You are on page 1of 2

Bahasa Inggeris Tahun 6, Isnin(13 Oktober, 2020) 10.00 am - 12.

00 pm

1. Pelajaran hari ini adalah sambungan dari pelajaran surat rasmi (formal letter) pada minggu lepas.

2. Rujuk buku teks Bahasa Inggeris muka surat 89 bahagian Let's Write. Susun dan tulis semula
maklumat-maklumat tersebut mengikut format yang betul seperti yang telah dipelajari sebelum ini
dalam buku latihan.

3. Setelah siap menulis semula surat rasmi tersebut, sila buat latihan seterusnya di bahagian Group
Work dalam buku latihan. Untuk latihan ini, murid perlu melengkapkan maklumat yang betul di
tempat kosong dengan merujuk kepada surat rasmi di latihan di bahagian atas.

3. Setelah selesai, gambar jawapan murid dan hantar ke personal Whatsapp saya untuk disemak.

*Penyertaan murid dalam sesi PDPR ini akan direkodkan. Oleh itu, pihak sekolah amat
mengharapkan kerjasama dari pihak ibu bapa penjaga untuk memastikan murid mengikuti dan
menyiapkan latihan ini. Harap maklum dan terima kasih.

Bahasa Inggeris Tahun 5, Rabu (14 Oktober, 2020) 10.00 am - 12.00 pm

1. Rujuk buku teks Bahasa Inggeris muka surat 78 bahagian Let's Write.

2. Pelajaran hari ini adalah mengenai *Homophones*, iaitu perkataan yang mempunyai bunyi yang
sama tetapi maksud dan ejaan yang berbeza.

3. Latihan yang pertama adalah mencari makna dalam Bahasa Melayu perkataan-perkataan di
bawah dengsn menggunakan kamus dwibahasa.
a) for -

b) four -

c) one -

d) won -

e) blue -

f) blew -

g) ate -

h) eight -

i) bore -

j) boar -

4. Selepas itu, murid perlu menyalin soalan seperti di gambar di bawah dalam buku latihan. *Salin
soalan sekali dan bukan hanya jawapan sahaja*.

5. Setelah selesai, gambar kerja murid dan hantar ke personal Whatsapp saya untuk disemak.

*Penyertaan murid dalam sesi PDPR ini akan direkodkan. Oleh itu, pihak sekolah amat
mengharapkan kerjasama dari pihak ibu bapa penjaga untuk memastikan murid mengikuti dan
menyiapkan latihan ini. Harap maklum dan terima kasih.

You might also like