You are on page 1of 1

LAMPIRAN

PERTUDUHAN PERTAMA

Bahawa kamu pada 24/01/2021 jam lebih kurang 7.20 malam bertempat di tepi jalan di Sekatan
Jalan Raya (SJR) Sg Tong 1, Simpang Tiga Sg Tong-Kuala Ping, Jalan Sg Tong di dalam Daerah
Setiu, di dalam Negeri Terengganu Darul Iman, telah ada dalam milikan kamu satu bilah pisau
lipat stainless steel berukuran panjang 18 cm yang merupakan suatu senjata berbahaya di tempat
awam tanpa tujuan yang sah. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di
bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 dan
boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama.

HUKUMAN

Boleh dipenjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada (5) tahun dan tidak melebihi (10)
tahun dan sebatan.

PERTUDUHAN KEDUA

Bahawa kamu pada 24/01/2021 jam lebih kurang 7.20 malam bertempat di tepi jalan di Sekatan
Jalan Raya (SJR) Sg Tong 1, Simpang Tiga Sg Tong-Kuala Ping, Jalan Sg Tong di dalam Daerah
Setiu, di dalam Negeri Terengganu Darul Iman, telah didapati bergerak ke tempat tersebut dari
satu tempat yang lain iaitu kediaman kamu yang beralamat di Batu 23, Jalan Sungai Pinang
Calok, 21450 Bandar Permaisuri, Terengganu yang mana kedua-dua tempat tersebut berada di
dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai satu kawasan tempatan jangkitan iaitu Negeri
Terengganu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan 4
(1), Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di
Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2) 2021 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 16
Peraturan yang sama.

HUKUMAN
Didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau dengan kedua-duanya.

B/P: Pendakwaraya Setiu


IO: Insp Arizal Fiveroses Bin Ghazali
Sg Tong Rpt: 50/21
IP No: SETIU/JSJ/KS/10/21

You might also like