You are on page 1of 2

TUTORIAL 1 (21/1/2021)

IRFAN IZZUDIN BIN MD JAIS

PISMP C9

Cari beberapa sumber yang memberi pandangan tentang maksud budaya. Sila
analisis pandangan tersebut dan rumuskan maksud budaya menurut pandangan
anda.

Antara sumber yang saya temui adalah daripada Rohana Yusof, 2010 yang
menafsirkan maksud budaya sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan
akal. Istilah budi membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna
manakala daya pula dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan. Maka,
Rohana Yusof telah simpulkan bahawa budaya itu sesuatu yang asli dan mampu
ditafsir menggunakan akal fikiran.

Bagi John. J. Macionis (1987) pula, budaya dilihat sebagai kepercayaan, nilai-
nilai, tingkahlaku dan objek kebendaan yang dikongsi bersama oleh sekumpulan
penduduk yang tertentu. John J. Macionis membahagikan budaya kepada dua iaitu,
budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Budaya kebendaan merujuk kepada
ciptaan manusia yang nyata dan jelas yang merangkumi segala objek yang dicipta
dalam masyarakat seperti bangunan, seni, peralatan, alat permainan, media cetak,
dan media elektronik dan objek-objek lain yang tegas dan nyata. Budaya bukan
kebendaan pula merujuk kepada ciptaan manusia yang tidak nyata dan tidak jelas
yang meliputi norma, undang-undang dan kepercayaan suatu kumpulan masyarakat.
Menurut John. J. Macionis pula beliau membahagikan budaya kepada dua iaitu
budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Hal ini lebih mudah untuk ditafsirkan oleh
masyarakat apa itu dimaksudkan dengan budaya kerana maksudnya lebih jelas
berbanding sarjana yang lain.

Pada pandangan saya pula, budaya bermaksud satu identiti sebuah


masyarakat. Identiti atau perlambangan bagi sesebuah masyarakat amat penting
bagi mengekalkan sesebuah kaum atau masyarakat itu tidak pupus ditelan zaman.
Begitu juga bagi mengekalkan keunikan mereka.

You might also like