You are on page 1of 19

BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN


VOKASIONAL

BBD 10102
FALSAFAH PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU
TAJUK: PUSAT TUISYEN

NAMA MATRIK NO

NUR SHAKIRA ANISAH BINTI SALLEH CB140083

ISI KANDUNGAN

1
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

NO PERKARA MUKASURAT
1 Pengenalan 3
2 Dasar Pendidikan Swasta 4
3 Piagam Pelanggan Bahagian Pendidikan Swasta 5
4 Fungsi Pusat Tuisyen, 6
Strategi pelaksanaan
5 Tatacara penubuhan Pusat Tuisyen 12
6 Jenis-jenis Pusat Tuisyen 14
7 Contoh Pusat Tuisyen di Malaysia 15
8 Objektif Pusat Tuisyen Efektif IQ 16
9 Contoh Jadual Waktu Pusat Tuisyen Efektif IQ 17
10 Penutup 18
11 Bibliografi 19

PENGENALAN

Sistem pendidikan pada masa kini lebih menumpukan kepada peperiksaan yang
mensyaratkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang sahaja dibenarkan

2
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh. Keputusan peperiksaan pelajar juga menjadi


ukuran kepada pelajar sekolah berasrama penuh. Namun begitu, di sekolah-sekolah biasa
sesebuah kelas dihuni oleh lebih daripada 35 orang pelajar dan mereka ini terdiri daripada
pelbagai perbezaan seperti kecerdasan minat dan motivasi. Guru-guru tidak dapat menumpukan
sepenuh perhatian kepada setiap pelajar. Sehubungan dengan itu, murid berpencapaian rendah
dalam akademik akan sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan dan menganggu pelajaran
mereka untuk sukar difahami, mempunyai perasaan cemas apabila berhadapan dengan guru dan
rakan-rakan serta tidak berasa gembira apabila berada di sekolah. Oleh itu, permintaan terhadap
“pembelajaran tambahan” ditingkatkan dan diperbanyakkan di sesebuah kawasan sebagai satu
keperluan terhadap anak-anak remaja kini. Bak kata pepatah pembelajaran tambahan ini seperti
“bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Pusat tuisyen ini merupakan salah satu dasar dibawah
dasar pendidikan swasta di Malaysia yang mempunyai fungsi, matlamat serta falsafahnya sendiei
disamping dapat membantu sisitem pendidikan di Malaysia.

DASAR PENDIDIKAN SWASTA

Dalam bajet negara setiap tahun, peruntukan yang besar telah dikhaskan kepada sektor
pendidikan. Walau bagaimanapun, untuk memajukan sektor pendidikan seharusnya tidak
ditanggung oleh pihak Kerajaan sahaja. Pihak swasta juga memainkan peranan penting untuk

3
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

memajukan pendidikan negara dengan menyediakan kemudahan pendidikan di semua peringkat


persekolahan.

VISI

Institusi Pendidikan Swasta Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

1. Memastikan pendidikan swasta berkualiti dan bertaraf dunia melalui perundangan dan
pemudahcaraan.

2. Memastikan perkhidmatan pendidikan swasta yang cemerlang bagi menjadikan Malaysia


sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

3. Meningkatkan perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta.

4. Meluaskan akses pendidikan yang berkualiti khasnya di kawasan luar bandar dan
pedalaman.

MATLAMAT

Melahirkan insan yang berilmu dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memenuhi
aspirasi negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF DASAR PENDIDIKAN SWASTA

1. Memastikan pelaksanaan dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan swasta selaras
dengan Program Transformasi Kerajaan(GTP), dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional
(NKRA) serta Model Ekonomi Baru (MEB)

2. Memastikan semua pengurusan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta mematuhi


peruntukan perundangan dan syarat yang ditetapkan di bawahnya.

3. Memastikan pelaksanaan sistem pengawal seliaan dan penguatkuasaan yang cekap dan


berkesan.

4. Memastikan data dan maklumat institusi pendidikan swasta tepat dan kemas kini.

4
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

5. Menjana pendapatan negara melalui Perkongsian Awam dan Swasta (PPP) serta


Pengantarabangsaan Pendidikan.

PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA

Kami warga Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia berazam untuk
memberi perkhidmatan yang cekap, pantas dan tepat dengan amanah, saksama dan penuh mesra
bagi;

 Mengeluarkan status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa


yang memenuhi terma dan syarat dalam tempoh 30 hari bekerja.
 Mengeluarkan status permohonan penubuhan pusat bahasa dan pusat latihan yang
memenuhi terma dan syarat dalam tempoh 45 hari bekerja.
 Mengeluarkan surat sokongan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi pemohon
mendapatkan pas pelajar / pas pengajian dalam tempoh 14 hari bekerja.
 Memastikan surat perakuan penerimaan aduan atau sebarang pertanyaan dalam masa 1
hari bekerja.
 Memastikan siasatan dijalankan terhadap sebarang aduan dalam masa 14 hari bekerja dari
tarikh makluman diterima.
 Menyebar luas dasar/pekeliling dan garis panduan baru berkaitan pengurusan institusi
pendidikan swasta dihebahkan dalam masa 7 hari bekerja.
 Mengeluarkan surat sokongan kepada Kemneterian Dalam Negeri berhubung perekrutan
pelajar antarabangsa ke institusi pendidikan swasta dalam tempoh 30 hari bekerja.
 Memberi maklum balas kepada permohonan mendapatkan maklumat dan data dalam
tempoh 14 hari bekerja.

FUNGSI

5
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

 Mengkonsepkan dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan pendidikan


swasta serta merancang menentukan hala tuju pendidikan swasta.
 Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan.
 Menjalankan aktiviti penguatkuasaan  dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan
pendidikan swasta
 Mengendalikan pengurusan data dan maklumat pendidikan swasta.
 Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi pendidikan ke arah menjadikan Malaysia Pusat
Kecemerlangan Pendidikan
 Mewartakan pegawai-pegawai pendidikan di peringkat pusat, negeri dan daerah sebagai
Pendaftar Sekolah dan Guru, Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru
di bawah Akta Pendidikan 1996.

STRATEGI PELAKSANAAN

 Menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta (IPS) di peringkat prasekolah,


rendah dan menengah.
 Menggalakkan sektor swasta memberikan sumbangan secara terus kepada institusi
pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Mengawal selia IPS bagi menjamin kualiti serta menepati Kurikulum Kebangsaan.
 Mengukuhkan aspek pengawasan dan penilaian di semua peringkat persekolahan supaya
dapat berjalan dengan lebih berkesan.
 Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam program pendidikan melalui penajaan dan
pembiayaan.
 Memastikan tadika mematuhi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan
mengambil murid dalam lingkungan usia 4 – 6 tahun.
 Pendidikan rendah dan menengah dikehendaki mematuhi Kurikulum Kebangsaan dan
menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
 Mempromosi pendidikan swasta di peringkat antarabangsa untuk menarik lebih ramai
pelajar asing memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan mendapatkan pendidikan.

KATEGORI PENDIDIKAN SWASTA

6
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

 Sekolah Swasta (Rendah,Menengah Agama)


 Sekolah Pendidikan Khas
 Sekolah Antarabangsa dan Ekspatriat
 Sekolah Gaya Pos
 Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
 Prasekolah Swasta (Tadika)
 Pusat Bahasa
 Pusat Komputer
 Pusat Kemahiran
 Pusat Latihan
 Pusat Bimbingan
 Pusat Tuisyen
 Pusat Perkembangan Minda

TATACARA PENUBUHAN PUSAT TUISYEN

7
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

Penubuhan Pusat tuisyen hendaklah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Penubuhan pusat tuisyen adalah untuk memberi bimbingan kepada murid yang
sedang belajar di institusi pendidikan bagi membimbing murid itu untuk menduduki peperiksaan.
Setiap permohonan untuk menubuhkan pusat tuisyen disertakan dengan satu kertas kerja yang
lengkap berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

LOKASI

 Lokasi institusi hendaklah sesuai dengan iklim pengajaran pembelajaran, keselamatan,


kesihatan dan lain-lain

 Tiada gangguan atau ancaman bahan kimia atau kotoran sampah.

 Tidak berdekatan dengan pusat hiburan, perjudian, rekreasi atau pasar.

 Tidak berdekatan dengan tempat yang mudah terbakar, bengkel yang bising, sungai atau
bangunan lama.

 Tidak terlalu dekat dengan institusi lain yang mengendalikan kursus yang serupa.

 Pemindahan lokasi hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan yang bertulis


daripada Kementerian Pelajaran.

PREMIS

 Premis yang digunakan bagi pusat tuisyen hendaklah sesuai dan selamat serta boleh
didaftarkan sebagai sebuah pusat tuisyen.

 Sebarang penambahan/perpindahan premis/penubuhan cawangan hendaklah mendapat


kebenaran bertulis daripada Kementerian Pelajaran.

 Pusat tuisyen mesti beroperasi di bangunan rumah kedai atau bangunan untuk tujuan
komersial. Premis yang selain daripada itu tidak dibenarkan, melainkan premis yang
diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

8
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

 Piawaian yang telah ditetapkan bagi premis adalah:

 Penyenggaraan

 Pencahayaan

 Pengudaraan dan ruang premis

 Bilik darjah

 Kemudahan asas premis

PENDAFTARAN PUSAT TUISYEN

Pendaftaran pusat tuisyen hendaklah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-
Peraturan yang dibuat di bawahnya. Perakuan Pendaftaran hendaklah dipamerkan di tempat yang
mudah dilihat di premis institusi itu. Sebarang pindaan kepada syarat-syarat berkaitan
pendaftaran hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pendaftar. Perakuan Pendaftaran tidak boleh
dipindah milik.

 Setiap permohonan pendaftaran institusi hendaklah dibuat dalam Borang A Jadual


Pertama disertai fee yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendaftaran
Institusi Pendidikan) 1997 [P.U. (A) 534/97].

 Fee permohonan pendaftaran RM 150.

 Fee permohonan membaharui Perakuan Pendaftaran RM 50.

 Perakuan Pendaftaran sah untuk tempoh 5 tahun.

 Pusat tuisyen hanya dibenarkan menjalankan aktiviti bimbingan untuk mata pelajaran
peperiksaan sahaja.

 Perakuan Pendaftaran hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis


institusi itu.

 Perakuan Pendaftaran tidak boleh dipindah milik.

9
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

NAMA ISTITUSI

 Nama institusi yang dicadangkan sesuai serta mengutamakan Bahasa Melayu,


mempunyai unsur-unsur pendidikan dan bercirikan Malaysia.

 Nama institusi hendaklah dalam bahasa Melayu, bermula dengan “Pusat Tuisyen” dan
diikuti dengan nama yang dicadangkan.

 Nama orang kenamaan tempatan yang telah meninggal dunia boleh digunakan dengan
terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada warisnya.

 Lain-lain nama yang tidak boleh digunakan termasuklah yang berikut:

 nama orang kenamaan yang masih hidup,

 nama tempat,

 nama jalan,

 nama singkatan,

 nama yang tidak mempunyai makna.

 nama institusi-institusi pendidikan yang terkenal sama ada di dalam atau luar
negeri.

 nama yang menggunakan “yayasan /politeknik”.

KOKURIKULUM

 Kurikulum yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar hendaklah diguna oleh pusat tuisyen
seperti yang diluluskan pendaftarannya.
 Mata pelajaran yang dibenarkan adalah mata pelajaran di bawah KBSR, KBSM, STPM
dan mana-mana program peperiksaan yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar.

10
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

PENILAIAN

Pusat perkembangan minda perlu mengadakan penilaian pencapaian murid secara berterusan.
Pusat perkembangan minda tidak boleh menjadi sebarang pusat peperiksaan. Keputusan
penilaian hendaklah direkodkan.

PERUNTUKAN MASA OPERASI

 Setiap pusat tuisyen dibenarkan mengendalikan tiga sesi operasi, iaitu sesi pagi, petang
dan malam.

 Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi adalah tidak melebihi yang berikut:

 sesi pagi 9.00 pagi - 11.00 pg

 sesi petang 3.00 ptg - 6.00 ptg,

 sesi malam 7.00 mlm-10.00mlm

PENGURUSAN

 Pusat tuisyen disarankan mempunyai ‘student hand book’.


 Tiap-tiap institusi hendaklah mempunyai surat cara pengelolaan yang dipersetujui oleh
Ketua Pendaftar.
 Ahli Lembaga Pengelola hendaklah dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga (3) orang
termasuk pengerusi bagi pengurusan institusi pendidikan sebelum dibenarkan berdaftar
dan beroperasi.
 Setiap pusat tuisyen perlu mempunyai rekod pendaftaran murid.
 Pusat tuisyen tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti luar bilik darjah.
 Setiap pusat tuisyen mesti mengutamakan keselamatan,kesihatan dan kebersihan murid.
 Setiap pusat tuisyen hendaklah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh 3 agensi:
 Pihak BerkuasaTempatan

11
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

 Bomba dan Penyelamat


 Pejabat Kesihatan

YURAN PENDAFTARAN

 Jenis dan kadar yuran hendaklah berpatutan dan diluluskan oleh Ketua Pendaftar.
 Sebarang kenaikan yuran perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua
Pendaftar terlebih dahulu.
 Kenaikan yuran pengajian boleh dipertimbangkan selepas 3 tahun.
 Kadar kenaikan yuran pengajian tidak lebih dari 30%.
 Notis 3 bulan hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa setelah mendapat kelulusan
kenaikan yuran tersebut daripada Ketua Pendaftar.
 Pelaksanaan yuran baru adalah dibenarkan pada tahun berikutnya.
 Senarai yuran dan bayaran lain yang diluluskan hendaklah dipamerkan di tempat yang
mudah dilihat di tadika itu dan hendaklah juga dimasukkan didalam prospektus institusi.

HAK MILIK

 Warganegara asing tidak dibenarkan bagi mengusahakan pusat tuisyen.


 Jika institusi itu ditubuhkan di bawah nama syarikat (ROC), ia hendaklah mempunyai
had ekuiti minimum Bumiputera sebanyak 30%.
 Sebarang pindaan struktur ekuiti/perubahan pemegang saham/ pindah hak milik mestilah
mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar.
 Aktiviti-aktiviti syarikat berkaitan pendidikan mesti jelas dinyatakan di
dalam Memorandum and Articles (M&A).
 Bagi persatuan / pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti pendidikan, maka
perlembagaan persatuan / pertubuhan berkenaan hendaklah menyatakannya dengan jelas
seperti yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

12
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

CARTA ALIRAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN IPS

(Pusat Bahasa, Pusat Tuisyen dan Pusat Kemahiran)

13
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

JENIS-JENIS PUSAT TUISYEN

JENIS-JENIS KELAS PUSAT TUISYEN

Tuisyen terdiri daripada pelbagai ragam dan bentuk. Dari segi bilangan pelajar yang terlibat
dalam suatu sesi tuisyen, tuisyen boleh dibahagi kepada 3 jenis.

Tuisyen Kelas

Tuisyen kelas merujuk kepada tuisyen yang dilaksanakan dalam bentuk “kelas”, iaitu secara
beramai-ramai. Dalam keadaan ini, seorang guru tuisyen akan dibimbing sejumlah pelajar,
biasanya pelajar melebihi 10 orang. Bentuk tuisyen ini adalah ekonomi dan biasanya beroperasi
di pusat tuisyen.

Tuisyen Kumpulan Kecil

Tuisyen kumpulan kecil melibatkan seorang guru dan sejumlah pelajar yang kekal. Pelajar yang
terlibat adalah tidak lebih daripada 10 orang. Bentuk tuisyen ini biasanya beroperasi di rumah.

Tuisyen Individu

Bentuk tuisyen ini melibatkan seorang pelajar dan seorang guru. Dalam keadaan ini seorang guru
akan memberikan bimbingan khusus kepada seorang pelajar.

14
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

CONTOH PUSAT TUISYEN YANG BERDAPAT DI MALAYSIA

PUSAT TUISYEN EFEKTUF IQ

Pusat Tuisyen Efektif IQ ditubuhkan pada tahun 2005 dan didaftarkan di bawah Pendidikan Akta
1996 (JPSB3L0252). Sejak penubuhan, Pusat Tuisyen Efektif IQ telah mendidik lebih daripada
10,000 pelajar di peringkat rendah dan menengah. Dengan 40 orang tutor yang ada dan
berdedikasi serta berpengalaman mendidik, kami berbangga dengan rekod prestasi yang terbukti
100% lulus setiap tahun untuk peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Pasukan pentadbiran yang
efisyen dan cekap sentiasa memastikan para pelajar mendapat keselesaan yang maksima demi
kejayaan setiap pelajar yang belajar di Pusat Tuisyen IQ

Di Pusat Tuisyen Efektif IQ, kejayaan pelajar adalah dijamin. Mereka menawarkan pelbagai
mata pelajaran dengan struktur yuran yang sangat kompetitif. Tambahan pula, jadual yang
disediakan sangat teratur dan dirancang, Pusat Tuisyen Efektif IQ menawarkan hari bekerja dan
kelas di hjung minggu. Kini, pelajar mempunyai pilihan sendiri untuk memilih masa kelas yang
sesuai untuk mengikuti jadual mereka.

Mata pelajaran yang ditawarkan di Pusat Tuisyen Efektif IQ adalah seperti berikut:

 Bahasa Malaysia (Pemahaman dan penulisan)


 Bahasa English
 Matematik
 Sains
 Sejarah
 Geografi
 Fizik
 Kimia

15
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

 Matematik Tambahan
 Biologi

Pusat Tuisyen Efektif IQ menawakan kelas tusiyen dari tahun 1 sehingga tahun 6 UPSR dan
tingkatan 1 hingga tingkatan 6 SPM, kelas yang disediakan diajar mengikuti silibus dan sukatan
pelajaran terkini kepada pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM. Kejayaan anak anda adalah
impian kami.

OBJEKTIF PUSAT TUISYEN EFEKTIF IQ

Matlamat Pusat Tuisyen Efektif IQ adalah untuk menjadikan asas pengetahuan pelajar-
pelajarnya berterusan dan membangun, program-program pendidikan yang sesuai, kaedah
pengajaran dan pedologi untuk membantu membangunkan sumber manusia negara kita bermula
di peringkat yang paling asas iaitu anak-anak kita.

Hanya melalai asas-asas yang betul, kanak-kanak boleh dilengkapi dengan kejayaan diri,
motivasi dan keazaman untuk terus memacu Malaysia kearah matlamat jangka panjang

Adalah menjadi visi kami unuk terus menyediakan program akademik, social dan moral yang
unggul. Pusat Tuisyen Efektif IQ akan menjadi pusat tuisyen pilihan ibu bapa yang
berpandangan jauh unuk meningkatkan pendidikan anak-anak mereka.

16
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

Rajah 2: contoh jadual pusat tuisyen bagi pelajar yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)

Kumpulan UPSR 1 UPSR 2 UPSR 3 UPSR 4


Bilik        
HARI NILAM BAIDURI INTAN BERLIAN
Masa                       
ISNIN
BM BM MATHEMATIC
2.9.201 4:00 - 7:00 pm ENGLISH
Pemahaman Penulisan S
3
SELASA
BM MATHEMATIC
3.9.201 4:00 - 7:00 pm ENGLISH SCIENCE
Penulisan S
3
RABU
MATHEMATIC BM
4.9.201 4:00 - 7:00 pm ENGLISH SCIENCE
S Pemahaman
3
KHAMIS
MATHEMATIC BM BM
5.9.201 4:00 - 7:00 pm SCIENCE
S Pemahaman Penulisan
3
JUMAAT
BM BM
6.9.201 4:00 - 7:00 pm SCIENCE ENGLISH
Pemahaman Penulisan
3
SABTU
7.9.201 9:30 - 11:30 am MOTIVASI
3

17
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

PENUTUP

Berbeza denagn pendidikan formal di sekolah, peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada
penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar, sebaliknya pusat tuisyen ini lebih
berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah.
Maka peranan utama tuisyen sebenarnya adalah konsep perlatihan. Keadaan ini jelas dalam kelas
tuisyen Bahasa dan matematik, iaitu pelajar berkenaan akan diberi pelbagai latihan oleh guru
tuisyen supaya pelajar berkenaan dapat menguasai kemahiran berkenaan dengan lebih baik.
Selain itu, pelajar yang mengikuti kelas tuisyen juga menyatakan tuisyen perlu bagi
membimbing dan memahirkan lagi ilmu yang dipelajari oleh para pelajar di sekolah. Mereka
didapati lebih memahami apa yang guru ajar, tetapi melalui tuisyen mereka akan dapat
penjelasan lebih mendalam. Mereka juga ingin memenuhi tuntutan untuk memperolehi
keputusan peperiksaan yang baik selain untuk memahirkan diri untuk menguasai sesuatu
pelajaran.

18
BBD 10102 FALSAFAH PENDIDIKAN

BIBLIOGRAFI

Sumber Internet

www.efektifiq.com

swastajpnpahang.web.com

www.moe.gov.my

Sumber Buku

Mohd Azhar Abdul Hamid et Al (2008) Pendidikan Bukan Formal (PBF) Di Malaysia.

19

You might also like