You are on page 1of 3

JURNAL 4

Nama Pelajar : MUHAMAD SYAHMI BIN JUSOH

Program : PISMP

Pengkhususan / Opsyen : 2017 / 06 - BAHASA MELAYU : PISMP

Sekolah : SK WAGSA MAJU SEKSYEN 2

Fasa Praktikum :2

Minggu Praktikum :4

Tarikh : 09-10-2020

Tajuk : ASPEK NILAI MURNI DALAM PDP

Kategori : Bimbingan

Isu Yang Difokuskan

Penerapan nilai murni dalam PdP merupakan isu yang ingin diketangahkan pada kali ini.
Nilai murni merupakan salah satu daripada Elemen Merentas Kurikulum yang perlu
diterapkan kepada murid. Penerapan nilai dalam PdP ini amat penting bagi melahirkan
murid yang mempunyai perkerti yang mulia secara holistik. Penerapan nilai antaranya boleh
dilihat dari aspek kerjasama dan bertanggungjawab. Oleh itu, penerapan nilai dalam pdpc
wajar diambil perhatian oleh guru.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Melalui teguran yang diberikan oleh pensyarah pembimbing, saya mendapati bahawa nilai-
nilai yang dinyatakan dalam RPH yang dirancang tidak diterapkan sepenuhnya dalam PdP.
Niali murni harus disebut atau dijelaskan supaya murid lebih peka terhadap nilai sesuatu
pengajaran. Penerapan nilai ini perlu dilaksanakan dalam setiap PdP supaya murid-murid
didedahkan dan dipupuk dengan amalan baik. Namun demikian, saya mendapati bahawa
nilai-nilai yang dinyatakan dalam penulisan RPH adalah terlalu banyak dengan isi pelajaran
yang diajar.

Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Menurut Mustari et al (2004) pula, masalah keruntuhan akhlak ini sedikit sebanyak
merosakkan perkembangan sahsiah para pelajar. Sebagai seorang guru, kitalah orang yang
bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai murni kepada murid di sekolah selain daripada ibu
bapa di rumah. Menurut Ahmad (2006) pula, pengajar merupakan orang dewasa yang
paling rapat dengan pelajar selain ibu bapa yang dapat memberi teguran, pengalaman dan
pandangan kepada pelajar. Suradin dan Yusoff (2005) pula mendapati bahawa institusi
pendidikan terutamanya pengajar perlu meningkatkan tahap penghayatan nilai-nilai murni
dalam diri pelajar seterusnya dapat membentuk disiplin dari sebarang kesalahan.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah,

 Menyatakan nilai murni yang boleh diterapkan kepada murid berdasarkan tajuk dan
aktiviti yang dirancang dalam RPH.
 Menerangkan murid nilai-nilai yang perlu diamalkan semasa pelaksanaan PdP
berdasarkan nilai yang telah dinyatakan di dalam RPH.

Tempoh Masa Penyelesaian

1 MINGGU

Tindakan Susulan

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu dengan memberi penekanan terhadap
nilai-nilai murni dan menerapkan dalam diri setiap murid. Saya juga akan mendedahkan
kepada murid betapa pentingnya pengamalan nilai ini dalam kehidupan harian mereka.
Penerapan nilai boleh dilakukan secara tidak langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan
dalam pdpc seperti dalam aktiviti berkumpulan, nilai kerjasama dan tolak ansur amatlah
penting supaya tugasan yang diberikan dapat diselesaikan.

Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

00-00-0000

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Murid lebih memahami mengapakah sesuatu pengajaran atau aktiviti itu dilakukan. Hal ini
kerana untuk melahirkan manusia yang berguna dan dapat mengharungi dugaan dunia luar
apabila berakhirnya pdp tersebut.

Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)


Nilai murni amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan murid yang
mempunyai nilai secara holisitik. Murid seharusnya mengetahui nilai yang ingin diterapkan
supaya mereka lebih jelas tujuan dan kesan sesuatu aktiviti itu dilakukan.

Rujukan

Ahmad, M. S. (2004). Penerapan Pendidikan Bersepadu Di Politeknik. Tesis Sarjana. Kolej


Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Hamzah, H. (2001). Penilaian Ke Atas Perlaksanaan Penerapan Nilai-Nilai Murni Di


Politeknik Johor Baru. Tesis Sarjana. KUiTTHO.

Mustari, M. I. Hashim, S. Suratman, A. Samat, A. B. Hamzah, A. R. & Abdullah, A. H.


(2004), Kajian Sahsiah Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor
Kluang, Kluang Johor. Research vote no:71872, Pusat Pengajian Islam &
Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia.

Suradin, A. & Yusoff, E. E. (2005), Penghayatan Nilai-Nilai Murni Ke Arah Pembentukan


Disiplin Pelajar. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Prosiding Seminar
Pendidikan JPPG 2005.

You might also like