You are on page 1of 3

TUGASAN 1: PENGENALAN STATISTIK

1. Nyatakan pengertian statistik


Statistik adalah satu bidang tentang pengumpulan, penyusunan, analisis, menginterprestasi,
dan mempersembahkan data untuk membantu dalam membuat suatu keputusan dan
kesimpulan yang lebih berkesan.

2. Namakan jenis-jenis statistik dan nyatakan perbezaannya


Statistik terbahagi kepada dua iaitu Statistik Diskriptif dan Statistik Inferens.

Statistik Diskriptif Statistik Inferens


Melibatkan penyusunan, membuat rumusan Melibatkan data sampel untuk membuat
dan memperihalkan ciri-ciri kumpulan data rumusan tentang suatu populasi.
Biasanya satu langkah selepas data
dikumpul dan dibuat rumusan
Contoh : Contoh : Agensi pemasaran ingin
NAMA PENGKHUSUSAN UMUR menentukan jenis makanan ringan yang
Ahmad Kimia 19 paling popular
Omar Sejarah 18
Fatimah Psikologi 20

3. Namakan jenis-jenis pembolehubah dan huraikan


i. Pemboleh ubah Kuantitatif : Pemboleh ubah yang hanya boleh mengambil nilai
berbentuk angka sahaja.
Contoh : pendapatan bulanan,jumlah jualan,bilangan kereta yang dimiliki

- Boleh di bahagikan kepada 2 :

a. Pemboleh ubah diskret


• hanya boleh mengambil nilai-nilai tertentu sahaja
• contoh : bilangan kereta yang melalui tol Tangkak ialah kemungkinan antara 27 atau 28
buah kereta.
• Tetapi tidak mungkin 27.8 buah kereta

b. Pemboleh ubah selanjar


• mengambil nilai dalam sesuatu selang
• Contoh : berat pelajar (48.9 kg,56.2kg), tinggi, masa,saiz kasut dll.

ii. Pemboleh ubah Kualitatif : pemboleh ubah yang tidak mengambil nilai angka
Contoh : jantina pelajar,tahap pendidikan,warna kereta
4. Namakan jenis-jenis skala dan huraikan
Jenis-jenis skala terbahagi kepada 4 :
i. Nominal : Kategori, nama, label atau kualiti (berbentuk kategori). Tidak boleh
menjalankan operasi matematik pada data ini.
Contoh : jenis kereta yg dipandu, Bangsa, jantina.

ii. Ordinal : Data boleh di susun secara tertib (kategori dalam susunan tertib)
Contoh : Kadar TV , keadaan pesakit dalam hospital

iii. Sela : Data disusun secara tertib dan perbezaan antara dua nilai boleh di kira
(perbezaan tetapi tidak ada titik permulaan)
Contoh : Suhu, tahun di lahirkan

iv. Nisbah : Data disusun secara tertib dan perbezaan antara dua nilai boleh di kira.
Nisbah juga boleh ditentukan (perbezaan da nada titik permulaan).
Contoh : Ketinggian,umur dan berat

5. Nyatakan kepentingan statistik dalam kehidupan seharian


Ada 2 sebab utama kenapa perlunya belajar statistik.

1. Perkembangan pengumpulan data berkaitan dengan operasi dalam perniagaan


dan kerajaan adalah begitu pesat sekali. Oleh itu kita perlu tahu bagaimana
menilai fakta-fakta yang bersifat angka ini yang begitu kerap diterbitkan sama ada
ianya berkaitan dengan politik, ekonomi atau kajian sosial.

2. Membuat keputusan yang lebih berkesan. Contohnya dalam bidang perniagaan,


dimana data dikumpul untul meramalkan jualan dan keuntungan. Dalam bidang
kejuruteraan dan proses pembuatan dalam mengawasi mutu sesuatu produk.

 PENGGUNAAN STATISTIK DALAM PERNIAGAAN.

a. Bidang pengeluaran

Sebuah firma melakukan pengumpulan data-data adalah bertujuan mengkaji


tentang akibat penggunaan pengawalan kualiti pengeluaran, perkembangan
pengeluarannya, stok dan inventori, kos seunit dan kos bahan-bahan mentah.

b. Bidang pemasaran

Firma-firma mengumpulkan data daripada penyelidikan pemasaran, pengiklanan,


keputusan-keputusan jualan, kos-kos pengagihan , peletakan harga, keluaran
,agihan dan ramalan-ramalan pasaran.
c. Bidang kewangan

Kewangan perniagaan meliputi aspek pelaburan, kadar pinjaman, keuntungan


dan kerugian dan percukaian.

d. Bidang pengurusan sumber manusia

Keterangan mengenai bilangan pelatih-pelatih, kadar upah , gaji pekerja dan


pusing- ganti pekerja pekerja , perpindahan keluar masuk pekerja, kadar
kemalangan yang dialami

 Dalam bidang ekonomi, statistik digunakan untuk menghitung kadar pertumbuhan ekonomi,
inflasi, jumlah pengangguran dan tahap kemiskinan.

 Dalam bidang pendidikan, penggunaan kaedah statistik sangat diperlukan bagi menganalisis
data keputusan pelajar dan pencapaian gred bagi setiap pelajar.

You might also like