You are on page 1of 1

IMPAK BIOFUEL PADA KEMANDIRIAN SPESIES.

Biominyak adalah minyak yang terdiri daripada pepejal, cecair ataupun gas
yang dihasilkan daripada biojisim (Giampietro et al. 1997; IEA 2011). Bahan-bahan
biojisim ataupun bahan organik yang ditukarkan kepada biominyak adalah termasuk
hasil makanan yang ditanam, sisa-sisa pertanian, kayu-kayan ataupun bahan
buangan di hutan, baja haiwan dan alga. Bahan mentah bagi biominyak pula boleh
didefinisikan sebagai bahan-bahan yang paling utama untuk menghasilkan
biominyak. Sebagai contoh biominyak cecair yang banyak digunakan dalam industri
pengangkutan pada hari ini kebanyakkannya dihasilkan daripada etanol melalui
penapaian kanji hasil tanaman tebu dan jagung. Selain itu, biodiesel pula boleh
didapati daripada kelapa sawit dan kacang soya. Kedua-dua etanol dan biodiesel
boleh dicampur bersama dengan minyak konvensional dan digunakan pada enjin
yang pada pengangkutan bermotor pada hari ini. Biogas juga merupakan salah satu
biominyak yang digunakan secara meluas pada hari ini yang berfungsi untuk
digunakan semasa memasak dan digunakan oleh kenderaan yang menggunakan
gas asli. Biogas diperbuat daripada proses penapaian anaerob bahan biojisim.

You might also like