You are on page 1of 7

Isi

Fakta berasaskan rujukan

Perbincangan

Hujahan

Rumusan

Masokkan polisi, perkembangan, peranan, akta, pencapaian, cabaran, penilaian anda, cadangan,
rumusan, atau lain-lain yang sesuai.
DEFINISI SOSIOLOGI

Menurut Auguste Comte (1798-1857) yang telah diperkenalkan di dalam bukunya iaitu Positive
Philosophy (1842) istilah sosiologi ini berasal daripada perkataan latin iaitu “sosio” yang bermaksud
“berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud
“pengetahuan mengenai masyarakat”. Menurut Jary & Jary (1995) pula ialah kajian secara saintifik
mengkaji masyarakat daripada pelbagai sudut seperti melihat fungsi, bentuk organisasi sosial,
budaya dan jenis-jenisnya. Gridden (1993) menyatakan istilah sosiologi ini ialah kajian tentang
kehidupan manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat. Menurut Waters (1994) bidang sosiologi
ini memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi antara manusia. “Sosiology is the
scientific study of human society and social interactions. The main focus of sociology is the group,
not the individual.” telah dijelaskan oleh Tisher, Whitten dan Hunter (1983) .

DEFINISI SOSIOLOGI SUKAN

Sosiologi adalah bidang saintifik yang menjelas dan menerangkan berkaitan organisasi sosial
manusia. Selain itu,sosiologi merupakan kajian saintifik yang berkaitan dengan aspek sosiol dan
budaya individu dalam komuniti dan masyarakat. Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep
sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk
memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan
dengannya seperti penonton, pengurusan dan media. Isu sosiologi yang signifikan dalam sukan
termasuklah corak organisasi sosial yang terlibat, sifat formal sukan seperti pasukan, jurulatih,
pemain, penganjur, undang-undang dan peraturan, tahap keseriusan menghadapi pertandingan
seperti menang-kalah tidak ditentukan lebih awal dan penekanan terhadap kemahiran fizikal yang
tinggi.

KONSEP SOSIOLOGI

Terdapat 4 konsep asas sosiologi iaitu bangsa, etnik, kerakyatan dan masyarakat.

1) Bangasa

Konsep asas bagi bangsa ialah Idea perkongsian dari segi aspek genetik, kaum, keturunan (klasifikasi
biologi). Menggambarkan satu populasi atau kumpulan individuyang boleh dibezakan dengan
kumpulan lain melalui sifat tertentu dan kepercayaan/persepsi mengenai asal usul keturunan. Sifat
yang sering digunakan untuk klasifikasi bangsa

– Warna (kulit dan rambut)

– Bentuk (muka, badan dsb.)

– Tekstur(kulit dan rambut)

– Identifikasi kendiri

2) Etnik

Etnik pula merujuk kepada kumpulan individu dari keturunan yang sama dan mewarisi ciri-ciri
tertentu (lebih mengkhusus dari bangsa). Idea perkumpulan sosial berdasarkan agama, unsur
geografi, bahasa atau budaya. Pengenalpastian etnik dilakukan oleh orang luar (external
identification) berbanding dengan pengenalpastian oleh individu tersebut. Perbezaan penggunaan
istilah ‘bangsa’ dan ‘etnik’ ada kaitan dengan zaman penjajahan barat dan era kapitalis (perluasan
penguasaan ekonomi).

3) Kerakyatan dan kewarganegaraan

Berkaitan dengan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain berdasarkan ciri-ciri
persamaan negara, budaya dan kesetiaan. Merangkumi aspek perundangan terhadap individu yang
mempunyai taraf kewarganegaraan dan membolehkan individu tersebut mendapat perlindungan
dari negara tersebut. Di bawah rang undang-undang antarabangsa,sesebuah negara mempunyai
hak untuk menentukan dan memberi status kerakyatan kepada individu yang berada di negara
tersebut. Hak dan kuasa negara memberi kerakyatan diperketatkan dengan adanya konvensi tiada
kerakyatan khusus (statelessness) dan juga pelbagai perundangan seperti konvensi kesatuan Eropah
bagi aspek kerakyatan.

4) Masyarakat

Kumpulan individu yang mempunyai ciri yang sama secara umum (minat) atau khusus (budaya)
Kumpulan individu yang mempunyai perkaitan berstruktur seperti agama, politik,kepatriotikan dsb.
Dalam satu masyarakat, ahlinya boleh dibezakanmelalui ciri-ciri etnik. Istilah masyarakat boleh
digunakan secara umum atau khusus.

Konsep sosiologi sukan

Sosiologi

- Kajian saintifik tentang struktur dan proses sosial dalam masyarakat.

Saintifik

- Sesuatu yang teratur, empirikal, sistematik serta mengambil kira isu berkaitan validiti (kesahan)
dan reliabiliti (kebolehpercayaan) kaedah kajian yang digunakan.

Struktur

- Suatu organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro seperti individu, seorang pelajar,
seorang atlit dan seorang guru. Makro pula kumpulan pelajar, satu pasukan, satu unit beruniform.

Proses

- Interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam masyarakat dalam bentuk komunikasi,
konflik, komersialisasi, birokratik, sosialisasi, proses menginstitusikan dan proses lain yang berkaitan.

Ciri Institusi Sukan

Untuk membolehkan sukan diinstitusikan sebagai satu institusi sosial dalam masyarakat, beberapa
kriteria tertentu perlu dipenuhi bagi membolehkan ianya diterima sebagai satu institusi sosial.
Antaranya adalah:

(a) undang-undang dan peraturan -

wujudnya undang-undang dan peraturan yang mengawal perjalanan sukan tersebut.


(b) sosioemosi -

kesan sosial dan psikologi individu yang dicapai menerusi penglibatan dalam sukan,

antaranya:

*Katarsis - peluang untuk melepaskan tekanan secara yang dibenarkan menerusi sukan.

*Mewujudkan semangat kekitaan atau berpasukan.

*Semangat patriotisme.

(c) sosialisasi -

merangsang individu untuk saling mengenali antara satu sama lain merentasi warna kulit ,
kepercayaan dan sebagainya.

(d) integrasi -

menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang seperti menjadi satu pasukan sekolah,
daerah dan negeri.

(e) politik -

alat untuk menunjukkan kuasa (pengurusan pasukan atau persatuan, hierarki dalam persatuan).

(f) mobiliti sosial -

proses yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah untuk memberi peluang kepada individu untuk
meningkat seperti pemain peringkat sekolah meningkat ke peringkat daerah negeri atau negara.

Proses Sosialisasi Sukan

Sosialisasi

Proses di mana manusia mempelajari mengenai budaya serta bagaimana menjadi ahli dalam sesuatu
masyarakat. Penglibatan dalam sukan membuka ruang untuk bersosialisasi serta berinteraksi dengan
orang lain.

Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara:


SOSIALISASI DALAM SUKAN

Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak
agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai
dan perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi.

SOSIALISASI MENERUSI SUKAN

Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap
bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam
proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut.

Kesan Penglibatan Dalam Sukan

Penglibatan dalam sukan menghasilkan kesan-kesan positif dan negatif kepada individu dan negara.
Antara kesan positifnya adalah:

Individu

(a) pembentukan watak -

sukan dapat membentuk perwatakan individu yang positif.

(b) imej kendiri yang positif -

penyertaan dalam sukan boleh meningkatkan imej diri.

(c) kualiti kepimpinan -

pembentukan daya kepimpinan individu, khususnya dalam sukan berpasukan.

(d) semangat patriotisme -

rasa bangga mewakili pasukan dibentuk menerusi penyertaan dalam bidang sukan.

(e) semangat setia kawan/berpasukan -

terbentuk menerusi penyertaan, interaksi serta sosialisasi dalam sukan.

(f) kesihatan - peningkatan kesihatan individu secara keseluruhan boleh dicapai menerusi
penyertaan dalam bidang sukan.
Beberapa nilai positif yang perlu diamalkan adalah seperti menghormati peraturan, sifat
bekerjasama,

bertoleransi dan nilai-nilai murni yang lain.

Jika tidak diawasi, penglibatan dalam sukan juga akan mendatangkan kesan negatif kepada individu
seperti:

(a) sikap terlalu mementingkan kemenangan sehingga meninggalkan semangat kesukanan dan
berpasukan.

(b) Penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi.

(c) Keagresifan dalam sukan.

(d) Membelakangkan nilai-nilai kesukanan yang lain.

NEGARA

Penglibatan negara dalam bidang sukan mendatangkan kesan-kesan seperti berikut:

(a) Sosial

integrasi kaum - proses integrasi kaum (integrasi nasional) dapat dilaksanakan kerana aktiviti sukan

merentasi batasan kaum.

(b) Ekonomi

sumber kewangan - peningkatan sumber kewangan dari segi penajaan pertandingan, hak penyiaran,
kutipan cukai serta kedatangan pelancong asing (pelancong sukan).

(c) Politik

semangat setia kawan - khususnya pada peringkat serantau dapat disemai menerusi penyertaan
dalam bidang sukan seperti sukan SEA dan Asia. kerjasama antarabangsa - dapat diwujudkan
menerusi sukan secara meluas seperti sukan Olimpik, Komanwel dan sukan Asia.

Jika tidak diawasi penglibatan negara dalam bidang sukan juga akan mendatangkan kesan negatif
seperti:

(a) perbalahan antara negara kerana ingin mendapatkan hak penganjuran sukan.

(b) Pemboikotan sukan.


Kesannya, semangat setiakawan serta kerjasama antarabangsa mungkin terjejas jika proses
penglibatan dalam sukan ini tidak ditangani dengan teliti.

You might also like