You are on page 1of 3

STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BOLEH

DIBAHAGIKAN SEPERTI BERIKUT.

1) Berpusat Guru

Guru memainkan peranan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi
segala aktiviti pelajaran. Kaedah ini, guru akan banyak memberi penerangan dan murid
hanya mendengar serta menerima apa yang disampaikan. Sebagai contohnya kaedah
demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan.  Strategi P&P lebih
mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan mementingkan pencapaian murid
berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. Kesimpulannya teknik pengajaran guru
seperti ini ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal manakala murid
kurang berupaya membuat intepretasi, kurang kreatif dan tidak berinisiatif.

2) Berpusatkan Murid

Murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran sama ada secara
berkumpulan atau individu. Guru berperanan memimpin murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran. Antantanya kaedah P&P secara kumpulan, inkuiri-penemuan , perbincangan,
penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran.
Dari sudut masa pula, ianya lebih banyak diperuntukkan untuk pembelajaran murid dan guru
hanya membimbing murid berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan 

3) Berpusatkan Bahan

Merujuk kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran  Bahan
pengajaran seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, pita rakaman,
video, telivisyen, projektor  Manakalah bahan pembelajaran seperti buku teks, kad kerja,
bahan bercetak, radas, alat-alat ujikaji dan komputer 

Bahan pelajaran memainkan peranan utama kerana akan menjadikan pengajaran dengan
mudah dan menarik serta berkesan serta murid-murid dapat memahami pelajaran dengan
lebih berkesan serta dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendiri atau
kumpulan tanpa kehadiran guru. Di samping itu, kaedah ini dapat memupuk sikap berdikari
dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru.
PENDEKATAN PENDIDIKAN ISLAM

1) Induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul, mentafsir maklumat-maklumat kemudian


membuat generalisasi atau kesimpulan.

2) Deduktif

Pendekatan deduktif digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru
daripada rumus, prinsip, hukum atau teorem yang diketahui.

3) Bersepadu

Dalam KBSR kesepaduan diamalkan dalam penggunaan strategi penggabungjalinan dan


penyerapan. Manakala KBSM pula konsep kesepaduan berlaku dalam semua peringkat
aktiviti P&P, aktiviti kokurikulum , bahan pelajaran, bahasa, dan nilai-nilai murni di antara
mata pelajaran. Contohnya seperti berikut:

3.1) Penggabungjalinan

Penggabungjalinan melibatkan beberapa kemahiran asas seperti mendengar, lisan,


membaca, menulis secara besrsepadu dan menyeluruh dalam sesuatu waktu pelajaran.
Selain itu, penggabungjalinan juga boleh melibatkan bahasa atau bahasa dengan
kemahiran lain seperti matematik.

3.2) Penyerapan

Manakala penyerapan pula melibatkan proses menyepadu atau mengintegrasikan unsur-


unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam suatu pelajaran seperti
pedidikan moral, Seni dan Muzik diserap dalam program Bahasa sebagai aktiviti sokongan.

4) Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bermaksud contoh teladan yang baik iaitu sesuatu yang boleh dicontohi
orang lain

Hasanah bermaksud contoh yang baik dan Sunnah yang bagus.

Firman Allah SWT:

‫ُس َوةٌ َح َسنَةٌ لِ َم ْن َكا َن َي ْر ُجو الَّهَ َوالَْي ْو َم اآْل ِخَر َوذَ َكَر الَّهَ َكثِ ًريا‬ ِ ِ
ْ ‫لقد َكا َن لَ ُك ْم يِف َر ُسول الَّه أ‬
“ Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu)
bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah”.

Daripada hadis ini boleh kita faham dalam konteks persekolahan, guru adalah Ibu bapa
kedua bagi setiap anak manakala sekolah adalah rumah kedua bagi mereka setelah
melangkah ke alam persekolahan. Maka, mekanisme kedua terpenting dalam pembentukan
akhlak seorang manusia adalah guru.

5) Tematik

Pendekatan tematik merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea
besar. Contohnya satu tema akan dipecahkan kepada komponen-komponen kecil iaitu
daripada keluarga kepada ahli-ahli keluarga.

You might also like