You are on page 1of 1

Tugasan Tutorial 9

Peranan guru dalam perlaksanaan kurikulum terbahagi kepada tiga iaitu sebagi pentafsir,
perancang dan pelaksana. Guru sebagai pentafsir ialah guru perlu memahami dan
menghargai Falsafah Kebangsaan (FPK) dan matlamat pendidikan. Guru perlu mentafsir
sukatan yang terkandung dan memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih
sesuai dengan keperluan. Contohnya seperti objektif kurikulum sekolah iaitu
mengembangkan potensi diri dan bakat murid, meurid menguasai kemahiran belajar,
memupuk sikap dan tingkah laku mulia dan sebagainya. Seterusnya ialah guru sebagai
perancang. Guru perlu merancang perancangan kurikulum berdasarkan sukatan pelajaran
bagi sesuatu mata pelajaran yang akan diajarkan supaya guru boleh melaksanakan
program pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran secara sistematik
serta mengikut pemeringkatan yang sesuai. Rancanga kerja tahunan meliputi rancangan
tahunan, penggal dan mingguan. Guru sebagai pelaksana ialah guru perlu melakukan
persediaan supaya guru dapat mempersembahkan idea dan isi pembelajaran secara
tersusun. Aspek dalam pelaksanan yang perlu ditekankan seperti kaedah mengubah suai
dan menilai, penggunaan sumber pengajaran, strategi pengajran, pemilihan isi pelajaran,
merancang persediaan mengajar, kompenen persediaan mengajar, komponen persediaan
dan penentuan langkah pembelajaran.

Kejayaan sesuatu kurikulum yang digubal sangat bergantung kepada pelaksanaanya atau
peranan guru di sekolah. Bagi menjayakan sesuatu kurikulum, setiap warga pendidik
mestilah menguasai kemahiran mentafsir, merancang dan melaksana sesuai dengan
kehendak kurikulum semasa.

You might also like