You are on page 1of 6

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/1
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PEI HWA
PETI SURAT 34, 81907 KOTA TINGGI, JOHOR.
No. Telefon / Fax : 07-8831218

Rujukan Kami : JBC3012/600-2/6/3(1)


Tarikh : 8 Januari 2014

Tuan/ Puan,

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI BIL.1/2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut;

Tarikh : 12 Januari 2014 (Ahad)

Masa : 1:00 p.m. - 1:30 p.m.

Tempat : Bilik Eco Smart SJK(C) Pei Hwa

Pengerusi : Cik. Ng Sher Fen

3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut ;

3. 1. Ucapan Pengerusi
3. 2. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. 3. Perkara Berbangkit.
3. 4. Pembentangan Kertas-Kertas Kerja / Fokus Mesyuarat :
3.4.1 Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Kssr / Pbs
3.4.2 Pengendalian Program Ujian Segak
3.4.3 Perancangan Aktiviti Panitia Pendidikan Jasmani
3. 5. Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

-------------------------------------
(PN. PANG FONG KAN)
Guru Besar,
SJK(C) Pei Hwa,
Kota Tinggi,
Johor.

___________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara ©Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/2
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PEI HWA
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT PANITIA
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN BIL. 1 / (2014)

Tarikh : 12 Januari 2014 Masa : 1:00 p.m. -1:30 p.m.


Tempat : Bilik Eco Smart SJK(C) Pei Hwa
Pengerusi : Cik. Ng Sher Fen

Bi
Nama T/tangan
l
1 EN. NG KONG GUAN
2 PN. LIANG KWEE YEE
3 EN. JA’FAR BIN ATAN
4 EN. MOHD IDHAM BIN OSMAN
5 EN. GAN CHEE CHENG
6 USTAZ MOHD BAHAR
7 EN MOHD RAZI
8 CIK NG SHER FEN

TURUT HADIR
1 PN. PANG FONG KAN
2 PN. FUN SWEE KEAN

3 PN LIEW HUN EE

4 PN. NORHAYATI ENG BT


ABDULLAH

TIDAK HADIR
Bi
Nama Catatan
l
1 TIADA

Disediakan oleh,

--------------------------------------------
(CIK. NG SHER FEN)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
SJK(C ) Pei Hwa,
Kota Tinggi, Johor.

___________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara ©Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SJ K ( C ) PEI HWA, KOTA TINGGI.


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
BIL 1/ 2013.

Tarikh : 12 Januari 2014 (Ahad)

Masa : 1:00 p.m. - 1:30 p.m.

Tempat : Bilik Eco Smart SJK(C) Pei Hwa

Pengerusi : CIK NG SHER FEN

Kehadiran (Bilangan) : 11 orang guru

Turut Hadir (Jika ada) : Pn. Pang Fong Kan, Pn. Fun Swee Kean

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah
menghadiri mesyuarat ini. Fokus mesyuarat kali adalah untuk membincangkan
tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan KSSR.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Liang Kwee Yee.
Disokong untuk pengesahan oleh En. Ng Kong Guan.
3.0 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Berdasarkan agenda 4.1.2, Ketua Panitia PJ telah menyediakan borang maklum
balas keberkesanan program yang diisi oleh murid dan guru dan akan dibentangkan
kepada Guru Besar semasa mesyuarat guru. (Untuk Makluman)
3.2. Berdasarkan agenda 4.1.4, Semua Guru PJ Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 telah
memasukkan keputusan PBS secara atas talian untuk tahun 2013.
(Untuk Makluman)

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA / FOKUS MESYUARAT :


4.1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN KSSR / PBS
4.1.1 Ketua Panitia PJ mengingatkan semua guru PJ tahun 1, 2,3 dan 4 wajib
menjalankan pentaksiran berdasarkan modul dan Standard Prestasi yang telah
ditentukan. (Untuk
Makluman)
4.1.2 Bagi pengurusan fail PBS murid, sebuah fail Perkembangan Murid yang
mengandungi deviden dan eviden bagi setiap band yang terbaik manakala fail
sebuah lagi fail Showcase menyimpan setiap eviden yang terbaik.
(Untuk Makluman)
4.1.3 Ketua Panitia juga menunjukkan format penulisan terbaru Rancangan
Pembelajaran Harian bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. (sila rujuk lampiran) (Untuk Makluman)
4.1.4 Guru PJ Tahun 4 perlu memasukkan keputusan secara manual dengan system tertentu.
(Untuk Makluman)

___________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara ©Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.2 PENGENDALIAN PROGRAM UJIAN SEGAK


4.2.1 Para guru diminta mengendalikan program SEGAK berdasarkan kehendak dalam
pekeliling daripada KPM.
(Untuk Makluman)

4.2.2 Guru Besar mengatakan bahawa murid-murid Tahun 4 hingga 6 perlu diberitahu
semasa perhimpunan supaya membawa pakaian sukan yang sesuai sepanjang
Ujian SEGAK dijalankan pada tarikh yang telah ditentukan.
(Tindakan : Guru Besar)

4.2.3 Seperti tahun-tahun sebelum ini, Ujian SEGAK dijalankan pada bulan Mac dan
Ogos. Untuk memudahkan kerja-kerja, tugas-tugas boleh diagihkan kepada guru
Pendidikan Jasmani dan dibantu oleh guru kelas.
(Tindakan : Ketua Panitia PJ)

4.2.4 Ketua Panitia PJ meminta jasa baik Penolong Kanan 1 dapat mereliefkan semua
guru PJ supaya mereka dapat membawa kelas menjalankan ujian SEGAK secara
serentak.
(Tindakan : Penolong Kanan 1)
4.2.5 Ketua Panitia PJ menyeru kepada guru-guru sandaran agar memberikan
kerjasama dan inisiatif dalam manjalankan Ujian SEGAK Fasa 1. Sekiranya
menghadapi masalah dalam pengendalian Ujian SEGAK, sila mengemukakan
dan menyelesaikan masalah secara spontan.
(Untuk Makluman)
4.2.6 Ketua Panitia PJ memberitahu bahawa untuk tahun ini, pelaksanaan dan pungutan
data Ujian SEGAK Fasa 1 hendaklah dikumpul sekaligus dan beliau akan
menghantar kumpulan data tersebut secara atas talian iaitu menerusi email ke
alamat email: shahmura90@yahoo.com.
(Untuk Makluman)

4.3 PERANCANGAN AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN JASMANI


4.3.1 Pada bulan Oktober, murid-murid tahun 3, 4,5 dan 6 akan menjalankan
pertandingan yang berkaitan dengan sukan selepas peperiksaan akhir tahun
dijalankan.
( Untuk
Makluman)
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1. Ketua Panitia PJ harap guru-guru PJ boleh memastikan tiada murid yang belum
menjalankan Ujian SEGAK Fasa 1 sebelum tamatnya penggal 1.
(Tindakan : Semua Guru Yang Mengajar PJ)
PENUTUP
a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:30 tengahari.

___________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara ©Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

........................................ ......................................
(CIK.NG SHER FEN) (PN. PANG FONG KAN)
KETUA PANITIA PJ GURU BESAR
SJK (C) PEI HWA SJK (C) PEI HWA
KOTA TINGGI, JOHOR KOTA TINGGI, JOHOR
TARIKH : 15 JANUARI 2014 TARIKH : 15 JANUARI 2014

PK 07/4
REKOD EDARAN

Nama Dokumen : MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN


PENDIDIKAN KESIHATAN BIL.1/2014

Tarikh Edaran Dibuat: 15 Januari 2014

Bil Nama Guru Tanda tangan Catatan


1 PN. FUN SWEE KEAN
2 PN LIEW HUN EE
3 PN. NORHAYATI ENG BT ABDULLAH
4 EN. NG KONG GUAN
5 PN. LIANG KWEE YEE
6 EN. JA’FAR BIN ATAN
7 EN. MOHD IDHAM BIN OSMAN
8 EN. GAN CHEE CHENG
9 USTAZ MOHD BAHAR
10 EN MOHD RAZI
11 CIK NG SHER FEN

Disahkan oleh :

……………………….........
PN. PANG FONG KAN
Guru Besar,
SJK(C) Pei Hwa,
Kota Tinggi,
Johor.

___________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara ©Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK 07/5
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PEI HWA
NEGERI JOHOR

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

Nama Mesyuarat : MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN BIL. 1 / 2014

Tarikh : 15 Januari 2014

Tempat : Bilik Eco Smart SJK (C) Pei Hwa


MUKA
PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
SURAT
1 4.2.2 Pemberitahuan kepada murid tentang Guru Besar Pemberitahuan secara rasmi telah dibuat oleh
tarikh dan cara pelaksanaan ujian SEGAK. Guru Besar semasa perhimpunan.
1 4.2.3 Agihan tarikh dan jadual pelaksanaan Ketua Panitia Ketua Panitia PJ telah menetapkan jadual
Ujian SEGAK dan pengutipan rekod. PJ pelaksanaan Ujian SEGAK mengikut peringkat
dan akan diperbanyakkan kepada Penolong
Kanan 1 dan semua guru PJ.
1 4.2.4 Mereliefkan semua guru PJ secara Penolong Penolong Kanan 1 merancang jadual relief
serentak supaya Ujian SEGAK dapat Kanan 1 berdasarkan jadual pelaksanaan yang diberi oleh
dijalankan dengan lebih lancar. Ketua Panitia PJ.
2 5.1 Memastikan tiada murid yang belum Semua Guru Semua Guru PJ menyiapkan rekod SEGAK dan
menjalankan Ujian SEGAK Fasa 1 Yang sekiranya ada murid yang tidak menjalankan
sebelum tamatnya penggal 1. Mengajar SEGAK, akan dimaklumkan kepada Ketua
PJ Panitia PJ untuk tindak sewajarnya.
Disediakan oleh : Tarikh : 15 Januari 2014

---------------------------------
(CIK. NG SHER FEN)
Ketua Panitia PJ
SJK(C) Pei Hwa, Kota Tinggi, Johor.

___________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara ©Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like