You are on page 1of 1

F5 KKL

11 MAR 2021

Bahagian B : Pemahaman SPM


Soalan 6 - Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitnya. Kemudian jawab soalan-soalan yang
beriutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Masalah pencemaran alam sekitar sentiasa mejadi perdebatan dalam kalangan masyarakat di
negara kita. Pencemaran udara boleh menjejaskan imej negara di mata dunia contohnya jika negara
dilanda jerebu yang teruk sehingga menjejaskan pandanga. Sekiranya udara di negara kita tercemar
akibat pembakaran terbuka di negara jiran, maka media asing akan mendedahkan hal ini mengikut
kefahaman masing-masing tanpa mengetahui punca sebenar dengan lebih lanjut.

Selain itu, pencemaran udara dapat menyebabkan kesihatan rakyat terancam. Dengan perkataan
lain, masyarakat mudah diserang pelbagai penyakit yang berkaitan dengan pernafasan. Hal ini
dikatakan demikian kerana udara yang tercemar mengandungi karbon monoksida yang berlebihan
dan molekul tercemar. Antara penyakit yang berlaku akibat pencemaran udara termasuklah asma dan
kanser paru-paru.

Bahan 2

Sejak bekalangan ini, rekod kualiti alam sekitar di negara ini menunjukkan kemerosotan sama ada
kualiti udara, air ,bunyi atau tanah sehingga menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hidup
masyarakat. Pencemaran udara menjejaskan kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai
penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Keadaan ini menyebabkan
sistem pernafasan akan menyerap pelbagai bahan pencemar sehingga menyebabkan fungsi paru-aru
terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah, sekali gus mengakibatkan pelbagai
penyakit.
Kesan pencemaran alam sekitar turut memudaratkan kualiti tanah. Sisa-sisa industri dan hasil
tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah
yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam oleh
manusia tidak hidup dengan sempurnanya dan tidak subur. Selain itu, penggunaan racun serangga
atau rumpai turut mengurangkan kualiti tanah.

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud memudaratkan kualiti. [ 2 markah ]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kesan pencemaran alam
sekitar terhadap kesihatan dan kesejahteraan hidup masyarakat. [ 3 markah ]

(iii) Masalah pencemaran alam sekitar sering menjadi buah mulut dan seolah-olah menjadi isu
dominan yang snetiasa menghiasi dada akhbar tempatan.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca pencemaran alam sekitar terus berlaku dan sukar untuk
dibendung? [ 3 markah ]

(iv) Anda terpilih sebagai seorang daripada peserta perkhemahan anjuran pasukan badan beruniform
peringkat sekolah yang akan diadakan di sebuah hutan lipur di daerah anda.

Sekiranya anda dilantik sebagai ketua kumpulan bagi pasukan unit beruniform itu, cadangkan
langkah-langkah yang akan anda ambil untuk memastikan aktiviti perkhemahan tersebut tidak
menyebabkan pencemaran alam sekitar di kawasan hutan lipur itu. [ 4 markah ]

You might also like