Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan
Berikut adalah antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan
penyediaan makanan adalah selamat :
1. Membasuh Tangan
Tangan kita merupakan salah satu agen untuk menyebarkan kuman. Oleh itu,
pastikan tangan kita sentiasa dicuci dengan bersih, iaitu :
Sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
Selepas memegang makanan mentah seperti ikan, daging dan ayam.
Selepas menggunakan tandas.
Selepas mengendalikan sisa makanan.
Selepas menghembus hingus, menggaru kepala atau bahagian badan lain atau
mengelap peluh.
Selepas mengendalikan bahan kimia yang beracun dan berbahaya.
7 Langkah Membasuh Tangan
2. Pra Penyediaan
Keracunan makanan boleh berlaku akibat pencemaran silang. Pencemaran silang ialah
makanan yang telah dimasak dicemari oleh bakteria daripada makanan mentah,
peralatan yang kotor atau pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri.
Pastikan peralatan memasak berada di dalam keadaan bersih.
Gunakan kain lap yang berbeza bagi mengelap peralatan, kaunter dapur/meja dan
tangan.
Gunakan peralatan yang berasingan bagi makanan mentah dan makanan masak/
makanan sedia dimakan.
Letak makanan yang telah dimasak dan makanan mentah di dalam bekas yang
berasingan.
Makanan perlu dinyah beku dalam tempoh masa yang cepat.
3. Memasak
Pastikan makanan dimasak dengan secukupnya.
Bagi makanan yang disediakan dalam kuantiti yang besar, gaul makanan
sentiasa bagi memastikan ia masak dengan sekata, atau masaklah dalam kuantiti
yang kecil (small batch).
4. Penyimpanan Makanan
Simpan makanan yang telah dimasak berasingan daripada makanan mentah.
Simpan mentega atau marjerin berasingan daripada ikan atau makanan
laut yang lain bagi mengelakkan mentega atau marjerin berubah bau.
Letak bungkusan makanan di dalam bekas yang bertutup dan susun dengan elok
di atas rak, almari atau kaunter dapur.
Makanan perlu disimpan mengikut jenis dan suhu yang betul.
Makanan sejuk beku perlu disimpan di dalam ruang sejuk beku di dalam bekas
yang bertutup atau dibungkus di dalam bungkusan plastik.
Makanan panas perlu disejukkan kepada suhu
bilik seberapa segera sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Jangan simpan bahan kimia seperti bahan pencuci, racun serangga dan pewangi
rumah bersama-sama makanan atau peralatan memasak.
Gunakan bekas berpenutup atau beg plastik untuk membungkus makanan
sebelum disimpan.
Gambar 2 : Cadangan Penyimpanan Makanan di Dalam Peti Sejuk
5. Cara Menghidang
Tutup makanan yang dihidang.
Gunakan sudu, penyepit atau senduk untuk mengambil makanan.
Pastikan makanan panas dihidang dalam keadaan panas, dan makanan yang sejuk
dihidang dalam keadaan sejuk.
7. Pengendali Makanan
Semasa menyediakan makanan, JANGAN amalkan amalan yang tidak baik seperti
berikut :
Merokok atau mengunyah gula-gula getah atau sirih.
Meludah di dalam sinki yang mengandungi makanan.
Batuk atau bersin ke arah makanan.
o Sekiranya tidak dapat dielakkan, tutup mulut dengan bahagian atas
lengan/bahu.
o Jika menggunakan tangan, cuci tangan dengan bersih selepas batuk atau
bersin.
Menggaru kepala dan bahagian badan lain.
Mengorek hidung atau telinga.
o Sekiranya tidak dapat dielakkan, cuci tangan dengan bersih selepas
mengorek hidung atau telinga.
Menjilat jari.
Merasa makanan dengan jari.
Menghembus ke arah makanan atau ke dalam bekas/beg plastik yang
mengandungi makanan.
Menggunakan peralatan yang telah pecah atau retak.
Menggunakan bekas bahan kimia untuk meletak atau menyimpan makanan.
Menggunakan kertas yang bercetak seperti SURAT KHABAR atau
majalah untuk membungkus makanan.
Kesimpulan