You are on page 1of 10

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 2)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


(MPU3052)

NAMA MUHAMMAD NAQIB HAIKAL BIN NOR MUSTAFA

ANGKA GILIRAN 2019192340010

NOMBOR KAD
000608-04-0239
PENGENALAN

KUMPULAN PISMP E1

TUGASAN PENULISAN ESEI

NAMA
USTAZ KU MOHD ASMADI BIN KU MOHD SAAD
PENSYARAH

JABATAN JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

TARIKH HANTAR 16 MAC 2020


1
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan izin-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan
yang diberi kepada saya dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi
kursus ini, Hj. Mohd Rafi bin Hj. Ghazali atas segala bantuan, bimbingan serta tunjuk ajar
kepada saya di sepanjang tempoh masa yang diberikan bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan yang sentiasa meluangkan masa untuk berkongsi maklumat
serta tunjuk ajar bagi melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan serta motivasi
kepada saya dalam usaha menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung kerana sanggup membantu dan bekerjasama dengan

1.0 PENGENALAN

2
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

Secara umumnya, kita ketahui bahawa negara kita merupakan negara yang unik dari segi
kaum yang terdapat di negara kita. Pada awal abad ke-20, orang Cina dan India telah
mengembara datang ke Tanah Melayu semasa penjajahan British dan bilangan mereka
semakin ramai pada awal abad ke-20. Atas tolak ansur orang Melayu akhirnya orang Cina
dan India telah diterima sebagai warganegara Tanah Melayu pada waktu itu. Berdasarkan
peristiwa ini, masyarakat pelbagai kaum telah terbentuk iaitu terdiri daripada golongan
majoriti kaum Melayu, Cina dan India. Masyarakat berbilang kaum dilihat merupakan simbol
yang unik di samping membentuk perpaduan di dalam negara kita sehingga ke hari ini.

Namun demikian, kehidupan pada hari ini yang penuh dengan perpaduan dan
kesajahteraan mempunyai sejarah yang tersendiri. Pembentukan bangsa, peradaban,
keagamaan, cara hidup sesuatu masyarakat, seni dan budaya sesuatu bangsa pastinya
disebabkan sejarah yang berlaku dalam ketamadunan sesuatu bangsa itu. Secara
umumnya, kita dapat lihat bahawa sejarah pembinaan tamadun manusia ini berlaku sudah
beberapa ribu lamanya sehingga wujudnya tamadun-tamadun antara yang tertua di dunia
seperti tamadun Mesir Purba dan tamadun Mesopotamia.

Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun? Menurut Kamus Dewan (2005),


tamadun didefinisikan sebagai keadaan pemikiran seperti budaya dan moral yang halus.
Tamadun merupakan istilah popular dalam kalangan masyarakat Melayu semasa zaman
dahulu. Namun, terdapat lima istilah tamadun dalam bahasa Arab yang boleh
dihubungkaitkan dengan tamadun antaranya, istilah tamadun iaitu umran (Ibnu Khaldun,
2009), dan maksud tamadun seterusnya iaitu hadharah, tamaddun, madinah dan madaniah
(Ahmad Zaki et. al, 2015). Namun demikian, menurut Chandra et. al (2002), maddana dan
madaniah ini merupakan perkataan berasal daripada al-deen iaitu membawa maksud
beragama. Hal ini menunjukkan bahawa segala tamadun yang terdapat di dalam dunia ini
adalah berteraskan dan mengutamakan agama dalam tamadun masing-masing.

Maka, bagi tugasan ini, saya akan melakukan kajian tentang kesinambungan
tamadun Melayu, China dan India dalam memantapkan perpaduan rakyat berbilang kaum di
Malaysia.

2.0 KESINAMBUNGAN TAMADUN MELAYU, CHINA DAN INDIA

Kita dapat lihat dengan jelas bahawa berlakunya interaksi sewaktu pertembungan tamadun
bagi ketiga-tiga tamadun iaitu tamadun Melayu, China dan India ini. Segala persamaan
dalam ketiga-tiga tamadun ini memberikan kesan kepada beberapa aspek di dalam negara
kita. Menurut Abdullah Zhidi et. al (2013), pertembungan tamadun ini berlaku sejak Tanah
Melayu menjadi pusat dagangan dunia pada zaman dahulu lagi. Sebagai contoh,
kedudukan negeri Melaka yang stratergik dan terlindung daripada angina monsun menjadi

3
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

tempat persinggahan utama pedagang-pedangan dari seluruh dunia. Maka, hal ini secara
tidak langsung telah berlakunya pertembungan, dan penyebaran tamadun-tamadun luar
seperti tamadun China dan India ke dalam Tanah Melayu dan sehingga ke hari ini masih
wujud tentang perkara itu.

Interaksi antara tamadun didefinisikan sebagai hubungan, pertemuan, komunikasi


antara individu, kelompok, masyarakat dan negara. Interaksi antara tamadun terjadi kerana
wujud semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling hormat-menghormati antara
tamadun. Tambahan pula, interaksi antara tamadun juga akan mewujudkan pelbagai kesan
sama ada positif mahupun negatif bergantung kepada sejauh mana interaksi itu dijalinkan.
Selain itu, proses interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara antaranya melalui kehidupan
bersama, pedagangan, peperangan, penjajahan mahupun media massa. Ia boleh dilihat
dalam proses rentesan persempadanan akibat pertembungan agama, bahasa, adat,
makanan, pakaian dan sebagainya sehingga kita dapat menyaksikan peradaban yang besar
akan mendominasi peradaban yang kecil. Maka, kita dapat lihat bahawa terdapat pelbagai
interaksi yang berlaku dalam tamadun.

Antara interaksi yang kita dapat lihat adalah keagamaan. Setiap tamadun iaitu
tamadun Melayu, China dan India mempunyai fahaman agama masing-masing. Hal ini
demikian kerana kebanyakan agama yang wujud di dunia kecuali Yahudi dan Shinto,
berusaha untuk mengembangkan agama yang terdapat dalam tamadun mereka dengan
tujuan agar penganut bagi agama tersebut meningkat. Dalam hal ini, golongan agama
merupakan individu yang berperanan yang penting dalam penyebaran agama serta menjadi
penentu kepada kehidupan beragama yang harmoni bersama masyrakat lain yang berlainan
agama.

Dalam konteks tamadun Islam, golongan agama merupakan para ulama manakala
dalam konteks tamadun India yang berteras kepada agama Hindu, minoriti kasta Brahmin
menjadi tunggak kepada agama. Sebagai contoh, interaksi antara tamadun India dan China
berlaku disebabkan oleh aktiviti penyebaran agama Hindu. Keadaan tersebut telah
mengakibatkan agama Hindu yang berasal daripada tamadun India bertapak kukuh dalam
tamadun China. Pengaruh tamadun India ditentukan oleh pengembangan keagamaan
terutamanya Hindu-Buddha. Perkembangan tamadun India di Asia Tenggara dilihat sebagai
bermakna melalui kehadiran pengaruh Hindu-Buddha. Hal ini kerana dalam tamadun ini,
dilihat bahawa aspek keagamaan menjadi paling ketara dan telah diterima menjadi
kepercayaan masyarakat tempatan sewaktu perkembangan dan penyebaran agama mereka
di Asia Tenggara. Di Tanah Melayu, kita dapat lihat bahawa telah berlakunya pertembungan
dari sudut agama, iaitu pedagang-pedagang India dan China yang datang ke Tanah Melayu

4
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

dan menyebarkan agama masing-masing. Maka, daripada perkara ini kita dapat simpulkan
bahawa telah berlakunya penyebaran agama dalam pertembungan ketiga-tiga tamadun ini.
Kesannya, kita dapat lihat bahawa masyarakat di negara kita ini mempunyai pelbagai
fahaman dan agama yang dianuti masing-masing yang mengutamakan keharmonian.
Namun, tiga ajaran agama yang utama yang kita dapat lihat di negara kita sehingga ke hari
ini ialah agama Islam, Buddha dan Hindu.

Seterusnya, dalam aspek kepercayaan. Hasil interaksi tamadun Islam ke Tanah


Melayu dahulu telah mencetuskan zaman baru dan meninggalkan zaman pengaruh Buddha
daripada tamadun India. Tamadun Islam juga telah membawa perubahan yang besar dan
ketara dalam merubah kepercayaan dan corak pemikiran masyarakat Melayu ketika itu.
Tambahan pula, Islam mengajak umatnya supaya berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah
dalam memperoleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Ini kerana, berdasarkan firman
Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan
Rasul-Nya dan kepada kitab al-Qur’an yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya
(Muhammad, SAW) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu sebelum
daripada itu.” [al-Nisa’:136]

Islam telah membawa unsur-unsur yang rasional, intelektual dan logik akal di mana
mereka diajar supaya mempercayai Tuhan iaitu Allah yang Maha Esa (Abd. Rahman, 2007).
Contohnya, masyarakat dalam negara Malaysia berpegang kepada rukun negara yang
pertama iaitu mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu dan wujud. Jika difikirkan secara
logik, dunia tidak boleh dipimpin dan diperintah oleh banyak tuhan kerana jika demikian,
sudah pastilah akan menjadi huru-hara serta akan berlaku percanggahan pendapat dan
perintah di kalangan tuhan yang banyak tersebut.

Jika dilihat daripada kepercayaan masyarakat cina umumnya, mereka pula


berpegang kepada pelbagai agama, ajaran, dan falsafah hidup. Namun, kepercayaan
tamadun China yang terbesar ialah melalui ajaran Konfusianisme diasaskan oleh Kung Fu
Tze yang merupakan seorang tokoh berketurunan bangsawan (Lok, C. H., 1998). Konfusius
ialah pegangan awal masyarakat cina pada zaman dahulu yang menerapkan asas utama
iaitu nilai-nilai dan sifat moral yang mulia, terutamanya mengenai perikemanusian (ren),
kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao), sebelum menerima pelbagai ajaran

5
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

seperti Buddhisme, Daoisme dan sebagainya. Tambahan pula, bagi agama Hindu dalam
tamadun India, penekanan aspek nilai murni dan pekerti yang mulia sesama manusia amat
penting. Maka, hal ini secara jelas membuktikan bahawa segala kepercayaan dalam ketiga-
tiga tamadun ini dalam aspek kepercayaan, kita dapati bahawa Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa kebanyakan ajaran ini mengajak manusia untuk mengamalkan nilai moral yang
mulia seperti berperilaku baik dan berfikiran mulia sesama manusia.

Kesinambungan yang dlihat adalah di mana tamadun India yang menyebarkan


agama dan kepercayaan di Tanah Melayu pada awal ketamadunan, diteruskan oleh
kehadiran agama Islam dan Buddha melalui aspek kepercayaan yang mengutamakan
amalan nilai murni dan budi pekerti mulia. Hal ini juga selaras dengan prinsip negara yang
juga mementingkan rakyatnya untuk berperilaku baik dalam setiap tindakan. Buktinya,
Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan perlu dipatuhi oleh setiap rakyat
Malaysia yang berbilang kaum pada hari ini mestilah dipegang sampai bila-bila.

Aspek pentadbiran pula dilihat bahawa dalam tamadun Melayu, kebajikan rakyat
hanya dapat disempurnakan dengan wujudnya pemerintah kerana sukar untk dilaksanakan
secara individu. Pengurusan dan pentadbiran yang cekap memerlukan pemerintah sebagai
penyelaras kuasa. Buktinya, sekarang negara kita merupakan negara Islam, tidak
mengabaikan kebajikan rakyatnya yang berbilang kaum, sebaliknya memberi kebebasan
kepada rakyatnya untuk dalam mengamalkan agama masing-masing. Tambahan pula, Islam
yang tiba di Tanah Melayu tidak mengabaikan aspek politik dan pentadbiran demi untuk
menjaga maslahat rakyat keseluruhannya (Ali Mohammad, 2015). Menurut Mahayudin
(1998), dalam pentadbiran Islam, sultan berperanan sebagai ketua negara yang
menjalankan undang-undang keadilan, menjaga dan melindungi hak-hak serta kepentingan
rakyat di Malaysia. Selain itu, sultan juga menjadi ketua agama dan adat dan istiadat yang
bertanggungjawab menjaga keutuhan agama dan keharmonian adat. Hal ini dapat dikaitkan
ketika zaman tamadun Melayu dahulu, di mana sultan mengetuai sesuatu pentadbiran
negeri-negeri Melayu ketika itu. Maka, ini menunjukkan bahawa pewarisan corak
pemerintahan ini masih lagi digunakan sehingga ke hari ini.

Dalam bidang pentadbiran tamadun China, nilai utama yang diberi tumpuan ialah
integrasi nasional iaitu perpaduan yang menekankan mengenai demokrasi ideal seperti
kematangan, kemuafakatan, komuniti sebagai tumpuan, keamanan dan keharmonian,
keadilan serta dedikasi terhadap negara (Sazelin Arif et. al, 2007). Hal ini kerana tamadun
China yang berasaskan humanisme dan moralisme sememangnya menekankan
keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti yang
terkandung dalam The Grand Unity. Hasilnya, pada masa kini, negara kita masih

6
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

menekankan betapa pentingnya bagi masyarakat untuk membentuk keharmonian sesama


mereka tidak kira dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Hal ini kerana agar memberikan
kesan positif terhadap negara dalam mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni.

Dari sudut tamadun India pula, mereka dikatakan menjadi penyumbang kepada
kewujudan sistem beraja di Malaysia. Sistem beraja pada peringkat awal adalah dipengaruhi
oleh agama Hindu dan Buddha. Oleh itu, ketua kerajaannya menggunakan gelaran ‘Raja’
yang berasal dalam bahasa Sanskrit. Raja dianggap sebagai keturunan dewa yang dikenali
sebagai devaraja atau devasakti. Bagi fahaman masyarakat tamadun India, devaraja
bermaksud raja yang dianggap wakil tuhan untuk memerintah dimuka bumi dan diberi sifat
luhur dan suci sesuai dengan sifat dewa-dewa. Namun, gelaran raja ditukar kepada sultan
setelah Tanah Melayu menerima kedatangan Islam. Peranan raja pada ketika itu juga
berubah kepada ketua agama Islam. Hasilnya, kita dapat lihat bahawa Malaysia masih
mengamalkan sistem beraja sehingga ke hari ini yang digelar Sistem Raja Berpelembagaan.
Oleh itu, seluruh masyarakat tidak kira kaum di Malaysia ini mestilah patuh dan taat kepada
raja seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Hal ini kerana perkara ini
merupakan undang-undang yang kita mesti patuh sebagai rakyat Malaysia yang berbilang
kaum.

Selain itu, dalam pengamalan adat resam, terdapat kesinambungan yang kita dapat
lihat bagi ketiga-tiga tamadun ini di negara kita. Dalam adat resam kaum Cina, kita dapat
lihat bahawa pemberian angpau oleh kaum Cina ketika sambutan perayaan mereka iaitu
Sambutan Tahun Baru Cina. Namun demikian, adat dalam kaum mereka adalah dengan
memasukkan duit yang berjumlah genap sahaja. Maka, daripada perkara ini, terdapat
kesinambungan berlaku di mana pada perayaan kaum Melayu dalam sambutan perayaan
Aidilfitri, kita dapat lihat bahawa mereka turut memberikan angpau kepada tetamu yang
hadir ke rumah terutamanya golongan kanak-kanak. Hal ini menjelaskan bahawa
pengamalan yang dilakukan dalam adat resam Cina dilakukan oleh kaum Melayu.
Kesinambungan yang berlaku membuktikan bahawa pertembungan tamadun China di
Tanah Melayu ini telah mendatangkan kesan seperti ini iaitu adat resam kaum Cina yang
turut digunakan dalam kalangan kaum Melayu di negara ini.

Bagi kaum India pula, kita dapat lihat bahawa adat merisik dan menepung tawar
yang menjadi adat resam mereka juga dilihat turut dilakukan oleh kaum Melayu. Hal ini
terutamanya dalam majlis perkahwinan. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa
dengan menepung tawar ini mampu mendoakan agar yang ditepung tawar itu sentiasa putih
suci hatinya, terhindar dari sifat iri, dengki, hasud, tamak, dendam, riya, dan berbagai
penyakit hati lainnya. Maka, hal ini kita dapat simpulkan bahawa melalui perkara ini jelas

7
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

menunjukkan berlakunya kesinambungan dan perkaitan antara ketiga-tiga tamadun


sehingga ke hari ini.

Akhir sekali, dalam aspek kebudayaan. Bagi kaum Melayu, kita dapat lihat bahawa
pemakaian baju Melayu dan baju kurung telah menjadi kebudayaan dalam upacara dan
sambutan-sambutan yang besar. Sebagai contoh, kita dapat lihat bahawa dalam sambutan
hari raya, semua kaum Melayu meragakan pakaian baju Melayu yang lengkap beserta
sampin dan juga baju kurung. Namun demikian, budaya pemakaian ini juga telah
menjadikan bahawa pemakaian baju ini merupakan antara pakaian kebangsaan bagi negara
kita. Tidak lupa juga kepada pemakaian kaum Cina dan India, iaitu seperti cheongsam dan
kurta juga merupakan pakaian kebangsaan.

Pada hari ini, kita dapat lihat bahawa masyarakat tidak kira kaum memakai pakaian
kebangsaan walau di mana jua. Sebagai contoh, terdapat segelintir masyarakat Melayu
yang memakai baju kurta untuk ke masjid atau ke tempat yang bersesuaian. Hal ini kerana
pada mereka, lebih mudah untuk memakai pakaian itu berbanding baju Melayu yang
memerlukan sampin untuk dipakai bersama. Maka, di sini ingin menjelaskan bahawa, adat
resam dan budaya seperti ini yang turut diguna pakai dalam kalangan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kesinambungan yang nyata
antara tamadun-tamadun ini pada masa dahulu. Kesannya, kita dapat lihat bahawa pada
masa kini, ramai masyarakat di negara ini yang saling menggunakan adat resam dan
budaya kaum-kaum yang terdapat di dalam negara kita dalam kehidupan seharian mereka.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sumbangan tamadun Melayu, China dan India telah berjaya membentuk
negara kita ke arah kecemerlangan dan kemajuan di samping membentuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat kita pada hari ini. Tambahan pula, tamadun ini juga mempengaruhi
budaya dan cara hidup masyarakat kita terutamanya dari segi pentadbiran, agama dan
kepercayaan, bahasa, makanan, adat dan budaya. Selain itu, kita juga dapat mengetahui
bagaimana berlakunya kesinambungan antara tamadun serta apakah hasilnya diperoleh
melalui perkara tersebut.

Oleh itu, kita seharusnya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai
kepelbagaian kaum serta mempunyai keunikan yang tersendiri hasil daripada sejarah
terdahulu. Perbezaan agama dan bangsa bukanlah penghalang bagi kita dalam mencapai
perpaduan antara satu sama lain. Maka, kita sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menjaga
perpaduan yang telah dibina ini sehingga ke masa akan datang agar anak-anak bangsa
pada masa depan turut akan merasai nikmat perpaduan antara kaum di tanah air mereka
sendiri.

8
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

RUJUKAN

Abd. Rahman Haji Abdullah. (2007). Sejarah dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Teks
Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Zhidi Omar, Roslina Suratnu dan Mohd Nahi Abdullah et al (2013). Tamadun Islam
dan Tamadun Asia (TITAS). Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Abdullah Muhammad Zin. (2005). Pendidikan Islam Di Malaysia: Dari Pondok ke Universiti.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Zaki Abdul Latif, Azam Hamzah dan Azhar Mad Aros (2015). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Al-Quran Tajwid Dan Terjemahan. (2012). Selangor: Humaira Bookstore Enterprise.

Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd. Radzi, Hashim Hj. Musam Mohd dan
Zuhdi Marsuki. (2002). Pengenalan Ilmu Ketamadunan. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi
Sdn. Bhd.

Dr. Abdul Halim Hj. Mat Diah. (1989). Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:
Angkatan Belia Islam Malaysia.

Hashim Hj. Musa. (2005). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi


Globalisasi Barat: Siri Kajian Peradaban. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ibnu Khaldun (2009). Mukadimah Ibnu Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

9
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lok, C. H. (1998). Tamadun Cina: Falsafah, pandangan hidup, dan aspek-aspek kesenian.
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Mahayudin Hj. Yahya. (1998). Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Othman B. Loman, Hj. Mohd Asri Bin Abd Rahman dan Anuar Bin Muhamad. (2011).
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Prof. Madya Dr. Ali Mohammad. (2015). Sumbangan Tamadun Islam Dalam Kehidupan
Masyarakat di Alam Melayu Hingga Abad Ke-17 Masihi. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Sazelin Arif, Ahmad Ridzwan Mohd Noor, Noraini Sulaiman, Mahadi Abu Hassan dan Ali
Hafizar Mohamad Rawi. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam:
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

10

You might also like