You are on page 1of 2

Analisis – Artikel Mangsa Buli dan Kesan Buli

1. Penggunaan Bahasa Formal


 Mangsa buli selalunya mempunyai ciri-ciri tertentu yang menyebabkan mereka
mudah bagi pembuli mengesan dan bertindak membuli mereka.
( Daripada ayat di atas boleh menunjukkan penulis menggunakan bahasa formal
dalam penulisannya kerana penulis telah menggunakan kata nama ‘Mangsa buli’ dan
bukan kata ganti nama diri ketiga ‘mereka’.)
 Pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara turut juga mengenalpasti ciri-ciri mangsa
buli seperti berikut:
( Pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara merujuk kepada Ron, Aziz Yahya dan
rakan-rakannya yang disebut di depan. Dapat dilihat penulis telah menggunakan
kata yang ringkas, tepat dan padat serta jelas dari segi maksudnya.)
 Ciri-ciri fizikal yang ada pada mangsa buli seperti fizikal yang lemah, sentiasa
kelihatan bimbang atau cemas, kelihatan tidak dapat membuat hubungan dengan
rakan sebaya dan kemahiran bersosial yang rendah merupakan antara penyebab
sasaran untuk dibuli oleh pelajar-pelajar yang lain.
( Penggandaan penuh ‘Ciri-ciri’ telah digunakan dengan betul dalam ayat.)
 Noran Fauziah, Rajendran dan Ahmad Jazimin (2005) dalam kajian mereka telah
membuat kesimpulan bahawa pelajar yang menjadi mangsa buli ialah pelajar yang
tidak disukai dan mereka juga agak berlainan daripada pelajar majoriti.
( Daripada ayat di atas, penulis telah merujuk kepada pendapat pandangan orang
lain untuk menerangkan pendapat sendiri. Bukan itu sahaja, penulis juga merujuk
kepada banyak pandangan orang lain untuk mengukuhkan dan menerangkan
pendapatnya.)
 Secara keseleruluhan, penulis telah mengembangkan idea atau hujagnya secara logic
dan sistematik. Pembinaan ayatnya jelas dan tepat serta bahasa yang digunakan
adalah formal dan tepat. Oleh itu, boleh dikatakan penulisan ini merangkumi
penggunaan bahasa formal.

2. Penulisan Secara Objektif


 Jikalau kita meneliti kesan buli menurut pandangan falsafah barat, kita hanya akan
terhenti melihat dari sudut positif kepada seorang Muslim yang mana kesan
tersebut tidak terhenti sehingga semua amalan dinilai oleh Allah S.W.T
sebagaimana firmanNya
(Penulisan secara objektif berhubung dengan peribadi. Daripada ayat di atas, penulis
menggunakan perkataan ‘kita' untuk meneruskan pernerangannya bahawa kesan
buli sebenarnya tidak terhenti sehingga amalan dinilai oleh Allah A.W.T)
 Secara keseluruhan, penulis tidak menggunakan penanda wacana seperti ‘Menurut
pandangan saya’, ‘Jelaslah bahawa’, ‘Saya melakukan kajian’ dan sebagainya.
Seseuatu penulisan dikatakan penulisan secara objektif sekiranya mengandungi
penanda wacana untuk mengeluarkan pendapat. Namun, penulisan ini boleh
dikatakan sebagai penulisan secara objektif juga kerana penulis juga dapat
mengeluarkan pendapatnya dengan tidak menggunakan penanda.
3. Penulisan ayat yang jelas
 Mangsa buli akan menghadapi kesan jangka pendek dan jangka panjang.
(Penulis telah menjelaskan isinya, iaitu 2 jenis kesan dalam satu ayat )
 Oleh kerana buli selalunya berlaku di sekolah atau dalam perjalanan ke sekolah,
mangsa enggan atau takut untuk ke sekolah sehingga terbentuk simptom psiko-
somatik seperti pening kepala atau sakit perut di waktu pagi.
( Daripada ayat di atas, jelaslah dilihat penulis telah menerangkan ideanya dengan
ayat yang jelas.)
 Secara keseluruhan, penulis telah menerangkan isi serta ideanya dengan
menggunakan ayat yang jelas agar hasil penulisan berada pada kondisi yang koheren
dan kohesi.

4. Perkembangan idea secara logik


 Secara umumnya, kejadian buli memberi kesan yang mendalam kepada mangsanya.
( Penulis telah menggunakan tanda baca yang betul.)
 Secara keseluruhan, penulis telah membina perenggan yang baik, penggunaan kata
kesinambungan telah digunakan dengan berkesan, tanda baca juga digunakan
dengan betul.

You might also like