You are on page 1of 11

Pembukaan Semula Sekolah Bagi

Sesi 2021

TAHUN 1 & TAHUN 2 = 1 MAC 2021

TAHUN 3, 4, 5 & 6 = 8 MAC 2021


Waktu PdPc Bagi SEMUA TAHUN adalah seperti
berikut:
HARI MASA PEMBELAJARAN
ISNIN 7.40 PAGI – 1.30 PETANG
SELASA 7.40 PAGI – 1.30 PETANG
RABU 7.40 PAGI – 1.30 PETANG
KHAMIS 7.40 PAGI – 1.30 PETANG
JUMAAT 7.40 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
Garis Panduan Waktu Datang ke Sekolah.
1. Pintu Pagar kantin akan dibuka pada pukul 7.10 pagi. Bagi murid yang hadir awal
sebelum 7.10 pagi,sila masuk melalui pagar di pondok jaga untuk diimbas suhu.

2. Guru-guru akan bersedia menunggu murid-murid untuk mengimbas suhu, laluan ke


kelas, tempat mencuci tangan, di kelas untuk mencatat kehadiran dan suhu serta
membersihkan meja.

3. Murid digalakkan memakai pelitup muka. Pelitup muka jenis fabrik dan jenis
“washable” boleh digunakan tetapi pelitup muka yang baik ialah daripada jenis “3 layer”.

4. Ibu bapa boleh boleh membuat permohonan bertulis kepada pihak sekolah bersama-
sama dokumen hospital jika murid yang mempunyai penyakit TIDAK HADIR KE SEKOLAH.
Garis Panduan Waktu Datang ke Sekolah.
5. Murid yang mempunyai penyakit berikut MESTI MEMAKAI PELITUP MUKA SEPANJANG
MASA :
a. Asma
b. Jantung
c. Kencing manis
d. Buah pinggang
e. Hati
f. Murid yang menghadapi kekurangan zat makanan yang serius
g. Murid yang kurang daya tahan ( imuniti rendah)
h. Murid yang memerlukan steroid sepanjang masa.

6. DUDUK DI TEMPAT YANG DISEDIAKAN mengikut label nama yang ditampal pada meja.
Garis Panduan Semasa di dalam kelas
1. Meja murid akan di lap oleh murid terlebih dahulu
sebelum sesi pembelajaran bermula
2. Mohon kerjasama ibu bapa / penjaga untuk
membekalkan kain lap meja kepada anak masing-masing
3. Kain lap meja akan dibawa pulang oleh murid setiap hari
selepas habis sesi pembelajaran.
3. Murid hanya duduk di tempat masing-masing semasa sesi
pembelajaran
Garis Panduan Mengambil Makanan di Kantin.
1. Waktu rehat merupakan waktu yang dinanti-nantikan oleh semua
murid.
2. Pandemik Covid 19 , tidak mengizinkan kita untuk bergerak bebas
seperti selalu. Oleh itu, TIADA ibu bapa/penjaga dibenarkan berada di
kantin/ kawasan sekolah
3. Patuhi SOP yang ditetapkan. Murid-murid hanya akan mengambil
makanan di kantin sekolah dan terus bergerak ke kelas untuk MAKAN DI
DALAM KELAS.

SENTIASA JAGA JARAK ( 1 meter ) semasa pergerakan ke mana sahaja


dan JANGAN BERSENTUHAN.
#Kita Jaga Kita
Garis Panduan Makan di dalam Kelas

1. Kita tidak boleh makan di kantin. Semua murid makan di dalam kelas.
2. Murid boleh memesan makan dari kantin sekolah
3. Murid amat digalakkan membawa makanan dan minuman dari rumah.
4. Makan dengan tertib.
5. Jangan tumpahkan makanan di atas meja.
6. Lap meja selepas selesai makan.

SENTIASA JAGA JARAK ( 1 meter ) semasa pergerakan ke mana sahaja dan JANGAN
BERSENTUHAN.
#Kita Jaga Kita
Garis Panduan Waktu Pulang

1. Meninggalkan kelas dalam keadaan meja telah dibersihkan dan keadaan kemas.
2. Bergerak menuju ke kantin melalui laluan yang disediakan.
3. Duduk di atas kerusi kantin yang telah disediakan dengan penjarakkan sosial
3. Mohon kerjasama penjaga agar TIDAK berkumpul di depan pagar kantin tanpa
penjarakan sosial.
4. Terus pulang ke rumah bersama ibu bapa atau penjaga.

SENTIASA JAGA JARAK ( 1 meter ) semasa pergerakan ke mana sahaja dan JANGAN
BERSENTUHAN.
#Kita Jaga Kita
Sekian, terima kasih
SENTIASA JAGA JARAK ( 1 meter ) semasa pergerakan ke mana sahaja dan JANGAN
BERSENTUHAN.
#Kita Jaga Kita

You might also like