalu. Hal tersebut ditandai dengan
bertambahnya tingkat kemampuan yang dimilliki oleh seorang pelajar dan daya kesiapan
yang dimilikinya.
d. Lupa merupakan hal biasa dalam belajar, dan solusinya adalah dengan sering mengulang
dan mempelajarinya kembali. Ibnu Khaldun dengan prinsip belajar-mengajarnya,
menghendaki agar seorang guru juga memperhatikan terhadap proses pendidikan potensi
yang dimiliki seorang pelajar.
e. Tidak bertindak keras terhadap pelajar. Menurut Ibnu Khaldun tindakan keras atau kasar
terhadap pelajar dapat menyebabkan munculnya sikap rendah diri dan mendorong
seseorang memiliki perilaku dan kebiasaan buruk.
Sumbangan terhadap PAKK

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah
menasihatkan ibubapa dan golongan pendidik. Beliau banyak memperkatakan mengenai
persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan
latihan.

Pendekatan yang digunakan oleh Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam
membentuk peribadi kanak-kanak.

Antara pendapat beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak:

1. Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.


2. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara berperingkat-peringkat,
mengadakan latih tubi, menggunakan benda-benda maujud dan menggunakan bahan-
bahan bantu mengajar.
3. Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan
mereka. Ini boleh menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan mencerca pengajaran
yang diberi
4. Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-
contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
5. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum
menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah
diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
6. Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami
apa yang disampaikan.
7. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang
rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi
pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu
helah dan tidak berperikemanusiaan.
8. Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam
waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.
9. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan
menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.
KESIMPULAN

Sebagai ilmuan yang juga sejarawan Ibnu Khaldun telah banyak turut mewarnai pemikiran-
pemikiran tentang pendidikan. Beliau telah mencanangkan dasar-dasar dan sistem pendidikan
yang patut diteladani baik pada masa lalu mahu pun masa sekarang. Dari segi corak atau cara
pengajaran, topik, mahu pun kurikulum yang ditawarkan secara keseluruhan perlu untuk dikaji
dan diamati.

Walaupun di dalam meluahkan tentang pandangannya terhadap falsafah pendidikan Ibnu


Khaldun hanya mengemukakan secara garis besar, namun harus diakui bahawa sumbangannya
terhadap proses pendidikan cukuplah besar. Beliau telah mengemukakan pendangan-
pandangannya dalam bentuk orientasi umum, sehingga dia mengatakan bahawa pendidikan
bukan semata-mata bersifat pemikiran dan perenungan, akan tetapi ia merupakan gejala sosial
yang menjadi ciri khas jenis insani, dan kerananya ia harus dinikmati oleh setiap makhluk sosial
yang bernama manusia. Hal ini kerana orientasi pendidikan menurutnya adalah cara hidup
bermasyarakat. Sementara itu, Ibnu Khaldun melihat bahawa penguasaan terhadap bahasa
merupakan prasyarat bagi keberhasilan suatu pendidikan.

Walau bagaimanapun cara yang ditawarkan Ibnu Khaldun adalah bersifat intelektual, dengan
prinsip memberikan kemudahan-kemudahan bagi para pelajar, demi terciptanya tujuan
pendidikan. Menurutnya hakikat manusia itu adalah jiwanya, sehingga jiwanyalah yang akan
menentukan hakikat perbuatan-perbuatannya, termasuk perbuatan pendidikan.

You might also like