You are on page 1of 3

AGENDA TEKS CATATAN

1. PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk


Mohd Amin bin Ali, Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah, Yang Berbahagia, Dr.Hj. Ridzuan bin
Ahmad, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
Yang Dihormati Tuan Haji Rahim bin Othman,
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,Puan Zubaidah
bintLahadi, Penolong Ketua Jabatan Pendidikan
Sains Sosial dan para tetamu jemputan masuk ke
dalam dewan.

Hadirin dipersilakan duduk.


2. KATA ALU- Selamat pagi dan salam sejahtera.
ALUAN
Yang Berbahagia Datuk Mohd Amin bin Ali,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Yang
Berbahagia, Dr.Hj. Ridzuan bin Ahmad, Pengarah
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Yang Dihormati
Tuan Haji Rahim bin Othman, Ketua Jabatan Hal
Ehwal Pelajar,Puan Zubaidah binti Lahadi,
Penolong Ketua Jabatan Pendidikan Sains Sosial,
barisan pensyarah serta rakan-rakan siswa yang
dikasihi sekalian.

Mari makan sirih puan,


Sirih dipetik di Tasik Chini,
Selamat datang tuan dan puan,
Menjadi penyeri majlis ini.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita sama-sama


dapat berkumpul untuk menjayakan majlis
penghargaan dan majlis perpisahan Pn Zubaidah
binti Lahadi pada hari yang mulia ini.
3. BACAAN DOA Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Menadah tangan tanda kesyukuran,


Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan


sukacitanya majlis menjemput En. Mohd Shafiq b.
Ismail bagi memimpin bacaan doa. Majlis
mempersilakan

*habis baca doa


Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd
Shafiq b. Ismail atas bacaan doa itu tadi.
4. UCAPAN Pak petani menyabit rumput,
PENGARAH Rumput diberi makan ternakan,
Jemput bukan sebarang jemput,
Jemput menyampai kata aluan.

Bagi meneruskan majlis pada petang ini, Yang


Berbahagia Dr. Hj. Ridzuan Bin Ahmad, Pengarah
IPG Kampus Sultan Abdul Halim untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

*siap berucap

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada tuan


pengarah. Pihak majlis mengucapkan terima kasih
diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
5. UCAPAN Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini,
TETAMU dijemput Yang Berbahagia *siap berucap
JEMPUTAN
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia En Mohd Amin b. Ali diatas ucapan
yang disampaikan sebentar tadi. , Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk
memberikan sepatah dua kata.

*siap berucap

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia *siap berucap

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia En Mohd Amin b. Ali diatas ucapan
yang disampaikan sebentar tadi.

6. UCAPAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


PENSYARAH
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan
Ketua Jabatan Pendidikan Sains Sosial, Puan
Zubaidah binti Lahadi yang akan bertukar pada 6
Mac 2021 ke IPG Darul Aman untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

*siap berucap
Terima kasih diucapkan kepada Puan Zubaidah
binti Lahadi di atas ucapan yang disampaikan.
Kami warga IPSAH sentiasa mengingati segala budi
dan bakti serta kepimpinannya sepanjang tempoh
berkhidmat di sini.
7. TAYANGAN Para hadirin yang dimuliakan,
MONTAJ
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Selagi hayat dikandung badan.

Untuk itu, marilah kita menyaksikan tayangan


montaj sempena Majlis Perpisahan ini.

*siap tayangan montaj

Demikianlah tadi, dapat kita saksikan tayangan


montaj yang mengamit perasaan. Terima kasih
kepada unit multimedia yang telah menyediakan
montaj itu tadi.
8. PERSEMBAHAN Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Doa sudah ucapan pun sudah,
Tiba masa menjamu selera.

Hadirin yang dihormati, sambil menikmati


hidangan, majlis diserikan lagi dengan
persembahan daripada ‘THE TOWNERS’. Tanpa
membuang masa, majlis mempersilakan…

Terima di atas persembahan yang menarik itu tadi.


9. PENUTUP Maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Mari dipetik sirih puan,


Sirih dipetik di tepi perigi,
Terima kasih tuan dan puan,
Di lain masa berjumpa lagi.

Sekian terima kasih

You might also like