You are on page 1of 37

Bidang : Akademik

Tajuk : Orientasi Mata pelajaran - Kepentingan mata pelajaran

Objektif : 1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.

2. Mendedahkan peluang kerjaya dengan pilihan mata


pelajaran yang sesuai.

3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan Tiga

Bahan : Kertas A4.

Langkah-langkah
1. Set Induksi
Guru membuka perbincangan mengenai
kepentingan menguasai setiap mata pelajaran.

2. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mata pelajaran

3. Guru menjelaskan kepentingan setiap Mata


pelajaran Menengah Rendah ( Rujuk Jadual Waktu).

Penilaian : Murid mencatat maklumat yang diberi oleh guru.

Rumusan : Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran dapat


membolehkan murid memperoleh kemahiran asas, ilmu
pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah : ”Membaca Jambatan Ilmu”.

1
Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Belajar Berkumpulan 1

Objektif : 1. Memberi teknik kemahiran belajar berkumpulan.


2. Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Kertas A4, kertas sebak, alat tulis.

Langkah-langkah
1. Set Induksi
Guru membuka perbincangan mengenai
teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.

2. Guru berbincang tentang kepentingan belajar.

3. Murid menyenaraikan kepentingan belajar berkumpulan.

4. Guru menjelaskan syarat-syarat belajar


berkumpulan.

i. Bilangan ahli antara 3 – 5 orang


ii. Mempunyai jadual waktu belajar
iii. Mempunyai seorang ketua dan penolong ketua
Kumpulan
iv. Setiap kumpulan digalakkan mempunyai nama
kumpulan, etika kumpulan dan moto kumpulan.

5. Guru membentuk kumpulan belajar.

6. Murid dikehendaki :-

i. Memilih ahli kumpulan


ii. Duduk dalam kumpulan
iii. Melantik ketua dan penolong kumpulan
iv. Menentukan nama, etika dan moto kumpulan.

Penilaian : Guru membuat pemerhatian.

Rumusan : Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi


meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.

Falsafah : 1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


2. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
Muafakat

2
Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Mendengar I ( Proses Mendengar )

Objektif : 1. Murid dapat mengetahui tentang peringkat-peringkat


Dalam proses mendengar.
2. Murid dapat menjalankan aktiviti yang melibatkan berlakunya
proses mendengar yang betul.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Petikan teks, alat Multimedia, alat tulis.

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru menyampaikan maklumat dengan nada
suara yang perlahan.

2. Guru menerangkan tentang langkah-langkah dalam proses


mendengar.

Proses Mendengar :

i. Dengar
ii. Faham
iii. Buat Catatan
iv. Kemaskini Catatan
v. Buat Nota / Peta Minda

3. Murid diminta menjalankan aktiviti yang diberi oleh guru

Aktiviti :-
i. Menyampaikan maklumat sehala
ii. Menyampaikan maklumat 2 hala

Penilaian : Murid diberi ujian dengan menulis semula bahan yang


diperdengar daripada guru.

Rumusan : Kemahiran mendengar adalah satu proses yang berterusan.

Falsafah : 1. Komunikasi 2 hala lebih berkesan berbanding komunikasi


sehala.
2. Murid perlu bertanya guru sekiranya kurang
jelas tentang sesuatu maklumat.

3
Bidang : Akademik

4
Tajuk : Kemahiran Mendengar ( Main Peranan )

Objektif : 1. Murid dapat meningkatkan kemahiran mendengar,


mengingat dan menyampaikan dialog.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Kertas A4, skrip dialog

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru bercerita tentang sejarah penubuhan
Melaka.

2. Guru menyampaikan maklumat mengenai tajuk yang hendak


diajar. Contoh – Kejatuhan Portugis di Melaka tahun 1511.

3. Guru menyediakan garis panduan atau skrip untuk


dilakonkan oleh sekumpulan murid.

4. Murid main peranan sebagai :


i. Sultan Mahmud Shah
ii. Tun Perak
iii. Al-Fonso de’Alburque
iv. Rakyat.

5. Murid lain menyampaikan dialog apa yang didengar dan


diingati selepas melihat lakonan rakan mereka.

Penilaian : Guru membuat pemerhatian dan meminta murid yang lain


membuat penilaian lakonan murid.

Rumusan : Maklumat tidak dapat disampaikan dengan tepat jika


Sesuatu fakta tidak jelas.

Falsafah : Kemahiran mendengar sangat penting dalam


Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

5
Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Membaca ( Skimming & Scanning )

Objektif : Murid dapat :


1. Memahami definisi membaca.
2. Menguji kepantasan membaca ( Ujian Bendic ).
3. Membaca secara skimming.
4. Membaca secara scanning.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Alat Multimedia, Lembaran Ujian Bendic, Bahan ‘Power Point’,


Buku teks, Buku nota pembelajaran

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru berbincang dengan murid tentang teknik
membaca yang diamalkan .

2. Guru memberi satu perkataan asing yang tidak pernah


didengar oleh murid. Contoh – NANDU.

3. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang perkataan


tersebut.

4. Guru menerangkan maksud membaca.

5. Membaca secara skimming ( sepintas lalu )


i. Guru menerangkan maksud bacaan secara skimming.
ii. Guru meminta murid membuat latihan
membaca secara skimming untuk mendapatkan
maklumat seperti isi kandungan, rujukan penulis,
rumusan buku dan lain-lain.

6. Membaca secara scanning ( sekali imbas )


i. Guru menerangkan teknik membaca secara scanning
ii. Murid diminta membaca sambil mencari maklumat
yang diminta.

Penilaian : Murid diberi ujian pantas dengan membaca menggunakan


Teknik membaca yang betul.

Rumusan : Teknik membaca yang betul sangat membantu murid untuk


Dalam mencari isi-isi penting semasa membuat ulangkaji.
Falsafah : 1. “Membaca Jambatan Ilmu”.
2. Penguasaan kemahiran membaca memudahkan murid

6
memahami apa yang dibaca.

Bidang : Akademik

Tajuk : Pengurusan Masa II

Objektif : Murid dapat:


1. Melihat kaedah peruntukan masa harian.
2. Menentukan jumlah masa yang perlu digunakan
untuk mengulangkaji mata pelajaran.
3. Melihat kekerapan belajar bagi setiap mata
pelajaran.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Lampiran 3A , alat Multimedia, kalkulator & alat tulis

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru bertanya kepada murid tentang cara dan
amalan murid membahagikan masa untuk belajar.

2. Guru menerangkan tentang kepentingan pengurusan masa.

3. Murid melengkapkan llampiran 3A dengan menentukan


mata pelajaran yang akan diduduki dalam peperiksaan PMR

4. Guru meminta murid menentukan kekerapan belajar bagi


setiap mata pelajaran ( minima 3 kali ).

5. Guru meminta setiap murid untuk


mengagihkan jumlah masa belajar untuk setiap mata
pelajaran mengikut keutamaan.

6. Guru mengarahkan murid supaya memastikan salah satu


masa belajar ditetapkan mestilah sama dengan masa
peperiksaan sebenar.

7. Guru meminta murid membentangkan hasil dan


menggalakkan setiap ahli berkongsi.

8. Guru membuat rumusan dan kesimpulan.

Penilaian : Murid merekodkan hasil pembentangan terbaik untuk di


jadikan panduan mengurus masa.

Rumusan : Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.


Falsafah : ”Masa Itu Emas”.

7
Lampiran : 3A. Kontrak Belajar

Bil Mata pelajaran Kekerapan Peruntukan Masa

Tarikh : _____________ Tandatangan :__________________

8
Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Mengingat II

Objektif : Murid akan dapat :


1. Menggunakan kaedah mengingat dengan betul.
2. Menggunakan teknik mengingat dalam pembelajaran.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Alat Multimedia, kertas A4, buku teks

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru menunjukkan 10 benda yang berlainan
jenis daripada pelbagai kategori dan menyimpan semula
dalam masa 1 minit. Murid menyebut benda tersebut.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

3. Guru memberi satu petikan mudah dan membimbing murid


mengenalpasti isi-isi penting, menggunakan teknik peta
minda.

4. Guru memberi teks dan meminta murid menghuraikan isi


dalam peta minda.

5. Setiap kumpulan di minta membentangkan hasil kumpulan


masing-masing.

Penilaian : Guru membimbing dan memerhatikan cara murid


Menyediakan peta minda.

Rumusan : Teknik mengingat dapat membantu murid mencari isi penting.

Falsafah : Kemahiran ini dapat membantu murid mengekalkan daya


ingatan.

9
Bidang : Akademik

Tajuk : Penempatan Selepas PMR

Objektif : Murid dapat mengetahui tentang haluan selepas PMR.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Lampiran maklumat, brosur, kertas sebak.

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang ke
arah mana selepas PMR dan cita-cita selepas PMR.

2. Guru menerangkan tentang hala tuju selepas mendapat


keputusan PMR.

3. Murid diminta menulis kembali hala tuju selepas PMR.

4. Murid-murid membentangkan hasil perbincangan mengikut


kumpulan.

Penilaian : Murid membuat pembentangan dan menyatakan kembali


hala tuju selepas PMR.

Rumusan : Peperiksaan PMR menjadi penentu aliran pengajian ke


tingkatan 4.

Falsafah : ”Usaha Tangga Kejayaan”.

10
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Hala Tuju Selepas PMR

Objektif : Murid dapat:


1. Mengetahui tentang aliran pengajian di Menengah Atas.
2. Merancang pemilihan aliran pengajian di Menengah Atas
3. Mengetahui status sekolah-sekolah tertentu (SBP, Teknik,
MRSM dan lain-lain)

Masa : Ceramah

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : 1. Alat Multimedia


2. Edaran Bahan Pemilihan Aliran Sekolah
3. Lampiran 3B

Langkah-langkah
1. Set Induksi :
Guru menerangkan kepentingan memilih
sesuatu aliran. Contoh : Aliran Sains. Guru juga
menerangkan kepentingan aliran tersebut.

2. Guru mengedarkan bahan edaran pemilihan


pakej aliran selepas PMR.

3. Guru menyampaikan ceramah bertajuk “Hala


Tuju Selepas PMR”.

4. Memberi peluang kepada murid untuk bertanyakan soalan


(sesi soal jawab).

5. Guru membuat pengukuhan dan rumusan


tentang tajuk yang dibincangkan).

Penilaian : Murid menyatakan sekolah pilihan mereka berdasarkan aliran-


aliran tertentu ( Lampiran 3B)

Rumusan : Pemilihan mata pelajaran dan aliran pengajian selepas PMR


akan menentukan masa depan murid.

Falsafah : 1. Untuk mendapat kejayaan perlulah berusaha daripada


sekarang.
2. Kejayaan tidak datang secara mudah
3. Setiap yang berusaha akan memperoleh kejayaan.
4. Kita harus mengetahui hala tuju dan bagaimana untuk
mencapainya.

11
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Mengenali Potensi Diri

Objektif : Murid dapat:


1. Mengenali diri dan potensi diri
2. Perlunya membaiki kelemahan dan mempertingkatkan
membina kekuatan diri

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan 3

Bahan : Lampiran 3C

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru berbincang dengan murid tentang
perbezaan bakat, kemahiran, pengalaman dan pencapaian

2. Guru mengedarkan lampiran 3C dan


memberi arahan kepada murid supaya menyenaraikan
kemahiran, bakat, minat, pengalaman dan pencapaian diri
murid.

4. Murid menjelaskan isi yang telah dicatatkan di dalam


lampiran.

5. Murid seterusnya mengisi sasaran dan matlamat akademik


dalam lampiran.

6. Guru memberi peneguhan positif dan membuat


Rumusan

Penilaian : 1. Pemerhatian aktiviti yang dijalankan


2. Kemahiran mengenal pasti potensi, bakat, merekod dan
kemahiran komunikasi

Rumusan : 1. Setiap manusia mempunyai bakat dan potensi diri yang


boleh dioptimakan untuk mencipta kecemerlangan dalam
sesuatu bidang

Falsafah : 1. Manusia itu unik dan mempunyai potensi diri yang pelbagai
2. Sesuatu kemahiran boleh dipupuk melalui ilmu dan latihan
yang betul secara berterusan

12
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Hala tuju dan perancangan kerjaya

Objektif : Murid dapat:


1. Memahami kandungan buku teks
2. Mengetahui aliran pengajian di Menengah Atas
3. Mengenali diri dan potensi serta menggalakkan murid
meneroka alam kerjaya

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Buku teks, Lampiran 3D, Kertas sebak/Papan Tulis, Majalah/


Surat Khabar.

Langkah-Langkah
1. Set induksi
Guru memberi penerangan kepada murid
Berhubung tajuk yang akan dibincangkan.

2. Soal jawab secara lisan dengan murid

3. Mengedarkan lampiran 3D

4. Murid menjawab soalan dalam lampiran.

5. Berkongsi jawapan dengan rakan sekelas.

6. Guru membuat rumusan secara keseluruhan.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan

Rumusan : Murid dapat memahami matlamat dan hala tuju kerjaya masing-
masing dengan lebih jelas

Falsafah : 1. Murid dapat optimakan potensi diri dan menjuruskan diri


ke alam kerjaya secara terancang
2. Menjadikan kehidupan murid lebih bermakna dengan
matlamat diri yang jelas
3. Dapat menyediakan diri untuk bersaing dalam dunia
globalisasi.

13
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Bidang yang diminati

Objektif : Murid dapat:


1. Mengenal pasti bidang kerjaya yang diminati
2. Menyediakan diri secara terancang ke arah
jurusan/bidang yang tepat
3. Sensitf terhadap bidang kerjaya yang diminanti

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Buku teks, Soal Selidik Bidang yang diminati

Langkah-Langkah
1. Set induksi
Guru memberi penerangan kepada murid
berhubung bidang kerjaya yang diminati

2. Guru mengedar soal selidik bidang yang diminati

3. Guru memberi arahan mentadbir ujian

4. Murid menjawab soalan dalam edaran soal selidik

5. Guru membuat interpretasi terhadap dapatan


ujian

7. Guru membuat peneguhan positif rumusan


secara keseluruhan.

Penilaian : Murid dapat menjawab soal selidik minat kerjaya


Ujian, Merekod dan Pemerhatian

Rumusan : Murid dapat mengenali minat kerjaya secara lebih dekat

Falsafah : 1. Murid menyanyangi diri dan mengetahui bidang yang


diminati
2. Melahirkan rasa syukur dengan anugerah bakat, potensi dan
kemahiran yang dianugerahkan oleh Tuhan
3. Murid dapat menjawab soalan secara jujur dan telus

14
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Maklumat Kerjaya

Objektif : Murid dapat:


1. Menghasilkan folio kerjaya yang diminanti
2. Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber
4. Membina keyakinan diri melalui kemahiran komunikasi agar
dapat berhubung dengan agensi-agensi yang berkaitan

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Majalah, keratan akhbar, gambar, alat Multimedia.

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru memberi penerangan kepada murid
tentang kepentingan mengetahui maklumat-maklumat
sesuatu kerjaya.

2. Guru membimbing murid mendapatkan


maklumat kerjaya dari segi :

i. Diskripsi Tugas

ii. Kemudahan-kemudahan yang disediakan

3. Murid-murid merancang kerjaya pilihan untuk dijadikan tajuk


folio.

4. Murid merancang strategi untuk mendapatkan maklumat


kerjaya yang dipilih.

5. Murid menyedia dan menyiapkan folio satu kerjaya

6. Guru menggabungkan keseluruhan folio murid


untuk dijadikan folio kerjaya kelas

7. Guru membuat rumusan secara keseluruhan.

Penilaian : Murid dapat menyampaikan jenis-jenis pekerjaan melalui


penghasilan folio.

Rumusan : Maklumat kerjaya dapat mencetuskan rasa minat yang lebih


mendalam terhadap kerjaya dan seterusnya berusaha untuk
mencapai matlamat kerjaya.

15
Falsafah : 1. Murid dapat optimakan potensi diri dan menjuruskan diri ke
alam kerjaya secara terancang

2. Menjadikan kehidupan murid lebih bermakna dengan


matlamat diri yang jelas
3. Dapat menyediakan diri untuk bersaing dalam dunia
globalisasi .

16
Lampiran 3B
HALA TUJU SELEPAS PMR

Sekolah Harian Biasa


Sekolah Menengah Agama
Sekolah Menengah Teknik (Vokasional)
PMR
Sekolah Menengah Teknik
Sekolah Menengah Berasrama Penuh (SBP)
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

ALIRAN PILIHAN SAYA

PENCAPAIAN PMR SAYA.... (TARGET)

MATA PELAJARAN PENCAPAIAN (GRED)

SAYA AKAN MENYAMBUNG mata pelajaran MENENGAH ATAS DI SEKOLAH..

NAMA
TINGKATAN
TANDA TANGAN

17
Lampiran 3C

Contoh Borang Analisis Diri

Nama :

Tingkatan :

1. Kemahiran

2. Bakat

3. Minat

4. Pengalaman

5. Pencapaian

18
Lampiran 3D
PERANCANGAN DAN HALA TUJU KERJAYA

CITA-CITA SAYA ADALAH

ALIRAN YANG AKAN DI AMBIL DI TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

ALIRAN SUBJEK

JURUSAN/BIDANG YANG AKAN SAYA AMBIL DI IPTA / IPTS

NAMA
TINGKATAN

19
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : 1. Perkembangan Remaja


1.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
1.2 Cabaran Remaja
1.3 Gaya Hidup Remaja Sihat

Objektif : 1. Meningkatkan kefahaman tentang perkembangan remaja


2. Menyedari cabaran seorang remaja
3. Mengamalkan gaya hidup sihat seorang remaja

Masa : 80 minit (dua waktu)

Sasaran : Murid Tingkatan Tiga

Bahan : 1. Folio
2. Brosur dan majalah tentang remaja
3. CD atau bahan tayang mengenai kehidupan remaja
4. Ceramah Mengenal Usia Remaja
5. Lagu Remaja oleh Ahmad Ramli
6. Gunting
7. Gam

Langkah-langkah
1. Mnemonik dari perkataan REMAJA.
Contoh: Remaja Elok Mencari Arah Jalan Akhirat.

2. Guru mengumpulkan semua hasil kerja murid dan


ditampal di dalam kelas.

3. Murid menonton tayangan video ceramah bertajuk


”Mengenal Usia Remaja” selama 10 minit.

4. Murid mengambil pengajaran dari tayangan dengan mencatat isi-


isi berkaitan dengan tajuk.

5. Guru meminta murid menyatakan secara lisan isi-isi


penting dari tayangan tersebut.

6. Guru memecahkan murid kepada beberapa


kumpulan kecil

7. Setiap kumpulan diberi edaran brosur dan majalah berkaitan


keremajaan.

8. Murid diminta menyediakan folio REMAJA dengan menggunting


dan menampal bahan yang dipilih.

20
9. Folio yang siap dikutip dan dipamerkan di hadapan kelas.

10. Di akhir sesi murid menyanyikan lagu Remaja oleh Ahmad Ramli.

Penilaian : 1. Merekod
2. Pemerhatian

Rumusan : 1. Usia remaja jika digunakan dengan sebaik mungkin akan


membantu seseorang menjadi insan mulia
2. Usia remaja merupakan proses antara kanak-kanak dan
dewasa.

Falsafah : 1. Zaman remaja itu indah, isikan keindahan dengan taqwa


2. Insan yang mensia-siakan usia remaja akan rugi
3. Ingatkan LIMA perkara sebelum datang LIMA perkara (Hadith)
 Hidup sebelum Mati
 Lapang sebelum Sibuk
 Kaya(senang) sebelum Miskin (Payah)
 Muda(remaja) sebelum Tua
 Sihat sebelum Sakit

21
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Komunikasi
1 Kepentingan Komunikasi.
1.1 Intrapersonel
1.2 Interpersonel
2 Tips Komunikasi Berkesan

Objektif : Murid dapat:


1 Menjelaskan dan mengamalkan
kepentingan komunikasi dalam hubungan harian.
2 Menyatakan tips komunikasi berkesan.

Masa : 1 jam

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Alat Multimedia, Ujian Psikologi

Langkah-langkah
1 Set Induksi.
Guru menunjukkan aksi komunikasi:-
i. Bercakap dengan diri sendiri
ii. Berinteraksi dengan murid

2 Guru memperkenalkan tajuk.

3 Guru memilih murid secara rawak untuk menjelaskan


kepentingan komunikasi intrapersonel dan interpersonel.

4 Guru meminta murid duduk dalam kumpulan dan


membincangkan tentang tips komunikasi berkesan.

4 Guru meminta ketua kumpulan membentangkan hasil


kumpulan.

6 Guru dan murid membuat rumusan.

Penilaian : Murid mengetahui hubungan komunikasi yang berkesan dan


positif.

Rumusan : Membolehkan murid dapat membezakan komunikasi


intrapersonel dan interpersonel serta menyatakan tips
komunikasi berkesan

Falsafah : 1 Komunikasi yang baik akan mengujudkan suasana yang baik

22
2 Berhemah tinggi, bertanggungjawab, berkeyakinan,
bijaksana.

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Perkembangan individu “ Menengah Rendah ”

Objektif : Murid dapat :


i. Meningkatkan pencapaian peperiksaan PMR.
ii. Mengenalpasti jenis pemakanan untuk meningkatkan
kecergasan minda.
Iii Menguruskan masa dengan berkesan semasa di rumah
selaras dengan matlamat dalam peperiksaan PMR.

Masa : 1 jam

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Alat Multimedia

Langkah-langkah
1 Set induksi
Guru bertanya apa perasaan anda jika mendapat
keputusan cemerlang dalam PMR.

2 Guru menerangkan faktor-faktor untuk menjadi


murid berjaya “SUCCES”

3 Guru bertanya jenis makanan yang dimakan


di rumah dan di asrama. Murid menyenaraikannya.

4 Guru menerangkan pengurusan masa yang


berkesan.

Penilaian : Murid melengkapkan borang pengurusan masa yang disediakan


oleh Guru.

Rumusan : Guru merumus borang pengurusan masa yang telah


diisi oleh murid.

Falsafah : 1 Otak yang cergas datang dari badan yang sihat.


2 Tekun, sabar, bertanggungjawab.

23
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Kepimpinan
Peranan dan Tanggungjawab

Objektif : Memahami dan mengklasifikasikan peranan dan tanggungjawab


dalam kekeluargaan.

Masa : 1 jam

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Kertas sebak, pen marker, kaset

Langkah-langkah
1 Set Induksi- Murid bernyanyi/bernasyid/bersajak yang
bertemakan Keluarga Bahagia/ Sayangi dan Bahagia

2 Murid diagihkan mengikut kumpulan.

3 Murid berbincang mengenai tajuk:


i. Peranan dan tanggungjawab remaja dalam keluarga
ii. Peranan dan tanggungjawab sebagai anak mengikut
umur dan kematangan/urutan adik beradik.
iii. Peranan dan tanggungjawab sebagai penyumbang idea.

4 Murid membentangkan hasil perbincangan secara


kumpulan.

5 Murid lain menyoal dan mencatat isi penting semasa


pembentangan dijalankan.

6 Guru merumuskan hasil pembentangan .

Penilaian : Hasil pembentangan

Rumusan : Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya rujukan


awal dibuat

Falsafah : 1 Remaja mempunyai peranan dan tanggungjawab penting


dalam keluarga.
2 Bertanggungjawab,berkeyakinan, bekerjasama.

24
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Perkembangan Remaja


(Remaja dan masalah keretakan hubungan kekeluargaan)

Objektif : 1 Murid memahami punca-punca keretakan hubungan


Kekeluargaan
2 Murid dapat memahami situasi rakan-rakan yang terlibat.

Masa : 1 jam

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Alat tulis

Langkah-langkah
1 Murid dibahagikan kepada 5 orang sekumpulan.

2 Guru mengedarkan soalan untuk perbincangan.

3 Perbincangan dalam kumpulan.

4 Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan.

5 Guru membuat rumusan

Penilaian : Pemerhatian dan penilaian hasil pembentangan murid.

Rumusan : Penyelesaian masalah hubungan dengan keluarga akan


menjamin kebahagian keluarga.

Falsafah : Semua orang perlu menjalani kehidupan seperti biasa walaupun


persekitaran tidak menggembirakan.

25
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Isu-isu keibubapaan :


Kerukunan dan kesejahteraan keluarga.
(Perayaan Hari Keluarga).

Objektif : Murid dapat:


1 Memberi penghargaan terhadap ahli keluarga seperti Hari
Ibu, Hari Bapa & Hari Lahir .
2 Menyatakan pentingnya kesejahteraan dan kerukunan
keluarga melalu kandungan ucapan dalam kad ucapan.

Masa : 1 jam

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Kertas lukisan, pensil, warna lilin, gunting dan beberapa keping
contoh kad ucapan

Langkah-langkah
1 Set Induksi
Guru bertanyakan bagaimana kita memberikan
penghargaan pada orang lain. Paling asasnya ialah
mengucapkan perkataan ‘terima kasih’.

2 Penghargaan juga boleh dinyatakan melalui ucapan dengan


menyatakannya dalam bentuk visual contohnya melalui
kad ucapan .

3 Kandungan ucapan tersebut perlulah menyatakan rasa


terima kasih atas pengorbanan yang telah dilakukan oleh
orang tua atau ahli keluarga kita. .

4 Elemen artistik juga boleh dimasukkan dalam persembahan


mereka seperti guntingan, tampalan, lipatan dan
sebagainya.

5 Murid diberi masa 30 minit untuk membuat Kad Ucapan


yang ditujukan kepada ahli keluarga mereka. Murid
memperlihatkan kad ucapan yang dihasilkan.

6 Murid diminta membacakan kandungan ucapan meraka.

7 Di akhir sesi murid menyatakan penghargaan meraka


melalui kad yang telah mereka bina.

Penilaian : Murid menyatakan pentingnya penghargaan dalam keluarga


melalui Kad Ucapan.

26
Murid boleh menghasilkan kad ucapan karya mereka sendiri.

Rumusan : Homat menghormati amat perlu dalam keluarga dan orang


persekitaran kita, bagi memupuk keharmonian dalam rumah
tangga dan masyarakat.

Falsafah : “Rumahku Syurgaku”.

27
Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk : Nilai Diri dan Keluarga – Salasilah Keluarga

Objektif : Murid dapat:


1 Mengenali salasilah keturunan kedua ibu bapa.
2 Menghargai tanggungjawab ibu bapa dan ahli keluarga.
3 Menyedari tanggungjawab diri terhadap keluarga
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan tiga
Bahan : Bahan edaran, Lampiran 3E
Langkah-Langkah
1 Set induksi:
Guru menceritakan mengenai hal ehwal keluarga
sendiri. Guru bertanya murid mengenai keluarga
mereka. Guru menegaskan ada orang yang
mempunyai keluarga dan ada orang yang tidak mempunyai
keluarga. Guru menekankan konsep syukur dan
kasih sayang.

2 Guru meminta beberapa orang murid bercerita


mengenai nama-nama ahli keluarga bermula dari datuk dan
nenek.

3 Guru meminta murid menulis nama ahli keluarga


mereka mengikut salasilah keluarga berpandukan kertas
edaran.

4 Murid membina pokok salasilah keluarga mengikut sebelah


bapa dan sebelah ibu.

5 Guru memilih beberapa contoh dan paparkan di papan putih.

6 Guru bersoaljawab mengenai hubungan kekeluargaan


di dalam keluarga.
.

7 Murid menulis sepucuk surat kepada ibu mereka sebagai


tanda penghargaan atas pengorbanan dan kasih sayang

28
yang telah mereka berikan.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan dan membina salasilah


Keluarga

Rumusan : Pengetahuan mengenai keturunan dan kekeluargaan amat


penting dalam pembentukan masyarakat.

Falsafah : Keluarga bahagia asas pembentukan masyarakat hormoni


Keluarga cemerlang, masyarakat gemilang, negara terbilang.

Lampiran 3E.

1. Nama datuk sebelah bapa :_______________________________


2. Nama nenek sebelah bapa :_______________________________
3. Nama bapa sebelah ibu :_______________________________

29
4. Nama nenek sebelah ibu :_______________________________
5. Nama Bapa :_______________________________
6. Nama Ibu :_______________________________
7. Nama bapa saudara sebelah bapa:______________________________
8. Nama ibu saudara sebelah bapa :_______________________________
9. Nama bapa saudara sebelah ibu :_______________________________
10. Nama ibu saudara sebelah ibu :_______________________________

Contoh Pokok Keluarga:

Datuk Nenek Datuk Nenek

Bapa Ibu

Adik beradik

anak saudara anak saudara

Bidang : Pembangunan Diri Murid


Tajuk : Nilai Diri dan Keluarga
-Biodata Keluarga Saya

Objektif : Murid dapat :


1 Menyenaraikan biodata ahli keluarga
2 Menghormati dan menghargai ahli keluarga.
30
3 Merekacipta dan membina kad ucap selamat.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan tiga

Bahan : Lampiran 3F

Langkah-langkah
1 Set induksi: Guru bercerita
mengenai kegemaran, hobi dan minat ahli keluarga

2 Murid menyenaraikan semua nama ahli keluarga yang tinggal


bersama

3 Dengan menggunakan bahan edaran, murid mengisi tempat


kosong mengikut kriteria.

4 Guru berbincang dengan murid, apakah tindakan


yang perlu dilakukan apabila mengetahui maklumat atau
biodata mengenai ahli keluarga.
contohnya: Menyediakan hadiah hari jadi.

5 Aktiviti tambahan: Setelah murid selesai mengisi maklumat


ahli keluarga, Guru bolehlah meminta murid
melukis atau merekacipta kad ucap Selamat Hari Jadi.

Penilaian : Menyenaraikan matlumat berdasarkan jadual biodata keluarga.


Rumusan : Saling menghargai dan hormat menghormati sesama ahli
keluarga.

Falsafah : Rasa hormat dan penghargaan akan lebih bermakna apabila


mengenali seseorang dengan lebih dekat.

31
Lampiran 3F

Ahli Nama Tarikh Hobi Makanan Minuman Warna


Lahir Kegemaran Kegemaran
Datuk
Nenek
Ayah
Emak
Abang
Abang
Abang
Kakak
Kakak
Adik

32
*Kriteria tambahan:Pekerjaan, kenderaan, panggilan ringkas dll.

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Nilai Diri dan Keluarga


- Tegas Diri

Objektif : 1. Menyenarai hak peribadi masing-masing


2. Meneliti hak asertif mereka
3. Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan Tiga

Bahan : Kertas Latihan Diskriminasi Asertif (Lampiran 3G)

Langkah-Langkah

1 Set Induksi:Guru mencetuskan satu kes perbicaraan di


mahkamah yang berkaitan dengan hak-hak peribadi
contohnya kes perceraian.

2 Guru menerangkan kepada murid bahawa hak adalah


kebebasan bagi seseorang untuk berbuat atau memiliki
sesuatu. Tiap-tiap seseorang harus sedar akan wujudnya hak
peribadi dan mereka harus menggunakannya.

3 Guru meminta murid menyenaraikan hak yang mereka perlu


mereka dapati. Contohnya hak mendpatkan

33
pendidikan, kasih sayang, keselamatan, kesihatan
dan sebagainya.

4 Murid menuliskan hak-hak tersebut di papan tulis.

5 Guru mengedarkan lampiran 3G.


Berikut ini ialah contoh hak peribadi:

i. Untuk mendapat pertolongan dan sokongan emosi


ii. Mengalami dan melahir rasa kesakitan.
iii. Bersendirian
iii. Menolak nasihat orang lain
iv. Didengar dan dianggap serius
v. Mendapat sesuatu yang setimpal dengan bayaran
vi. Mendapat ilmu dan maklumat
vii. Menentukan keutamaan peribadi
viii. Mengatakan saya tidak tahu.
ix. Membantah terhadap layanan dan teguran tidak adil.
x. Menghakim perasaan sendiri
xi. Tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah
orang lain.

Penilaian : Murid menjawab soalan bertulis dalam lampiran 3G.

Rumusan : Setiap murid mempunyai hak peribadi masing-masing

Falsafah : Mempertahankan hak peribadi yang berkaitan dengan


agama, moral, maruah, harta dan tanah air adalah menjadi
kewajiban setiap insan.

34
Lampiran 3G

LATIHAN DISKRIMINASI ASERTIF

Dibawah ini terdapat senarai situasi dan respon. Ditepi respon tandakan AS jika
anda fikir responnya ASERTIF, S jika anda fikir ianya SUBMISIF dan AG jika
anda fikir ianya AGRESIF

SITUASI RESPON
1. Seorang murid lain minta pinjam Awak selalu suka menipu….
kertas tulis dari anda

2. Kawan anda menyampuk anda Minta maaf, saya hendak bercakap


bercakap. lagi…

3. Seorang ahli keluarga anda suruh Ya, Ok, saya sedang membuat kerja
anda buat kerja rumah semasa anda sekolah sekarang…..
membuat kerja sekolah.

4. Anda sedang menunggu layanan di Anda terdiam, Cuma menarik nafas


kaunter bila seorang melintas dan panjang……….
pergi depan anda dan menerima
layanan lepas.

5. Seorang ahli pasukan bola sepak / Saya fakir ini bukanlah teguran yng
bola jarring anda menuduh anda sihat, saya fakir saya telah bermain
tidak bermain bersungguh-sungguh dengan baik…..
dalam pertandingan yang lepas.

35
6. Seorang kawan meminta nasihat Bagaimana saya tahu apa yang awak
atas masalah peribadinya. buat / itu adalah masalah anda…....

7. Anda terlibat dalam lumba haram. Saya marah kerana dia mengambil
Seorang rakan telah menasihati tahu hal saya...........
anda

8. Saya mendapat berita kematian Saya menangis hingga teresak-


orang tersayang esak..............

9. Bapa saya telah memarahi saya Saya fikir bapa saya keterlaluan kerana
kerana bercinta dengan rakan di menghalang cinta saya..............
sekolah

10. Seorang kawan telah bertanya Saya berhenti mendengar guru


sesuatu semasa anda sedang mengajar untuk melayan pertanyaan
mendengar guru mengajar rakan...............

Bidang : Pendidikan pencegahan

Tajuk : Konsep kendiri / penghargaan kendiri


Pembentukan jati diri remaja

Objektif : 1 Membina ketahanan diri supaya murid menjauhi dan


membenci dadah
2 Supaya murid mempunyai asertif kendiri yang bersepadu.

Masa : 40 minit

Sasaran : Semua murid tingkatan 3

Bahan : 1 Gambar –gambar


2 Buku panduan
3 VCD berkaitan
4 Kertas edaran isu

Langkah-langkah
1 Set induksi
Guru mendapatkan maklumbalas
berdasarkan tajuk yang dipilih

2 Guru mendapatkan pandangan


murid tentang imej jati diri remaja yang unggul

4 Murid mencadangkan bagaimana membina jati diri yang


cemerlang.

Penilaian : 1 Soal jawab


2 Pemerhatian

36
Rumusan : Murid digalakkan supaya mengenali diri mereka melalui
perkongsian maklumat bersama rakan. Membina peribadi yang
kental melalui rakan sebaya adalah penting.

Falsafah : Setiap murid mesti dipupuk daya tahan yang kental dalam diri
supaya tabah dan dapat menangkis pengaruh salah guna
dadah.

37

You might also like