You are on page 1of 2

JURNAL 2

Nama Pelajar : MUHAMAD SYAHMI BIN JUSOH


Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : 2017 / 06 - BAHASA MELAYU : PISMP
Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU SEKSYEN 2
Fasa Praktikum :2
Minggu Praktikum :2
Tarikh : 25/09/2020
Tajuk : PELAKSANAAN AKTIVITI KURANG SESUAI
Kategori : PENGETAHUAN TENTANG MATA PELAJARAN

Isu Yang Difokuskan

Aktiviti yang dilaksanakan tidak bersesuaian dengan tahap penguasaan murid kelas 6 UIA.
Hampir kesemua murid 6 UIA telah mengetahui cara menulis imlak dengan betul dan tepat.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Aktiviti seperti ‘Kupon’ merupakan aktiviti yang mudah bagi murid tahun 6. Murid seakakan
tidak memberikan kerjasam kerana menganggap aktiviti ini terlalu mudah bagi mereka.
Selain itu, aktivti yang dijalankan tidak melibatkan perbincangan antara murid atau
memerlukan murid untuk berkerja sebagai satu pasukan.

Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Esah (2004) menyatakan bahawa tugas pengajar ialah mendidik dan membentuk murid
yang mempunyai perbezaan dari segi kebolehan kognitif, afektif dan psikomotor. Ini
bermakna murid yang diajar oleh guru adalah berbeza kebolehan intelek, kesediaan emosi
dan kebolehan fizikalnya. Oleh itu, kemahiran dan kaedah tertentu yang digunakan dalam
pengajaran belum pasti lagi sesuai dengan kesemua murid dalam kelas itu.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

a) melakukan aktiviti perbincangan kumpulan


b) menghasilkan aktiviti yang lebih mecabar bagi tahap mereka seperti main peranan.
c) mengenalpasti tahap kognitif murid seterusnya membuat pembahagian kumpulan
mengikut kehendak guru
Tempoh Masa Penyelesaian

1 minggu

Tindakan Susulan

Pada kelas yang berikutnya, saya telah melaksanakan aktiviti main peranan iaitu dengan
menjadi jurujual. Murid dilihat lebih aktif dan seronok apabila melakukan aktiviti tersebut. Di
samping itu, objektif pembelajaran juga tercapai.

Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

02-10-2020

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Pada pandangan saya, aktiviti main peranan dapat meningkatkan minat murid serta dapat
mencabar kognitif murid dengan berfikir secara spontan dan holistik. Aktiviti ‘Saya Jurujual’
ini menekankan aspek bahasa, intonasi dan bahasa badan.

Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Secara kesimpulannya, aktiviti pengajaran yang ingin dilaksanakan haruslah sesuai dengan
tahap kognitif murid. Hal ini demikian kerana apabila aktiviti yang dijalankan sesuai, maka
murid akan semakin bermotivasi seterusnya semakin berminat untuk mempelajari mata
pelajaran Bahasa Melayu.

Rujukan

Mook Soon sang (2003), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI,Sekolah Rendah : Komponen 1&2.

You might also like