You are on page 1of 2

JURNAL 5

Nama Pelajar : MUHAMAD SYAHMI BIN JUSOH

Program : PISMP

Pengkhususan / Opsyen : 2017 / 06 - BAHASA MELAYU : PISMP

Sekolah : SK WANGSA MAJU SEKSYEN 2

Fasa Praktikum :2

Minggu Praktikum :5

Tarikh : 13-10-2020

Tajuk : Kerjasama ibu bapa bagi menjayakan pdp secara atas talian.

Kategori : Komunikasi

Isu Yang Difokuskan

Pada minggu pertama PKPB di Selangor, isu yang dapat dibangkitkan ialah sebahagian
murid tidak menyiapkan tugasan yang telah diberikan melalui pelbagai medium seperti
Whatsapp dan Google Classroom.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Antara punca timbulnya isu ini ialah guru tidak dapat memantau dan membimbing murid-
murid secara terus. Hal ini kerana terdapat segelintir ibu bapa tidak mengambil berat tentang
kerja sekolah atau tugasan yang diberikan oleh guru. Terdapat segelintir murid juga
mempunyai kekangan apabila ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai alat atau telefon
bimbit untuk mengetahui tugasan apa yang telah diberikan. Secara tidak langsung, masalah
tidak menyiapkan tugasan yang diberikan terus berlaku.

Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Menurut Khairul Anuar A. Rahman (2012), guru berkesan didefinisikan sebagai pendidik
yang baik dan dapat memberikan kesan kepada muridnya dari segi personaliti dan
seterusnya mampu membawa perubahan tingkah laku kepada murid. Guru sememangnya
tidak dapat melarikan diri daripada terlibat dengan komunikasi (Abdul Sukor Shaari, 2008).

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi masalah ini ialah,


 Berkomunikasi dengan ibu bapa dan menghantar sebarang bahan pengajaran dan
pembelajaran pada hari tertentu menggunakan aplikasi Whatsapp.
 Memberi notis yang lebih awal supaya ibu bapa lebih bersedia dan peka terhadpa
tugasan anak-anak mereka.

Tempoh Masa Penyelesaian

4 HARI

Tindakan Susulan

Oleh itu, saya menggunakan dua cadangan yang disenaraikan di atas untuk
menjalankannya bermula minggu berikutnya. Dengan menggunakan dua cadangan yang
telah diutarakan diatas, murid menjadi lebih teratur dalam menyiapkan tugasan kerana
dibimbing oleh ibu bapa masing-masing.

Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

17-10-2020

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Kesannya, langkah yang diambil dianggap berkesan kerana jumlah penghantaran tugasan
meningkat. Guru juga perlu memberi masa yang mencukupi dengan mengambil kira factor
kekangan yang dialami oleh murid-murid.

Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Kesimpulannya, kerjasama antara guru dengan ibu bapa adalah sangat penting dalam
pembelajaran, khususnya dalam tempoh pelaksanaan PKPB bagi memastikan murid
bertingkah laku positif dan tidak tertinggal dalam mata pelajaran mereka.

Rujukan

Abdul Sukor Shaari. (2008). Guru berkesan: Petua dan panduan. Penerbit Universiti Utara
Malaysia.

Khairul Anuar A. Rahman. (2012). Jurnal Akademika, 82 (2), 37-44.

You might also like