You are on page 1of 3

`` 

   
   

(M5) Topik 5: Video untuk Pengajaran dan 


 
 

Pembelajaran 
  
 

Activity 1   
Video untuk Pengajaran  . Anda diminta menghasilkan esei tentang penggunaan 
dan Pengajaran  video dalam pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungan 
esei hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: 
1. Peranan video dalam PdP 
2. Sumber video dan formal fail video 
3. Teknik merakam video 
Anda boleh menulis esei di lampiran ini atau turn in 
dengan Google Docs yang baru. Anda juga 
digalakkan menggunakan grafik dan pautan laman 
web yang bersesuaian. 
 
Video merupakan satu elemen yang penting dalam proses pengajaran dan pelajaran.
Peranan video dalam pdp yang pertama ialah dapat merangsangkan pelbagai deria. Video
merupakana satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain seperti audio, grafik dan
sebagainya. Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi keberkesanan proses
penyampaian sesuatu mesej kerana video bersifat dinamik dan mampu meransang pelbagai deria
seperti pendengaran dan penglihatan. Peranan yang kedua ialah maklumat lebih realistik jika
diajar melalui pdp. Video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih
realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini mampu memberikan perasaan kepada
pelajar yang mana mereka seolah-olah berada dalam situasi atau keadaan yang sebenar.
Contohnya, guru hendak menerangkan proses letusan gunung berapi. Maka penggunaan video
adalah sesuai kerana ianya menyerupai keadaan sebenar yang telah disunting agar sistematik dan
mudah difahami. Peranan yang seterusnya ialah meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran. Video mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan kerana ianya mampu meningkatkan kefahaman murid. Murid juga boleh belajar secara
individu atau kumpulan tanpa kehadiran guru. Ia juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan
perbelanjaan. Penggunaan video menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan kerana lazimnya
video pendidikan ada disediakan dalam laman sesawang dan guru-guru hanya perlu memuat turun
serta mengeditnya mengikut kesesuaian pembelajaran. Proses pengajaran di dalam kelas juga
menjadi lebih mudah kerana tayangan video boleh disertakan dengan elemen-elemen imej, muzik
dan suara latar untuk menarik perhatian dan memberi penerangan kepada murid.

Selain itu, sumber video merupakan alat yang kita gunakan untu merakam video. Terdapat
pelbagai alat perakam video di pasaran. Contoh alatnya ialah camcorder dan telefon pintar. Imej
yang dirakam dengan menggunakan camcorder dikesan bergerak melalui lensa fokus ditukarkan
kepada beberapa siri signal elektronik. Camcorder ini juga dapat kesan bunyi sebagai signal
elektronik melalui mikrofon bina. Sumber video boleh juga diperolehi dari sumber internet. Contoh:
Youtube, Metacafe, Dailymotion, Myspace dan lain-lain. 2. CD/VCD. 3. Dirakam dari rancangan
yang disiarkan melalui televisyen. Fail format video secara umumnya terbahagi kepada dua
katogeri yang utama iaiatu video analog dan video digital. Video analog boleh diperolehi dari
pemain cakera video, pita video atau terus dari televisyen . Video analog biasanya disimpan dalam
format-format yang khas mengikut negara. Contoh, NTSC, PAL dan SECM Format video
. NTSC digunakan di USA, Kanada dan Jepun. PAL digunakan di negara Eropah dan Komanwell.
SECM banyak digunakan di negara- negara Eropah Timur seperti Prancis . Format video digital
yang utama ialah .MPEG, .MOV, .WMV dan .AVI . Format video yang disebarkan melalui internet
ialah seperti AVCHD dan MPEG- 4 (MP4) Format video. Format video digital yang utama ialah
.MPEG, .MOV, .WMV dan .AVI. Format video yang disebarkan melalui internet ialah seperti
AVCHD dan MPEG- 4 (MP4).

Tambahan pula, terdapat beberapa teknik rakaman yang perlu diikuti oleh seorang yang
ingin merakam video. Antara tekniknya ialah panning. Pan shot ialah satu pergerakan kamera
yang perlahan, licin dan berterusan dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Namun penggunaannya
yang berlebihan akan menyebabkan penonton bosan dan keliru. Teknik seterusnya ialah tilting.
Tilting ialah pergerakan kamera secara menegak yang licin dan berterusan . Kamera berkenaan
berada dalam keadaan yang tetap sama ada diatas TRIPOD atau dipegang dengan tangan(hand
held). TILTING ialah satu pergerakan atau teknik yang berkesan untuk menggambarkan subjek
yang tinggi seperti TILTING dari puncak bangunan ke bawah(TILT DOWN) atau dari bawah ke
atas(TILT UP). Pergerakan subjek juga boleh di ikut dengan teknik ini seperti seorang yang
sedang memanjat atau menuruni sebatang pokok kelapa umpamanya. Seorang guru perlu
memahami kkonsep di atas ini untuk mengajar secara lebih afektif.

You might also like