You are on page 1of 11

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “Semalam _________________ pergi ke rumah kawan ayah di Serdang,” kata
adik – beradik itu kepada rakan mereka.
A saya B kita
C kami D kalian

2. “ Ampun tuanku , pada pendapat __________________ elok tuanku berangkat sekarang,” kata
Hang Jebat.
A patik B hamba
C tuanku D baginda

3. Ibu bapa boleh ________________ anak mereka ke tingkatan satu.


A melaporkan B mendaftarkan
C memberitahu D menunjukkan

4. Pokok pisang itu telah ______________ kerana tidak disiram setiap hari.
A layu B segar
C risau D sedih

5. Murid-murid kelihatan ___________________ selepas menjalani sesi latihan badminton.


A lesu B letih
C risau D sedih

6.

Azman membelikan ibunya ___________ telefon bimbit.

A sebuah B sebilah
C sebatang D sebidang

1
7.

Puan Bita berasa gembira kerana menerima _______________ cincin daripada


suaminya.
A sebuah B sekuntum
C sebatang D sebentuk

8. Raju menggunakan wang yang diberikan oleh ayah _______________ membeli


sebuah buku cerita.
A untuk B demi
C lalu D agar

9. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


“Raju , tolong susun pasu bunga di luar rumah,” suruh Encik Rama.
A Encik Rama meminta Ramu menyusun pasu bunga di luar rumah.
B Raju menyuruh Encik Rama menyusun pasu bunga di luar rumah.
C Pasu bunga disuruh susun oleh Raju di luar rumah Encik Rama.
D Encik Rama disuruh Raju menyusun pasu bunga di luar rumahnya.

10. Pilih ayat yang betul.


A Sumbangan basikal baharu itu ialah bagi murid – murid miskin.
B Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada China
C Hadiah – hadiah itu ialah dari peminat – peminat Datuk Siti Nurhaliza.
D Sila dapatkan maklumat tentang pameran itu di kaunter pertanyaan.

( /10 markah)
Soalan 11 hingga 15
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

2
Pada hari Rabu, 20 Januari 2016, Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi telah melancarkan
Program Keceriaan. Program ini dirasmikan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Rinting iaitu
Encik Abdul Rahman. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada para guru, ibu bapa dan
murid-murid .
Tujuan Program Keceriaan diadakan untuk meningkatkan menceriakan dan mencantikkan
kawasan sekolah. Selain itu, program ini dapat merapatkan hubungan antara guru-guru dan ibu bapa
dengan murid-murid.
Program ini bermula dengan perasmian dan kata-kata aluan daripada guru besar. Kemudian,
murid – murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mesti mempunyai lima
orang murid. Sesi gotong – royong menceriakan kawasan sekolah diadakan selama 3 jam. Program
diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.
Diharapkan program ini menimbulkan perasaan sayang sekolah. Seterusnya , keceriaan
sekolah dapat meningkatkan kerjasama semua pihak.

11. Siapakah yang merasmikan Pelancaran Program Keceriaan Sekolah


Kebangsaan Taman Rinting ?
A Guru-guru C Ibu bapa
B Guru Besar D Murid-murid

12. Program Keceriaan diadakan bertujuan untuk


A mengadakan jamuan makan-makan
B meningkatkan keceriaan kawasan sekolah.
C membincangkan cara menceriakan kawasan sekolah.
D mengadakan sesi perkenalan antara ibu bapa dan murid-murid

13. Apakah harapan program ini?


A Ibu bapa sayang akan sekolah.
B Guru sayang akan sekolah.
C Murid-murid sayang akan sekolah.
D Guru besar sayang akan sekolah.

14. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Program Keceriaan dimulakan dengan perasmian oleh guru besar.
B Program Keceriaan tidak mendapat sambutan yang baik.
C Program Keceriaan diharapkan menjadi pemacu kepada nilai mesra.
D Program Keceriaan dilancarkan oleh persatuan ibu bapa.

3
15. Pilih pernyataan yang tidak sesuai berdasarkan teks.
A program ini menjadi pemacu kepada peningkatan keceriaan kawasan sekolah.
B Hubungan mesra yang wujud menjadikan murid-murid lebih selesa untuk
berinteraksi.
C Program Keceriaan diadakan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran
murid-murid dengan cara mengatasi permasalahan.
D program ini dapat merapatkan hubungan antara guru besar dan ibu bapa.

( /10 markah)

BAHAGIAN B
Soalan 16
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

ditepuk membina segera sedap


menitis berlari dipukul terjatuh

4
Ketika sedang berjalan , tiba – tiba Amran terasa bahunya_____________ oleh seseorang. Amran
segera melihat lalu mendapati seorang lelaki bertopeng seperti perompak berada dibelakangnya.
Tanpa membuang masa, dia pun _______________ berlari menuju ke pondok pengawal.
_________________ air matanya apabila mendapati tiada seorang pengawal pun di situ. Amran mula
cemas lalu ______________ke jalan besar. Amran meminta tolong daripada orang ramai yang lalu di
situ.

( /4 markah)

Soalan 17
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Jawapan:
Durian, manggis, cempedak, dan rambutan merupakan antara buah-buahan tempatan yang terdapat di
negara kita.
[2 markah]

5
b. Tuliskan pernyataan Kala dalam ayat cakap pindah di bawah.

Kamu suka melancong di Saya suka melancong ke


mana? Pulau Ketam kerana
pantainya bersih dan cantik.

Siti Kala

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

___________________________________________________________________________

( /2 markah)

Soalan 18

6
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap orang memerlukan sahabat dalam hidupnya. Sahabat merupakan orang yang
rapat dengan kita selepas kedua-dua orang tua kita. Sahabat memainkan peranan yang penting
dalam hidup kita.

Sahabat dapat mempengaruhi perwatakan kita. Hubungan yang rapat antara kita dengan
sahabat merupakan faktor utama situasi ini berlaku.

Selain itu, kita lebih cenderung berkongsi cerita atau masalah dengan sahabat
berbanding dengan ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Hal ini demikian kerana sahabat
dianggap lebih memahami sikap dan perasaan kita.

Tambahan pula, sahabat yang mempunyai sikap-sikap positif dapat mempengaruhi


kehidupan kita. Kita akan mudah mencontohi nilai-nilai positif yang ada pada diri sahabat kita.
Oleh itu, kita akan mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi.

Seorang sahabat yang baik akan sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada
sahabatnya untuk melakukan sesuatu yang membawa kebaikan bersama.

Kesimpulannya, sahabat memainkan peranan penting dalam menentukan arah hidup


kita. Oleh yang demikian, berhati-hatilah ketika memilih sahabat.

a. Bagaimanakah seorang sahabat mampu mempengaruhi perwatakan kita?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[2 markah]
b. Nyatakan dua ciri seorang sahabat yang baik?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[2 markah]
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

7
Sahabat yang positif dapat mempengaruhi
kehidupan kita.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
menentukan arah hidup kita.

( / 2 markah)

Soalan 19
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

PENCEMARAN UDARA
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai
bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga

8
membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahaan atau perkilangan
asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.

Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi
dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam
seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan
sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak
mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada alam sekitar, patuh
kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka, manusialah yang
perlu rasional menangani keadaan ini.

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung
di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-
bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan
haiwan.

Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya
menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit
seperti penyakit kekejangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau
bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran
udara.

1.Berikan contoh sumber pencemaran udara.

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(2 markah)
2. Berdasarkan kefahaman kamu, apakan yang dimaksudkan dengan rasional dalam ayat “Maka,
manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini” ?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(2 markah)
3. Nyatakan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh masalah pencemaran udara.

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(2 markah)

9
Soalan 20
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-solan yang berikutnya.

Alam Sekitar Tanggungjawab Kita

Alam sekitar tanggungjawab kita


Keindahan perlu dijaga
Tempat kehidupan
Manusia, flora, fauna
Indahnya suasana
Alam sekitar tanggungjawab kita
Asap, toksik dan sisa

10
Hindarinya di mana sahaja
Ceria alam kita
Bersih dan selesa
Alam sekitar tanggungjawab kita
Amalkan kitar semula
Teknologi hijau usah dilupa
Alam sekitar terpelihara
Hidup kita sejahtera

a. Apakah yang harus kita lakukan untuk menjaga alam sekitar berdasarkan rangkap kedua puisi?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 3 markah]
b. Berikan 3 kesan yang mungkin berlaku jika kita tidak menjaga alam sekitar.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[3 markah]

11

You might also like