You are on page 1of 1

Belajar untuk menjadi insan berguna merupakan tonggak ketiga dalam Tonggak Pendidikan

UNESCO. Pendidikan perlu menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi
fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan estetika. Setiap individu perlu mendapat
pendidikan dari awal kanak-kanak hingga remaja dalam semua aspek sehingga mampu
berfikiran kritis, berdikari dan berani membuat keputusan dalam hidupnya. Pembentukan
modal insan berpadanan dengan saranan yang diusulkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan mengenai gagasan JERIS dalam melahirkan individu yang seimbang daripada
semua aspek. Pendidikan perlu diberikan kepada setiap individu dengan bermula dari
peringkat awalkanak-kanak lagi hinggalah peringkat remaja dalam semua aspeksehingga
individu boleh berfikir secara kritis, berdikari dan berupayamembuat keputusan terhadap
tindakan dalam kehidupannya.Untuk melahirkan insan yang berguna melalui pendidikan ini,
guruperlu menerapkan nilai-nilai murni kepada murid. Menurut Nik Zaharah (2012). Tujuan
penerapan nilai murni juga adalah bagi memupuk seluruh potensi manusia, jasmani, emosi,
rohani dan intelek secara bersepadu dan seimbang bagi melahirkan yang segala kegiatan
dalam hidupnya berteraskan keimaan kepada Tuhan. Selain itu, penerapan nilai murni juga
dapat membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup murid yang
bertanggungjawab untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan
Negara kearah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Selain
itu, peranan guru juga dalam memastikan bahawa murid menjadi insan berguna ialah guru
perlu terlebih dahulu mempunyai kemahiran dan ketrampilan serta mesti bijak dalam
membina pengetahuan yang baharu kepada murid.

You might also like