You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT JUASSEH,72500 JUASSEH, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 2 / 2020

Tarikh :
Masa :
Tempat : Dewan SKPJ

Kehadiran:
1. En. Kamarudin bin Said (Guru Besar)
2. Pn Razanah bt Mohamad (GPK 1)
3. Pn Siti Marzidah bt Abdul Aziz (GPK HEM)
4. En Raimie bin Mohamed Mansur (GPK KO)
5. En. Mohd Farhad bin Daud (Setiausaha)
6. En. Mohd Hazwan bin Abdul Halim
7. En. Mohd Ibrahim bin Mohd Salleh
8. En. Abdul Halem bin Abu Bakar
9. En Muhammad Fauzi bin Abu Zarmi
10. Pn. Sarimayati binti Yahaya
11. Pn. Noor Aznim binti Mohd Ali
12. Pn. Mardziana bt Ramli
13. Pn. Siti Hajar binti Mazilah
14. Pn Safena bt Rohim
15. Pn. Hasifah binti Hashim
16. Pn Masrina bt Musa
17. Pn. Suzilawati bt Maamor
18. Pn Rofeah bt Mohd Ramli
19. Pn Norlela bt Mohd Pilus
20. Pn Siti Saminah bt Ismail
21. Pn Nik Mazita bt Nik Abdullah
22. Pn Wan Noraini bt Wan Ahmad
23. Pn Nor Azizah bt Ahmad
24. Pn Zarina bt Ahmad
25. Pn Nurrul Azlina bt Kamaruzaman
26. Pn Noraini bt A. Rahman
27. Pn. Norafida bt Abdul Kudus
28. En A.Halem bin Abu Bakar
29. En Mohd Rohaizad bin Mohd Raduan
30. Pn Nor Ifadah bt Abdul Nasir
31. En John Cantius A/L Francis
32. En. Ahmad Khir Asya’ari bin Yaman
33. En Hashim bin Harun
1.0 Ucapan Pengerusi (Pn Siti Marzidah bt Abdul Aziz)

1.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir pada mesyuarat kali ini.

1.2 Pengerusi memaklumkan mengenai perbincangan kali ini adalah


mengenai standard prosedur dan norma baru yang perlu dituruti
apabila sesi persekolahan dibuka semula.

1.3 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru


yang telah sama-sama menjayakan persediaan pembukan semula
sesi persekolahan.

Tindakan : Makluman

2.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

2.1 Minit mesyuarat HEM kali pertama telah disahkan oleh Pn. Rofeah
dan disokong oleh En. Rohaizad.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Tiada

4.0 Perkara Baru

4.1 Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah

4.1.1 KPM telah mengumunkan tarikh pembukaan sekolah


bermula 1 Julai untuk Pra Sekolah, 15 Julai untuk Tahun
5 dan 6 dan Tahun 1 hingga Tahun 4 pada 22 Julai 2020.
4.1.2 Pengerusi membentangkan Garis Panduan Pembukaan
Semula Sekolah kepada semua guru.
4.1.3 Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, guru-guru
dinasihatkan untuk mengamalkan norma baharu seperti
memakai topeng serta kerap mencuci tangan
menggunakan sabun.
4.1.4 Jadual guru bertugas pagi dan jadual bertugas waktu
rehat telah diedarkan.
4.1.5 Apabila sekolah mula dibuka, guru-guru dinasihatkan
untuk melaksanakan sesi motivasi dalam proses PdP.
4.1.6 Pihak sekolah telah membeli thermometer tambahan
bagi memudahkan proses merekod suhu badan murid.
4.1.7 Pihak PIBG telah bersetuju untuk menyumbangkan
alatan dan cecair sanitasi kepada pihak sekolah.

Tindakan: Makluman
4.2 Unit Disiplin

4.2.1 Guru yang bertugas diminta untuk mengawal pergerakan


murid di pintu masuk B semasa tiba dan pulang.
4.2.2 Memastikan semua murid memakai penutuo muka
sebelum masuk ke kawasan sekolah.
4.2.3 Memeriksa suhu badan murid menggunakan alat
pengimbas suhu badan sewaktu murid tiba di sekolah.
4.2.4 Menyediakan buku senarai nama murid mengikut kelas
serta merekodkan maklumat murid.
4.2.5 Mengasingkan murid yang bergejala di dalam bilik isolasi
sehingga penjada dapat membawa pulang murid
tersebut pulang.
4.2.6 Memastikan murid-murid menjaga penjarakan social
ketika bergerak dari pagar sekolah ke kelas.
4.2.7 Memastikan sesi rehat berjalan dengan lancar.
Tindakan & Makluman : Pn Zarina & Semua guru

4.3 Unit Bimbingan dan Kaunseling

4.3.1 Pn. Iffadah (Guru B&K) telah mengambil inisiatif


mewujudkan channel Telegram ‘1 Hari 1 Perkongsian’
bertujuan untuk menyebarkan sebarang maklumat
penting kepada murid-murid sepanjang tempoh PKP.

Tindakan: Pn. Iffadah

4.4 Unit Kesihatan

4.4.1 Menampal poster atau banner berkaitan wabak Covid-19


dan norma baharu di papan kenyataan sekolah dan
kelas.
4.4.2 Menyediakan dan memastikan bilik isolasi berada dalam
keadaan baik dan selamat.
4.4.3 Mengambil tindakan sekiranya terdapat kes positif Covid-
19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah yang
disahkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah.
4.4.4 Mendapatkan hand sanitizer atau sabun untuk kegunaan
bilik-bilik khas dan kelas dari pejabat sekolah.

Tindakan: Pn Nik Mazita


4.5 Unit Keselamatan

4.5.1 Meletakkan tanda laluan di atas lantai kelas dan


sepanjang laluan murid.
4.5.2 Menandakan tanda penjarakan bagi mengambil suhu
murid, memcuci tangan dan di bilik-bilik khas.
4.5.3 Memastikan hebahan mengenai langkah keselamatan
dibuat menerusi group Whatsapp kelas.
4.5.4 Pengawal keselamatan akan mengambil bacaan suhu
badan guru di pintu masuk utama sekolah.
4.5.5 Panitia P. Agama Islam diminta untuk berbincang
berkaitan penggunaan surau sekolah.

Tindakan & Makluman: Semua guru

4.6 Unit Bebas Denggi & Penarafan Tandas

4.6.1 Memastikan setiap tandas dibekalkan dengan sabun


pencuci tangan yang mencukupi.
4.6.2 Meletakkan tanda penjarakan sosial di dalam tandas dan
luar tandas.
4.6.3 Menyediakan poster Langkah Mencuci Tangan di tandas
guru dan murid.

Tindakan: En. Ibrahim

4.7 Unit Bantuan Sekolah

4.7.1 Memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya


terdapat keluarga murid yang terjejas dengan wabak
Covid-19.
4.7.2 Guru kelas diminta untuk semak rekod bantuan murid
yang terdapat dalam APDM guru kelas. Pihak PPD telah
menbuat teguran berkaitan data rekod bantuan yang
belum lengkap.

4.8 Unit Kantin

4.8.1 Penyelaras unit kantin diminta untuk berbincang dengan


pengusaha kantin berkaitan waktu rehat murid.
4.8.2 Memaklumkan kepada murid dan penjaga bahawa murid
hanya dibenarkan untuk makan di meja masing-masing.
4.8.3 Memastikan tanda penjarakan sosial diletakan di ruang
berbaris dan di dalam ruang makan guru.
4.8.4 Penggunaan kerusi dan meja di kantin bagi murid tidak
dibenarkan. Semua bangku perlu dinaikkan ke atas meja.
4.8.5 Kerusi di ruang makan guru hendaklah ditanda dan
dijarakkan sekurang-kurangya 1 meter.
4.8.6 Meletakkan tanda laluan sehala dengan pita pelekat
bewarna di laluan ke kantin.
4.8.7 Menampal maklumat pemberitahuan Covid-19.
4.8.8 Menguruskan proses tempahan makanan murid semasa
sesi persekolahan bermula.
Tindakan : Pn. Noraini

4.9 Unit Penempatan Pra Sekolah / Tahun 1 / Tingkatan 1

4.9.1 Waktu tiba bagi murid prasekolah ialah dari pukul 7.20
pagi hingga 8.00 pagi.
4.9.2 Sesi simulasi telah dilakukan sebelum prasekolah dibuka
semula.
4.9.3 Guru bertugas perlu hadir awal untuk memantau dan
mengambil bacaan suhu murid.
4.9.4 Penjaga tidak perlu bersama murid ke tempat saringan
pemgbilan suhu.
4.9.5 PPM dan guru bertugas akan memimpin murid ke kelas
masing-masing setelah selesai pengambilan baccan
suhu.
4.9.6 Jika suhu badan murid mencecah 37.5 dan ke atas,
murid akan diminta berehat sebentar sebelum saringan
kedua dilakukan. Jika masih tiada perubahan, penjaga
perlu membawa pulang murid untuk mendapatkan
rawatan.
4.9.7 Pada waktu rehat, PPM dan guru prasekolah akan
menghidangkan makanan dan minuman kepada murid.
4.9.8 Waktu pulang ialah pada pukul 12.00 tengah hari. Guru
bertugas harus memastikan murid beratur mengikut
penjarakan sosial sebelum pulang.

Tindakan : Guru Pra & Guru bertugas

4.10 Guru Kelas

4.10.1 Guru kelas diminta untuk menyediakan senarai kontak


penjaga dan serahkan kepada pihak pentadbir.
4.10.2 Guru kelas harus maklumkan kepada para penjaga
berkaitan maklumat terkini tentang pembukaan semula
sekolah.
4.10.3 Guru kelas diminta untuk berada di dalam kelas masing-
masing pada pukul 7.20 pagi bagi memudahkan proses
tempahan makanan waktu rehat.
4.10.4 Proses sanitasi kelas akan dilakukan oleh guru subjek
terkakhir.

Tindakan : Guru Kelas


5.0 Hal-hal Lain

1.8 Bagi sesi persekolahan Kelas Agama Petang, pihak sekolah


masih belum mendapat sebarang makluman dari pihak
atasan.
5.2 Semua guru dinasihatkan untuk memberi kerjasama dan
menjalankan tugas yang telah diberi dengan baik bagi
memastikan wabak Covid-19 tidak merebak.
5.3 Diharap warga SKPJ dapat mengamalkan norma baharu di
sekolah dengan mengelakkan 3S iaitu sesak, sempit dan
sembang dekat serta sentiasa mengamalkan 3W iaitu kerap
mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai penutup
muka (wear) dan amaran dari KKM yang berkonsep
peringatan (warn).

Tindakan & Makluman : Penyelaras Unit dan Semua Guru

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua


guru yang telah memberikan kerjasama pada mesyuarat kali
ini.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

You might also like