You are on page 1of 1

Tutorial 12

Amalan profesionalisme guru terbentuk daripada Standard Guru Malysia, iaitu amalan nilai
profesionalisme dirujuk bagi menentukan amalan profesionalisme guru. Profesionalisme
guru menekankan kepada tiga domain yang pertama domain diri iaitu pegangan nilai diri
guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberikan sumbangan
yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan
negara. Contohnya seperti niali amanah, ikhlas, percaya kepada tuhan dan sebagainya.
Kedua ialah domain profesion iaitu pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh
guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang professional contohnya
seperti niali integriti, kreatif, inovatif dan sebagainya. Yang terakhir ialah domain sosial iaitu
guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat.

Peningkatan professional kendiri bagi seorang guru perlu sentiasa mencuba untuk
mempertingkatkan imej, status dan pengetahuan kendirinya. Pelbagai cara boleh dilakukan
antaranya dengan membuat penyelidikan tindakan. Penyelidikan tindakan ialah satu bidang
berbentuk refleksi kendiri yang perlu diamal oleh setiap guru. Perkara ini penting untuk
mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan amalan-amalan
pendidikan atau amalan-amalan sosial. Penyelidikan tindakan ini melibatkan proses
merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Guru juga boleh membuat
muhasabah diri atau refleksi iaitu proses mengingati dan merenung kembali serta
memikirkan cara-cara untuk meningkatkan strategi pengajaran supaya ia lebih berkesan
pada masa hadapan. Contohnya guru boleh membuat semua catatan refleksi mengenai
pengajarannya dalam sebuah jurnal reflektif. Catatan ini boleh membantu dalam membuat
muhasabah kendiri, menilai serta menggunakannya sebgai rujukan untuk mengambil
tindakan susulan yang berkesan.

Pembelajaran sepanjang hayat ialah pembangunan potensi manusia melalui proses


pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu,
menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup
supaya individi mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan
yakin dan serta kreatif menghadapi  segala cabaran hidup. PSH dilaksanakan dalam
beberapa konsep dan konteks pertama ialah home schooling yang berkonsep tidak formal
dan dijalankan di rumah. Kedua pendidikan dewasa yang berkonspe formal untuk
mendapatkan kemahiran sijil yan diperlukan untuk memulakan kerjaya. Ketiga pendidikan
lanjutan yang berkonsepkan formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi. Keempat
ialah pembelajran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasaskan pembelajaran
kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian dan pelbagai lagi. PSH ini
mempunyai banyak kepentingannya antaranya membolehkan semua orang mendapatkan
pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkan mereka mengambil bahagian secara
cergas untuk memperolehi ilmu baru. Jadi PSH ini perlulah diteruskan kerana ianya dapat
melahirkan modal insan yang berkemampuan dan menghasilkan tahap kecemerlangan
seiring dengan kehendak masyarakat dan juga negara.

You might also like