You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM JALINAN KASIH 2018


SK MANTIN

KELAB GURU DAN STAF 2018


SK MANTIN
1.0 PENGENALAN

Kelab Guru dan Staf SK Mantin merupakan kelab yang mewakili semua guru dan anggota kumpulan
pelaksana yang lebih dikenali sebagai staf sokongan. Kelab Guru dan Staf ini merupakan organisasi
yang dilantik oleh pihak sekolah bagi tujuan menjaga kebajikan kakitangan sekolah dan
menggerakkan aktiviti yang berkaitan.

2.0 MATLAMAT

Penganjuran program ini bukan sahaja berpaksikan peranannya sebagai acara tahunan semata-mata
tetapi penganjuran program ini menggalas misi yang tersendiri. Misi utama program ini ialah untuk
menjadi medium yang berkesan bagi mengukuhkan lagi pautan ukhuwah antara guru-guru dan staf
sokongan bersama-sama dengan keluarga. Bukan itu sahaja, matlamat utama pelaksanaan program
ini juga adalah untuk memberikan kesedaran tentang integriti kerja dan membudayakan semangat
tolong menolong sesama guru dan staf sebagai sebuah keluarga yang besar. Selain itu juga, program
ini juga merealisasikan penghargaan buat para guru dan staf sokongan di atas segala sumbangan dan
khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tahun persekolahan 2018.

3.0 NAMA PROGRAM

Program Jalinan Kasih 2018

4.0 ANJURAN

Kelab Guru dan Staf SK Mantin 2018

5.0 OBJEKTIF

5.1 Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru, staf sokongan dan ahli keluarga.

5.2 Memberikan kesedaran tentang integriti kerja dan membudayakan semangat tolong menolong
sesama guru dan staf

5.3 Menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh seluruh kakitangan SK Mantin
sepanjang tahun 2018.

6.0 TEMPOH PELAKSANAAN

6.1 Tarikh: 9 November 2018


6.2 Hari: Jumaat
6.3 Masa: 3.00 – 7.00 pm

7.0 TEMPAT

D’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan

1
8.0 SASARAN

8.1 Guru-guru SK Mantin


8.2 Staf sokongan SK Mantin
8.3 Ahli keluarga kakitangan SK Mantin

9.0 JAWATANKUASA MAJLIS

PENASIHAT
EN ARIFIN BIN HAJI ISMAIL
GURU BESAR SK MANTIN

TIMBALAN PENASIHAT 1
PN AZIZAH BINTI A HADI
PENOLONG KANAN 1

TIMBALAN PENASIHAT 2
EN AZIZAN BIN MANAP
PENOLONG KANAN HEM

TIMBALAN PENASIHAT 3
EN ABD RAHIM BIN LAMIN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENGERUSI KELAB GURU DAN STAF


EN MOHD FADZIL NOR BIN MOHD PUZAI

NAIB PENGERUSI KELAB GURU DAN STAF


EN ANUAR BIN BAIS

SETIAUSAHA KELAB GURU DAN STAF


PN JANNATUN NAIMAH MOKHNI

BENDAHARI KELAB GURU DAN STAF


PN NURHIDAYAH BINTI KHAIROL ANUAR

2
JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa / Personalia Bidang Tugas

PENYELARAS PROGRAM  Menyelaras dan membentuk AJK Kerja Majlis


En Fadzil Nor  Menulis surat memohon sumbangan
Jannatun Naimah

PENDAFTARAN  Memastikan guru, staf serta ahli keluarga yang


Khadijah (Staf) mendaftar hadir
Wan Noor Hidayati  Memaklumkan jika terdapat kekurangan tempat duduk
 Menjemput dan mempelawa tetamu untuk ambil
tempat di dalam dewan

DOA  Mengetuai bacaan doa yang bersesuaian dengan


Khairul Azman program

SIARAYA  Menyediakan alatan yang diperlukan sepanjang majlis


Khumeini  Memastikan alatan berfungsi sepanjang program

BUKU PROGRAM  Menyediakan dan mengedarkan brosur kepada guru dan


Wan Noor Hidayati staf pada hari tersebut
 Memperbanyakkan edaran untuk semua guru dan staf

HIASAN PENTAS & BACK DROP  Menyediakan back drop pentas dan hiasan yang
Wong Mee Ngik diperlukan untuk majlis
Susilah Seeraman

HADIAH  Penyediaan saguhati untuk penceramah


Nur Hidayah  Menyediakan tempat hadiah sebelum majlis
Syafiqah  Menguruskan penyampaian hadiah sepanjang majlis
Siti Khatijah

PENGACARA  Menyediakan skrip pengacara


Roszida  Menjadi pengacara sepanjang majlis berlangsung
Anuar

CERAMAH INTEGRITI  Menyediakan modul yang sesuai berkenaan Integriti


Asnoni  Menyediakan aktiviti bagi membudayakan sikap tolong
menolong
 Menguruskan dan menentukan giliran bagi setiap
kumpulan

10.0 TENTATIF PROGRAM

3
BIL MASA PERKARA
1 2.00 PM Ketibaan tetamu
2 2.30 PM Pendaftaran
3 2.45 PM Kata aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Ucapan Guru Besar SK Mantin
Ucapan Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan SK Mantin 2018

4 3.00 PM Ceramah Integriti dan Kepentingan membudayakan amalan tolong


menolong
4.30 PM Jamuan
Menjalankan aktiviti yang membudayakan tolong menolong
Penyampaian hadiah
5 7.00 PM Bersurai

11.0 SUMBER PERBELANJAAN

11.1 Sumbangan Kelab Guru& Staf : RM 2650.00


11.2 Sumbangan perseorangan : RM 500.00
11.3 Sumbangan PIBG : RM 1000.00
11.4 Sumbangan MB : RM 1500.00
Jumlah pendapatan : RM 5650.00

12.0 PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah


1 Tempahan tempat RM 1 500
2 Jamuan RM 2 000
3 Pengangkutan RM 1 550
4 Cenderahati RM 300
5 Lain-lain keperluan RM 300
JUMLAH KESELURUHAN RM 5 650

13.0

4
14.0 PENUTUP

Program ini tidak akan berjaya diimplementasikan tanpa mendapat kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar semua pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan majlis ini dapat memberi sokongan dan komitmen yang persis lagi jitu demi
memastikan kelancaran dan keberkesanan majlis ini.

Disediakan oleh,

………………………………………………………
(JANNATUN NAIMAH)
Setiausaha Kelab Guru dan Staf SK Mantin.

Disokong oleh,

………………………………………………………
(MOHD FADZIL NOR BIN MOHD PUZAI)
Pengerusi Kelab Guru dan Staf SK Mantin

Disahkan oleh,

….……………………………………………………….
(ARIFIN BIN HAJI ISMAIL)
Guru Besar SK Mantin.

You might also like