You are on page 1of 10

KERTAS KERJA PAMERAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

DAN EMOSI
PENDIDIKAN SEKSUALITI DAN KESIHATAN
________________________________________________________________

1. TUJUAN

Kertas kerja ini dibuat bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan Pengarah
Institut Perguruan Ilmu Khas berkaitan cadangan mengelolakan Pameran
Perkembangan Fizikal dan Emosi yang akan dijalankan pada 4 September 2009.

2. RASIONAL

Memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum peserta kursus


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam sukatan Pendidikan Seksualiti dan
Kesihatan. Seterusnya, merupakan syarat untuk lulus dalam Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan. Selain itu, segala bentuk pengajaran dan pendedahan yang diberi
dapat dimanfaatkan dan digunakan oleh guru pelatih sekiranya terlibat dengan aktiviti
yang sama pada masa kelak.

3. MATLAMAT

Pameran ini dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai matlamat-matlamat yang telah
digariskan oleh kumpulan kami. Antara matlamat pameran ini ialah bagi membantu
guru pelatih dari major lain mengetahui cara atau proses berlakunya perkembangan
fizikal dan emosi seseorang. Selain daripada itu, pameran ini juga bermatlamat
membantu menambahkan pengetahuan sedia ada guru pelatih mengenai
perkembangan fizikal dan emosi secara tidak langsung akan membantu guru pelatih
mengetahui cara mencapai perkembangan fizikal dan emosi yang optimum. Melalui
penglibatan guru pelatih dalam pameran ini, mereka dapat menambah pengetahuan
dan pengalaman mereka. Ini akan membolehkan mereka menjadi guru permulaan yang
kompeten dan bersedia berkhidmat dengan lebih profesional serta efisyen.

6
4. OBJEKTIF

Antara objektif pameran ini ialah guru pelatih dapat meningkatkan pengetahuan
berkaitan perkembangan fizikal dan emosi serta membantu dalam perkembangan fizikal
dan emosi guru pelatih tersebut. Selain daripada itu, guru pelatih dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang diterima bagi membolehkan perkembangan fizikal
dan emosi mereka berkembang dengan betul. Bukan itu sahaja, pameran ini juga dapat
membantu guru pelatih memupuk sikap menyayangi dan menghargai tubuh badan
sendiri serta berusaha untuk mencapai perkembangan fizikal dan emosi yang optimum.

5. PENUTUP

Penganjuran pameran ini juga bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


yang mahu melahirkan individu yang menyeluruh dari segi JERIS. Guru pelatih bukan
sahaja menuntut ilmu di Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas malah
turut mengamalkan gaya hidup sihat di samping memenuhi aspek JERIS. Diharap pihak
tuan/puan akan mempertimbangkan kertas kerja dan kemudian memberi kelulusan
untuk kumpulan kami menganjurkan pameran ini. Kerjasama daripada pihak tuan/puan
amat kami hargai.

6.0 BUTIRAN PROGRAM DAN KEWANGAN

6.1 Tarikh : 4 September 2009


6.2 Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang
6.3 Tempat : Depan Perpustakaan IPGM Kampus Ilmu Khas
6.4 Kumpulan Sasaran : Pelajar IPGM IK
6.5 Pensyarah Pembimbing : Pn. Jamaliyah Bt Ahmad

KEWANGAN

1. Pameran Perkembangan Fizikal dan Emosi


i. Persiapan tempat RM 30.00
- Riben
- Alas meja

7
- Gam dan maker pen
ii. Poster RM 25.00
- Photostat poster dan pamplet
iii. Cenderahati RM 10.00
- Penanda buku
iv. Perbelanjaan luar jangka RM 50.00
---------------
JUMLAH KESELURUHAN RM 115.00
---------------

7.0 JAWATAN INDUK PAMERAN PENDIDIKAN SEKSUALITI DAN KESIHATAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK PAMERAN PERKEMBANGAN


FIZIKAL DAN EMOSI

PENASIHAT
Puan Jamaliyah Bt Ahmad
Pensyarah Pendidikan Seksualiti dan Kesihatan

PENGERUSI
Ash Firdausi B. Abd Nassair

NAIB PENGERUSI
Hanani Bt Ishak

SETIAUSAHA
Norafifah Bt Abd Aziz

PENOLONG SETIAUSAHA
Nur Farhana Bt Jamaluddin

BENDAHARI
Nurul Faezien Bt Abd Rasid

8
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA PAMERAN PERKEMBANGAN
FIZIKAL DAN EMOSI

PENGELOLA PAMERAN

Norafifah Bt Abd Aziz

PERSIAPAN TEMPAT

Mohd Syukri B. Malek

HADIAH & CENDERAMATA

Nur Farhana Bt Jamaluddin

ATUR CARA MAJLIS

Nurul Faezien Bt Abdul Rasid

LIPUTAN & SERANTA / SIARAYA

Nurul Faezien B. Abd Rasid

PENAJAAN

Ash Firdausi B. Mohd Nassair

Mohd Syukri B. Malek

BUKU PROGRAM

Nur Farhana Bt Jamaluddin

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

Norafifah Bt Abd Aziz

Hanani Bt Ishak

9
Disediakan oleh :

______________________

(NORAFIFAH BT ABD AZIZ)


Setiausaha,
Pameran Perkembangan Fizikal dan Emosi

10
L
A
M
P
I
R
A
N

11
SENARAI TUGASAN JAWATANKUASA KERJA
PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP IPIK 2008

1. PENGELOLAAN PAMERAN
1.1 Melantik Jawatankuasa.
1.2 Menetapkan peraturan dan waktu untuk pameran yang dilaksanakan.
1.3 Memastikan kedudukan yang sesuai untuk pameran.
1.4 Membuat anggaran perbelanjaan.

2. PERSIAPAN TEMPAT
2.1 Melantik jawatankuasa.
2.2 Menentukan tempat untuk peserta, juruacara, hadiah, jamuan dan lain-lain.
2.3 Mendirikan tempat-tempat peserta / tetamu / pegawai / penyelia peserta /
kecemasan / hadiah.
2.4 Mendirikan perhiasan tempat / pentas / rostrum.
2.5 Menghias / mengatur kerusi / meja di khemah tetamu / hadiah.
2.6 Membuat anggaran perbelanjaan.
2.7 Menyelaras dengan JKK yang lain.

3. HADIAH & CENDERAMATA


3.1 Melantik jawatankuasa.
3.2 Mengenal pasti jenis hadiah / cenderamata untuk pameran.
3.3 Membuat anggaran perbelanjaan.
3.4 Menempah hadiah setelah mendapat kelulusan.
3.5 Mengatur hadiah mengikut susunan atur cara.
3.6 Menyediakan dulang, pelapik dulang, meja dan pengalas meja.
3.7 Menetapkan petugas / pengiring yang membantu / mengiring tetamu untuk
penyampaian hadiah.

12
3.8 Mengendalikan penyampaian hadiah.
3.9 Menyelaras dengan JKK Perangkaan / Atur cara / persiapan tempat
pameran / sambutan dan lain-lain.

4. ATURCARA MAJLIS
4.1 Melantik jawatankuasa.
4.2 Menyediakan skrip mengikut susunan atur cara dan program.
4.3 Melantik dua juruacara.

4.3.1 Juruacara 1

a. Menjadi pengacara pada majlis perasmian dan penutup serta

membuat pengumuman acara-acara yang berlangsung juga

sedang berlangsung.

b. Menyediakan teks ucapan untuk acara-acara yang dimaksudkan.


4.3.2 Juruacara 2

a. Menjadi pengacara pada majlis penyampaian hadiah

di antara acara / majlis penutup.


b. Mendapat senarai nama tetamu penyampai hadiah yang akan
menyampaikan hadiah sewaktu pertandingan berlangsung.
4.4 Melantik seorang pembaca doa untuk majlis pembukaan dan majlis
penutup.
4.5 Menyediakan persembahan waktu rehat (jika ada).
4.6 Membuat anggaran perbelanjaan.
4.7 Menyelaras dengan JKK yang lain.

5. JEMPUTAN & SAMBUTAN

5.1 Melantik Jawatankuasa.


5.2 Menyediakan surat jemputan.

13
5.3 Menyediakan senarai para jemputan setelah berbincang dengan
setiausaha.
5.4 Menghubungi tetamu undangan untuk upacara pembukaan dan penutup.
5.5 Melayan tetamu bagi kedua-dua acara.
5.6 Melantik penyambut tetamu.
5.7 Taklimat penyambut tetamu.
5.8 ‘Corsage atau Rossette’ untuk tetamu khas.
5.9 Membuat anggaran perbelanjaan.
5.10 Penyelarasan dengan JKK hadiah / jamuan / atur cara majlis dan lain-lain.

6. LIPUTAN & SERANTA / SIARAYA


6.1 Melantik Jawatankuasa.
6.2 Menyediakan peralatan siaraya yang diperlukan di vanue pameran.
6.3 Menyediakan alatan sebaran dalam bentuk kain rentang dan poster tentang
pameran.
6.4 Membuat rakaman acara pameran dengan video atau gambar.
6.5 Membuat anggaran perbelanjaan.
6.6 Penyelarasan dengan JKK atur cara, upacara perasmian & penutup dan
lain-lain.

9.0 KESELAMATAN
9.1 Melantik Jawatankuasa.
9.2 Memastikan keselamatan pergerakan guru pelatih semasa pameran
berlangsung.
9.3 Bekerjasama dengan JKK kebersihan untuk memastikan kawasan pameran
sentiasa terkawal dan bersih.

10 PENAJAAN
10.1 Melantik Jawatankuasa.
10.2 Mendapatkan penaja-penaja untuk pameran tersebut serta
mengedarkannya.

14
10.3 Bekerjasama dengan JKK Buku Program dan JKK Sambutan & Jemputan.

11 BUKU PROGRAM
11.1 Melantik Jawatankuasa.
11.2 Mendapatkan senarai nama JKK pengelola untuk buku program.
11.3 Mendapatkan teks kata-kata aluan.
11.4 Mendapatkan atur cara majlis pembukaan & penutup, nama tetamu
jemputan dan senarai nama kumpulan.
11.5 Menyediakan serta mengedarkan buku-buku program.
11.6 Anggaran perbelanjaan.

12 KEBERSIHAN
12.1 Melantik Jawatankuasa.
12.2 Menyediakan plastik sampah di tempat-tempat tertentu.
12.3 Sentiasa memastikan kawasan pameran di dalam keadaan bersih.
12.4 Menasihati / memaklumkan kepada semua guru pelatih supaya membuang
sampah ditempat yang telah disediakan.

15

You might also like