You are on page 1of 2

KERTAS KERJA AKTIVITI PANITIA MORAL 2011

SEMPENA AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN KE-54

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BINTULU

Tarikh : 11 Ogos 2011

Masa : 1030 - 1130

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Bintulu

Pengenalan

Bulan Ogos yang sinonim dengan Bulan Kemerdekaan merupakan


masa yang sesuai untuk mendedahkan murid-murid dengan nilai-nilai murni yang
perlu diamalkan dalam hidup seharian. Pengorbanan yang dilakukan oleh para
pejuang kemerdekaan dalam melepaskan negara daripada cengkaman penjajah
wajar diingati dan nilai murni yang menjadi pegangan mereka patut dicontohi oleh
generasi muda dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan negara.

Objektif

Aktiviti sempena menyambut Bulan Kemerdekaan ini diadakan untuk

i. ) mengenali apa yang dimaksudkan dengan nilai-nilai murni

ii. ) menghargai amalan nilai murni yang membawa kepada kemerdekaan negara
kita

Diharap agar penerapan nilai-nilai murni ini akan membawa minda


murid-murid untuk lebih menghargai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh
negarawan kita.

Sasaran

Semua murid Tahun 4

Aktiviti

Mencari perkataan tersembunyi berkaitan nilai-nilai murni


Anggaran Perbelanjaan

Kedudukan Senarai hadiah Kos anggaran

1 Hamper RM100

2 Hamper RM60

3 Hamper RM40

Penutup

Diharapkan agar murid-murid sedar akan pentingnya amalan murni


dalam menjalani kehidupan seharian. Kemerdekaan negara dicapai kerana kita
mempunyai barisan pejuang yang berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang
diamalkan tanpa mengira kaum dan agama.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

_______________ ___________________

(LOMELA JAMES) (ZEMRUD BT. ZAINUDDIN)

Penyelaras Aktiviti Tahun 4 Guru Besar, SK Bintulu

You might also like