You are on page 1of 2

Tugasan tutorial 11

Terdapat empat tunggak pendidikan UNESCO, yang pertama ialah belajar untuk menguasai
ilmu (learning to know), kedua belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do), ketiga
belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be), dan yang keempat ialah belajar untuk
harmoni dan bekerjasama (learning to live together). Berdasarkan cadangan UNESCO,
pendidikan harus memberikan peluang kepada pelajar meneroka dan memahami orang lain
sejak awal persekolahan. Pendidikan harus menjadi wadah untuk murid belajar tentang
budaya, agama dan tingkah laku etnik di Malaysia.

Tunggak pertama iaitu belajar untuk menguasai ilmu ialah guru perlu membantu murid
untuk memahami dunia sekeliling untuk memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta
komunikasi dengan orang lain. Murid juga perlu belajar untuk memperkembangkan
tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan berfikir seseorang dan murid perlu bijak belajar
dan guru juga perlu tahu cara untuk mengajar. Tunggak kedua iaitu belajar untuk menguasai
kemahiran pula ialah pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran
untuk diaplikasikan dalam pekerjaan kelak. Perkara ini menjadi cabaran kepada guru kerana
perlu memikirkan cara bagaimana untuk memahirkan pelajar dalam kompetensi peribadi
agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan bagaimana untuk mewujudkan
kemahiran interpersonal sebagai satu kriteria dalam permohonan kerja.

Tunggak ketiga belajar untuk menjadi insan berguna pula ialah pendidikan dapat
melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran untuk diaplikasikan dalam bidang
pekerjaan kelak. Pelajar perlu didedahkan kepada pelbagai kemahiran dan ia merupakan
cabaran kepada guru bagaimana cara memahirkan pelajar agar dapat melahirkan peribadi
yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan mewujudkan kemahiran interpersonal
sebagai satu kriteria. Tunggak yang keempat ialah belajar untuk menjadi insan berguna iaitu
pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan yang menyeluruh dari segi
fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan kendiri. Dan tunggak terakhir
belajar untuk harmoni dan bekerjasama pula ialah pendidikan sebagai wadah untuk
menjalinkan hubungan antara satu sama lain. Pelajar mampu memahami keperluan hidup
bermasyarakat berbilang kaum dan beramal dengannya.

Implikasinya kepada sistem pendidikan Malaysia ialah dapat memperkembangkan potensi


individu dan dapat meningkatkan kreativiti seseorang individu. Hal ini kerana guru perlu
menerapkan dan membiasakan murid dengan empat tonggak. Ini bukan sahaja dapat
menjadikan seorang pelajar itu hanya mengetahui ilmu itu tetapi perlu mengamalkannya
juga dalam kehidupan sesuai dengan situasi. Selain itu, ia dapat menjadikan sistem
pendidikan cekap kerana guru perlu mengetahui perkara, kaedah dan cara penyampaian
yang sesuai kepada murid dan ia juga membentuk murid menjadi individu yang
berkemahiran dalam pelbagai perkara seterusnya dapat meningkatkan martabat
pendidikan.

You might also like