You are on page 1of 3

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU TAHUN 3

NAMA PROJEK : MEMBUAT BUKU SKRAP

TAJUK PROJEK : SIMPULAN BAHASA

KELAS : 3 CERDIK

TEMPOH MASA : 2 MINGGU

(15 JUN - 29 JUN 2020)

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN : 30 JUN 2020

📚FASA 1 : PERMULAAN PROJEK

(15 JUN 2020)

1. Guru akan membimbing murid-murid untuk mengetahui tentang simpulan bahasa Bahasa Melayu dan
cara untuk menyediakan buku skrap.

2. Murid diminta mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber sama ada dari buku atau internet.

Contoh : Simpulan Bahasa Tentang Ayam

✅ Simpulan Bahasa :

✅ Maksud Simpulan Bahasa :

✅ Contoh ayat :

📝 Murid hendaklah mencari 5 contoh simpulan bahasa bagi setiap kumpulan simpulan bahasa :

✅ 5 contoh Simpulan Bahasa tentang Ayam

✅ 5 contoh Simpulan Bahasa tentang Hati

✅ 5 contoh Simpulan Bahasa tentang Kaki

✅ 5 contoh Simpulan Bahasa tentang Anak


📚FASA 2 : PEMBANGUNAN PROJEK

(16 - 28 JUN 2020)

1. Guru akan membimbing murid setiap hari secara dalam talian iaitu melalui whatapps untuk
menyediakan setiap kandungan buku skrap.

2. Ibu bapa 👨‍👩‍👧️hendaklah menghantar gambar ️anak mereka menggunakan telefon 📱 atau kamera 📸
setiap hari ketika menjalankan projek buku skrap ini melalui whatapps kepada Cikgu Mimi (014-
6504313)

3. Buku Skrap 📑 yang dihasilkan hendaklah mengikut kreativiti masing-masing sama ada menggunakan
tulisan tangan 📝️atau secara bertaip mengunakan komputer 💻 dan kemudian cetak menggunakan
️printer .️

JADUAL PENGEDIAAN ISI KANDUNGAN BUKU SKRAP :

1. ISI KANDUNGAN/MUKA SURAT (16 Jun)

2. BIODATA PENULIS (16 Jun)

3. UCAPAN SEKALUNG PENGHARGAAN(16 Jun)

4. PENGENALAN (17 Jun)

5. SIMPULAN BAHASA TENTANG AYAM (18 Jun)

6. SIMPULAN BAHASA TENTANG HATI (19 Jun)

7. SIMPULAN BAHASA TENTANG KAKI (22 Jun)

8. SIMPULAN BAHASA TENTANG ANAK (23 Jun)

9. PENUTUP (24 Jun)

10. LAMPIRAN (Keratan buku/surat khabar/majalah penggunaan simpulan bahasa dalam karangan) (25
Jun)

📚FASA 3 : MENAMATKAN PROJEK

1. Guru akan menganjurkan ' Minggu Bahasa Melayu' sama ada di sekolah atau secara online untuk
menilai tahap pemahaman murid tentang projek yang dijalankan.

2. Guru akan mengadakan ' PAMERAN BUKU SKRAP BAHASA MELAYU' untuk mempamerkan hasil
tugasan murid.
📚FASA 4 : DOKUMENTASI PROJEK

(26 JUN 2020)

1. Murid hendaklah mengumpul maklumat dan bahan bukti bergambar tentang projek yang telah
dilaksanakan.

2. Hasil pelaksanaan projek hendaklah dibukukan dalam bentuk skrap.

📚FASA 5 : PENGHANTARAN PROJEK

(29 JUN 2020)

1. Buku skrap yang telah siap hendaklah di gambar dan dihantar kepada guru melalui 2 cara iaitu :

a) Whatapps - gambar hasil buku skrap yang telah siap kepada guru (29 Jun 2020)

b) Buku Skrap (Hard Copy) - Hantar ke Pondok Sekuriti Sekolah SK Terusan pada 30 Jun 2020.

Yang menjalankan tugas,

MIMI TANTIANA BINTI HJ. GANING🧕

Guru Bahasa Melayu

SK Terusan Lahad Datu

You might also like