You are on page 1of 22

Bab1- KEDUDUKAN STRATEGIK

MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

1.1-Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau


Pinang
1.Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan sebuah pelabuhan
untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barangan
dagangandan pangkalan tentera.

2. Pihak SHTI memerlukan sebuah tempat persinggahan untuk berlindung


daripada angin monsun. Pada masa peralihan monsun itu, mereka
memerlukan bekalan air, makanan dan membaiki kapal.

3. Selain itu, pihak syarikat memerlukan barangan seperti emas, perak,


bijih timah dan lada hitam yang banyak terdapat di Kepulauan Melayu
untuk dijadikan barang tukaran bagi mendapatkan teh yang amat popular di
Eropah daripada pedagang Cina.

4. Oleh itu, pihak SHTI telah mendapati bahawa Pulau Pinang merupakan
sebuah kawasan yang sesuai untuk tujuan ini kerana kedudukannya yang
strategik, iaitu berada di persimpangan
timur dan barat.

5. Pulau Pinang juga didapati sesuai dijadikan pangkalan tentera di


Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannyadi India daripada
serangan pihak Perancis.

6. Walau bagaimanapun, SHTI tidak boleh mendapatkan Pulau Pinang


yang berada di bawah penguasaan Kedah kerana Kedah merupakan
sebuah negeri yang berada di bawah naugan Siam.

7. Kedah merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Kepulauan elayu pada


kurun ke-16. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh Kedah menyebabkan
Kedah maju sebagai pelabuhan enterpot.

8. Namun, pada akhir kurun ke-18 berlaku perebutan takhta kerajaan


Kedah. Sultan Muhammad JIwa telah melantik Tunku Abdullah sebagai
Raja Muda Kedah tetapi perlantikannya telah ditentang oleh kerabat
dirajaKedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.
9. Kerabat diraja Kedah telah berpakat denganBugis di selangor yang
dipimpin oleh Raja Haji untuk menentang baginda

10. Sultan Muhammad JIwa telah diserang oleh tentera Raja Haji lalu
mengakibatkan Kuala Kedah dan Alor Setar ditawan. Baginda terpaksa
berundur ke Kangar.

11. Baginda berusaha mendapatkanbantuan daripada firmaJourdi an


Sullivan and de Souza. Oleh itu, pihak firma telah menghantar Francis
Light untuk berunding dengan baginda pada tahun 1771.
12. Setelah berbincang, baginda telah menandatangani perjanjian dengan

Francis Light.
13. Dalam perjanjian itu, pihak firma dibenarkanberniaga di Kuala Kedah.
14. Namun, perjanjian itu dibatalkan apabila pihak firma enggan

memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor.


15. Pada masa yang sama, Kedah telah menghentikan penghantaran
bunga emas kepada Kerajaan Siam semasa Siam berperang dengan
Burma pada tahun 1753-1781.
16. Setelah Siam bangkit, siam telah menuntut supaya penghantaran
bunga emas, wang, serta tenaga manusia disambung semula. Ini
menyebabkan Kedah berasa terancam.

17. Kedah yang diperintah oleh Sultan Abdullah telah meminta bantuan
daripada pihak SHTI untuk mengekalkan kedaulatan Kedah. Baginda telah
menawarkan Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan.

18. Francis Light yang inginkan Pulau Pinang, menerima tawaran Sultan
Abdullah.

1.2-Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang


1. Dasar monopoli yang diamalkan oleh Belanda telah membimbangkan
pihak SHTI.

2. Setelah meneliti tawaran Sultan Abdullah, Francis Light secara peribadi


telah menandatangani Perjanjian Inggeris- kedah pada tahun 1786.

3. Antara syarat-syarat Perjanjian Inggeris- Kedah 1786 ialah:


(a) SHTI tidak boleh melindungi musuh kedah.
(b) SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang oleh musuh.
(c) SHTI membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultanKedah
sebagai pampasan.

4. Penaklukan Patani oleh Siam telah mengancam kedudukan kedah.

5. Sultan Abdullah menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI seperti


yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786.

6. SHTI enggan memberi bantuan kerana tidak terlibat dalam Perjanjian


1786 yang ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Francis Light.

7. Oleh sebab keengganan SHTI untuk memberi bantuan, Sultan Abdullah


mengarahkan Francis Light keluar dari Pulau Pinang tetapi beliau enggan
walaupun ditawarkan bayaran ganti rugi.

8. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah mengumpul tentera untuk menyerang


dan mengambil semula Pulau Pinang.

9. Baginda turut mendapat bantuan ketenteraan daripada Siak, Riau, dan


Selangor.

10. Francis Light telah meminta bantuan tentera British untuk menyerang
kubu sultan Kedah di Seberang Perai.

11. Dalam pertempuran itu, angkatan tentera Kedah tewas dan Sultan
Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan
Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791.

12. George Leith pula dilantik oleh SHTI sebagai Gabenor Pulau Pinang
yang pertama.

1.3-SHTI Mengambil Seberang Perai


1. Setelah menduduki Pulau Pinang, SHTI berusaha pula untuk
mendapatkan SeberangPerai kerana:
(a) Sesuai untuk dijadikan benteng pertahanan Pulau Pinang sekiranya
diserang.
(b) Sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian kerana tanah subur.

2. Peluang ini diambil oleh SHTI kerana Sultan Dziauddin memerlukan


bantuan ketenteraan untuk menentang Siam.

3. Pada bulan Jun 1800, baginda telah menandatangani Perjanjian


Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith.

4. Perjanjian ini membolehkan SHTI menduduki Seberang Perai secara


rasmi dan dinamakan Province Wellesly. .

5. Namun, SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan setelah Kedah diserang


oleh Siam pada bulan November 1821.

6. Kedah akhirnya berjaya ditakluki oleh Siam.

7. Pada bulan Jun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Raja


Rama III dengan Henry Burney di Bangkok

8. Sultan-sultan Kedah telah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan


negeri Kedah daripada ancaman musuh.

9. Namun, akhirnya Pulau Pinang dan Seberang Perai jatuh ke tangan


British kerana Francis Light dan SHTI memungkiri janji dn menggunakan
tipu muslihat.

1.4-Pertapakan SHTI di Singapura


1. Kedudukan Pulau Pinang yang terletak di Utara Selat Melaka
menyebabkan Pulau Pinang gagal berkembang maju.

2. Kapal-kapal dagang lebih banyak berlabuh di kawasan yang


berhampiran dengan Selat Melaka seperti Betawi, Riau dan Lingga.

3. Perdagangan SHTI dengan China semakin maju menyebabkan pihak


syarikat memerlukan sebuah pelabuhan baru untuk menggantikan Pulau
Pinang.
4. Perang Napoleon yang telah melanda Eropah menyebabkan pihak SHTI
dapat menguasai Melaka dan Betawi.

5. Namun, selepas perang tamat, SHTI terpaksa memulangkan semula


Melaka dan Betawi kepada Belanda. Pihak belanda juga telah
memberikan layanan yang buruk terhadap pedagang British.

6. Oleh itu, pihak syarikat telah menghantar Stamford Raffles untuk


mencari sebuah pangkalan baru. Beliau telah cuba untuk memajukan
Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal.

7. Raffles yang mendapatiSingapura berpotensi untuk menjadikan


pelabuhan yang maju kerana terletak di laluan perdagangan di
Selat Melaka dan Selat Sunda telah mencadangkannya kepada pihak SHTI.

8. Singapura yang terletak di bawah kekuasaan Johor juga didapati dapat


menyaingi pelabuhan Betawi dan mampu menyekat monopoli
perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu.

Singapura sebagai pangkalan perdagangan


yang strategik
1. Stamford Raffles telah mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan
pangkalan baru di Singapura.

2. Singapura terletak di bawah kekuasaan kerajaan Johor.

3. Namun, usaha Raffles untuk mendapatkan Singapura menghadapi


masalah kerana kerajaan Johor berada di bawah pengaruh Belanda.

Taktik Raffles mengambil Singapura


1. Pada 12 Januari 1819, Stamford Raffles telah mendarat di Singapura.

2. Stamford Raffles telah memaksa Temenggung Abdul Rahman


menandatangani perjanjian dengan pihak British pada 30 Januari 1819.

3. Namun, perjanjian itu dianggap tidak sah kerana tidak mendapat


persetujuan daripada sltan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman.
4. Raffles merancang dengan mengadakan muslihat untuk
memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda

5. Raffles telah berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman menjeput


Tengku Hussein ke
Singapura untuk menjadi sultan Johor.
6. Oleh itu, Sultan Hussein telah mengiktirafkan perjanjian awal antara
Temenggung Abdul Rahman dan Raffles.

7. Maka secara rasminya SHTI mula bertapak di Singapura.

SHTI Mencengkan Singapura


1. Perjanjian 1819 gagal memberi kuasa penuh kepada Raffles untuk
menduduki Singapura.

2. Untuk mengukuhkan kedudukan SHTI, Raffles telah menandatangani


satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul
Rahman pada 7 Jun 1823.

3. Perjanjian ini membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan


Pulau-Pulau yang berdekatan

4. Pada 2 Ogos 1824, Residen Singapura iaitu John Crawfurd telah


menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan
Temenggung Abdul Rahman.

5. Melalui perjanjian tersebut, Sultan Hussein terpaksa menyerahkan


Singapura secara rasminya kepada SHTI.

1.5-Perpecahan Kepulauan Melayu


1. Kepesatan Singapura telah mengugat pengaruh Belanda di Kepulauan
Melayu.

2. Pihak Belanda juga marah dengan pendudukan Raffles di singapura


kerana mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya.

3. Pekara ini telah membangkitkan permusuhan antara pihak British


dengan pihak Belanda.

4. Permusuhan ini kemudiannya diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-


Belanda 1824yang juga dikenali sebagai Perjanjian Persetiaan London.

5. Antara syarat-syarat Perjanjian Persetian London (Perjanjian Inggeris-


Belanda 1824):
(a) Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.
(b) Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah
Melayu.
(c) British akan menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, sementara
Belanda menyerahkan Melaka kepada British.

6. Perjanjian ini telah menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada


dua pengaruh, iaitu British dan Belanda.

7. Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura terletak di bawah pengaruh


British manakala Kepulauan Riau dan Lingga berada di bawah pengaruh
Belanda.

8. Melaka yang sudah lama menjadi impian British telah dapat diperolehi
melalui perjanjian ini.

9. Johor pula telah dipecahkan kepada dua bahagian:


(a) Johor dan Singapura berada di bawah penguasaan British; dan
(b) Kepulauan Riau serta Lingga berada di bawah penguasaan Belanda.

1.6-Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat


1. Negeri-negeri selat (NNS) dianggotai oleh Pulau Pinang, Singapura dan
Melaka.

2. Pulau pinang dahulunya telah diperintah oleh Leftenan Gabenor,


manakala Singapura dan Melaka diperintah oleh Residen.

3. Dengan tertubuhnya NNS, pentadbiran dapat diseragamkan dan


menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.

4. Ibu negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang dan kemudiannya pada
tahun 1832, Singapura pula menjadi ibu negeri bagi NNS.
5. Pentadbiran NNS diketuai olehGabenor yang menerima arahan
daripada Gabenor Jeneral di India.

6. Residen Konsuler pula dilantik untuk membantu Gabenor menjalankan


pentadbiran di NNS.

7. Gabenor Jeneral di India bertanggungjawab menggubal undang-undang


untuk dilaksanakan di NNS.

8. Namun, pentadbiran ini ditentang oleh penduduk tempatan kerana


mereka merasakan bahawa NNS adalah seperti tanah jajahan India.

9. Oleh itu, NNS telah merayu kepada British untuk memindahkan


pentadbiran NNS ke London.

10. Justeru, pada 1 April 1867, NNS diisytiharkan sebagai tanah jajahan
British dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di
London.

11. Majlis Perundangan telah ditubuhkan bagi membolehkan NNS


meluluskan undang-undang yang dibuatnya sendiri.
Bab2- KEKAYAAN HASIL BUMI
MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH
DI TANAH MELAY

2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-


Negeri Melayu – NNM

Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British diNNM


i. Kekayaan bumi NNM
a. hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
b. kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta(Perak), di Sungai
Pahang dan Sungai Lembing(Pahang), di Lukut, Kuala Lumpur
,Ampang dan Petaling (Selangor) dan di Sungai Ujong, Negeri
c. Sembilan kawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang

ii. Revolusi Perindustrian


a. British memerlukan bijih timah untuk perusahaan
mengetin makanan
b. NNM perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah
berterusan
c. NNM sebagai pasaran hasil keluaran kilang

iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan


Kapal Wap
a. Terusan Suez dibuka tahun 1869
b. terusan ini menghubungkan Laut Merah dengan
Laut Mediterranean
c. ia memendekkan perjalanan dari England
(Eropah) ke India, Asia Tenggara dan China
d. penciptaan kapal wap mempercepatkan perjalanan
dan dapat membawa muatan lebih banyak

iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain


a. abad ke-19 berlaku persaingan kuasa
b. British di India bimbang dengan kuasa Eropah
lain di Asia Tenggara
c. British tidak akan membiarkan kepentingannya di
NNM diancam oleh kuasa Barat lain seperti
Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di
IndoChina dan Sepanyol di Filipina

v. Perubahan Dasar British di London


a. tahun 1873 Parti Konservatif menguasai kerajaan
b. British di LondonParti Liberal kalah
c. pertukaran kerajaan menyebabkan dasar tidak
campur tangan kepada dasar campur tangan di
NNM

vi. Desakan Pedagang di NNM


a. keadaan huru-hara berlaku di NNM
b. antara sebab-sebabnya ialah pertelingkahan antara
pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina
c. keadaan ini memberi kesan kepada pedagangpedagang
di NNS kerana mereka mengalami kerugian
d. akibatnya pedagang mendesak British campur
tangan dan melindungi kepentingan pelaburan
mereka di NNM
e. tahun 1873 seramai 243 pedagang NNS menulis
surat kepada Lord Kimberly iaitu Setiausaha
Tanah Jajahan British mendesak British campur
tangan

Hubungan Antara NNS Dengan NNM


a. NNS sebagai pelabuhan entrepot
b. NNS mengendalikan perdagangan bagi NNM
c. Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam
perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong,
Lukut dan Klang

2.2 -Keadan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan


dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British
1. kurun ke-19 keadaan di NNM pantai barat huruhara
dan tidak stabil
2. antaranya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang
i. Keadaan di Perak
a. politik tidak stabil
b. sebab-sebab;

a) Pergaduhan antara kongsi gelap Cina Ghee


Hin dan Hai San
a. buruh Cina dibawa masuk secara beramai-ramai
pada tahun 1848 oleh Long Jaafar ke daerah Larut
(Kelian Pauh dan Kelian Bharu)
b. tujuan untuk memajukan lombong bijih timah di
Larut
c. berlaku pergaduhan di Larut yang mencetuskan
Perang Larut
d. keadaan menjejaskan perusahaan bijih timah
e. Speedy (Timbalan Pesuruhjaya Polis
NNS) membantu menamatkan kekacauan di Larut

b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja


a. berlaku akibat sistem pewarisan takhta tidak
dipatuhi sepenuhnya
b. mengikut sistem, seseorang anak raja perlu
memegang tiga jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja
Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal
menjadi sultan
c. tahun 1871 Sultan Ali ma Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut
melantik
Kapten ngkat dan pembesarpembesar
Perak melantik Raja Ismail (Raja
Bendahara ketika itu) sebagai sultan Perak yang
baru
d. pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja
Muda ketika itu) dan Raja Yusuf (Raja Di Hilir
ketika itu)
e. Raja Abdullah sepatutnya mewarisi takhta
f. pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong
Raja Abdullah tidak hadir walaupun dijemput
g. Raja Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh
pembesar-pembesar Perak
h. tentangan kuat Raja Abdullag disokong penuh
pembesar-pembesar di hilir Perak seperti Dato’
Maharaja Lela dan Dato’ Sagor
i. kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak
sahaja
j. Raja Abdullah terus berkuasa di hilir Perak
k. keadaan ini menyebabkan perpecahan dan
menggugat keamanan di Perak
l. Raja Abdullah meminta bantuan British untuk
mengiktiraf beliau sebagai sultan
m. permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat
oleh Andrew Clarke (Gabenor NNS) yang
membuka peluang British untuk menguasai Perak

Langkah-langkah Menamatkan Kekacauan:


a. Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar
Melayu dan pemimpin kongsi gelap Cina
berunding di Pulau Pangkor
b. antara pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah,
Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor
c. Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima
surat jemputan
d. antara pemimpin kongsi gelap yang hadir ialah
Kapitan Ah Kwee (Ketua Kumpulan Hai San)
e. hasil rundingan membawa kepada termeterainya
Perjanjian Pangkor pada 30 Januari 1874
f. perjanjian ditandatangani atas kapal british iaitu
H.M.S. Pluto
Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874:
a. Raja Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak
b. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
c. sultan menerima seorang Residen British sebagai
penasihat dalam semua perkara kecuali hal-hal
agama Islam dan adapt istiadat Melayu
d. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di
Perak
e. Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar
dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak
f. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan
menerima seorang Penolong Residen
g. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai
segala usaha mengembalikan keamanan di Perak
Kesan Perjanjian Pangkor Ke Atas Perak:
a. tanda bermulanya kuasa British secara langsung
dalam pentadbiran dan ekonomi Perak
Keadaan di Selangor
a. tahun 1857 Sultan Abdul Samad yang berkuasa di
daerah Langat ditabal menjadi sultan Selangor
b. daerah Klang dikuasai Raja Sulaiman
apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai
pula oleh Raja Abdullah
c. timbul rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi
(putera Raja Sulaiman)
d. Raja Abdullah berjaya memajukan perlombongan
bijih timah di daerah Klang
e. buruh-buruh Cina dibawa masuk bekerja di
lombong-lombong
f. lombong-lombong bijih timah dibuka di Kuala
Lumpur dan Ampang
g. tahun 1860 daerah Klang berkembang maju
sebagai pusat bijih timah
h. Klang dijadikan ibu negeri Selangor sebelum
dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880
i. kekayaan Klang menjadi rebutan dan perbalahan
antaranya oleh Raja Mahadi
j. perbalahan antara mereka mencetuskan perang
saudara – Perang Klang
k. perang audara merebak ke daerah-daerah lain di
Selangor
l. keadaan bertambah buruk apabila pelombongpelombong
Cina terlibat sama 
m. tahun 1866 Raja Mahadi menyerang Raja
Abdullah di Klang
n. kegiatan perdagangan Selangor terjejas
Langkah-Langkah Ke Arah Menamatkan
Perang Klang:
a. Sultan Abdul Samad (1857-1898) melantik
Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang
b. Tengku Kudin (nama sebenar Tengku Dhiauddin)
ialah putera diraja Kedah, menantu Sultan Abdul
Samad dan wakil sultan untuk mentadbir dan
memajukan Selangor (1868)
c. Tengku Kudin tidak diterima pembesar-pembesar
Selangor termasuk Raja Mahadi kerana beliau
bukan anak negeri Selangor
d. Tengku Kudin meminta bantuan British
British mendesak Sultan Abdul Samad menerima
Residen British tetapi gagal
e. British terus berusaha mencari alasan untuk
menempatkan residennya di Selangor
f. tahun 1873 sebuah kapal dagang British dirompak
di Langat
g. 1874 rumah api British di Tanjung Rachado
(sekarang Tanjung Tuan, Negeri Sembilan) telah
diserang
h. kapal perang British iaitu H.M.S. Rinaldo
membedil Kuala Selangor
i. British membantu Tengku Kudin menewaskan
Raja Mahadi dan menamatkan Perang Klang
j. British mendesak Sultan Abdul Samad
meletakkan Selangor di bawah naungannya
k. tahun 1874 J.G. Davidson dilantik sebagai
Residen Selangor yang pertama
Penolong Residennya ialah Frank Swettenham
Keadaan di Sungai Ujong
a. Sungai Ujong kaya dengan bijih timah
b. tahun 1872, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman
menjadi pemerintah Sungai Ujong
c. seorang lagi pembesar yang berpengaruh di
Sungai Ujong ialah Dato’ Bandar Kulop Tunggal
d. kedua-duanya saling bersengketa
e. sebab-sebab mereka bersengketa ialah;
i. Kedua-duanya berebutkan Sungai Linggi yang
merupakan jalan perhubungan utama ke
pelabuhan Melaka
ii. Pungutan cukai ke atas pedagang yang
melalui sungai ini sangat lumayan
a. Dato’ Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin
b. kerana Dato’ Bandar disokong kuat penduduk
c. tempatan dan pelombong-pelombong Cina daerah
d. Sungai Ujong
a. Dato’ Kelana meminta bantuan British
b. tahun 1874 Dato’ Kelana menandatangani
e. perjanjian menerima perlindungan British
a. syarat-syarat perjanjian ialah;
i. Dato’ Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai
Ujong
ii. British berkuasa penuh mengutip
cukai di Sungai Linggi
iii. Residen British pertama yang
ditempatkan di Sungai Ujong ialah P.J.Murray
Dato’ Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan
menentang tindakan British mengutip cukai di
Linggi
British memberi bantuan tentera kepada Dato’
Kelana untuk menewaskan Dato’ Bandar
a. Dato’ Bandar dibuang negeri ke Singapura
b. British menguasai daerah-daerah lain seperti
Rembau, Jelebu dan Sri Menenati
c. British menempatkan pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil di setiap daerah, antaranya tahun
1883 di Rembau, 1886 di Jelebu dan 1889 di Sri
Menanti
d. tahun 1895 semua daerah disatukan dan
membentuk persekutuan yang dipanggil Negeri
Sembilan
e. Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah
(Yamtuan Sri Menanti) ditabal sebagai Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama
f. Tahun 1895 Residen British ditempatkan di
Negeri Sembilan iaitu Martin Lister
g. Negeri Sembilan secara sah menjadi negeri
naungan British
iv. Keadaan di Pahang
a. Pahang tidak sekaya seperti Negeri-Negeri
Melayu yang lain
b. British mahu menguasai Pahang bagi menghalang
kuasa Eropah lain bertapak di Negeri-Negeri
Melayu
c. kurun ke-19 Asia Tenggara menjadi tempat kuasa
Perancis, Rusia dan Jerman mencari tanah jajahan
d. Sultan Ahmad berusaha mengekalkan kedaulatan
Pahang dari dijajah British seperti yang berlaku di
a. Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu
baker dari Johor untuk membangunkan Pahang
bagi menyekat pengaruh British
a. Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur
Eropah untuk memajukan Pahang
b. syarikat-syarikat Eropah mengusahakan lombong
emas dan bijih timah di Pahang
c. contoh;
i. Pahang Corporation Ltd (Sungai Lembing)
ii. Malay Peninsular (Pahang)
iii. Prospecting Co. (Selising)
iv. Penjom & Sg. Dua Semantan Co. (Penjom)
tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi British
kerana menjejaskan kepentingan mereka di
Negeri-Negeri Melayu
Perluasan Kuasa British di Pahang
a. tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick
Weld Gabenor Negeri-Negeri Selat memujuk
Sultan Ahmad menerima Residen british tetapi
gagal
b. tahun 1887 British mendapatkan bantuan Sultan
Abu Bakar di Johor untuk memujuk Sultan
Ahmad menerima pengaruh British
c. Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di
Pahang
d. British masih tidak puas hati kerana wakil British
berkuasa terhad
e. tahun 1888 seoreang warganegara British
berbangsa Cina iaitu Go Hui ditemui mati
berhampiran istana Sultan Ahmad
f. British menggunakan peluang ini mendesak
Sultan Ahmad menerima Residen British atas
alasan Sultan Ahmad tidak mampu mewujudkan
keamanan di Pahang
g. akhirnya Sultan Ahmad terpaksa menerima
J.P.Rodger sebagai Residen British
h. penerimaan ini sebagai tanda berakhirnya
kedaulatan Pahang
i. British mula campur tangan secara langsung
dalam pentadbiran PahangPerak, Selangor dan Negeri Sembilan
b.

You might also like