You are on page 1of 1

TAUHU KUKUS SOS TIRAM AYAM

Menu tauhu kukus sos tiram bersama ayam antara menu yang mudah dibuat dan paling
penting rasanya sedap. Anak-anak pasti suka, sebab rasanya yang lembut senang
ditelan dan tidak pedas. Hanya kukus sahaja tauhu bersama bahan-bahannya yang lain
dan siap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Aza Aaj di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
1 bekas Silken Tofu

200 gm isi ayam

3 ulas bawang putih cincang

2 hiris halia

BAHAN SOS
1 sdb kicap manis

1 sdb kicap pedas

1 sdb sos tiram

1 sdk minyak bijan

1 sdb lobak jeruk dipotong kecil

1 sdk gula

Daun sup

Hirisan cili merah

Kredit : Aza Aaj

CARA PENYEDIAAN
Sediakan bahan.

Kukus tofu dalam 5 minit. Buang air lebihan dan masukkan ke dalam pinggan dengan
cara lingkup perlahan-lahan supaya tidak pecah.

Untuk sos, tumiskan dengan 1 sdb minyak masak, bawang putih dan halia sehingga
wangi kemudian masukkan isi ayam dan semua bahan-bahan biarkan sehingga ayam masak
dengan sempurna.

Tuangkan bahan sos ke atas tofu dan tabur dgn hirisan daun sup serta cili merah.

You might also like