You are on page 1of 39
a>, FURGANWORKS Saat hatimu tertekan, putus asa & 'down’, amalkan 7 doa mustajab ini. InsyaAllah, dirimu cepat dibantu Tuhan... 4 = Ebook ini diberikan secara PERCUMA. InsyaAllah, ilmu_[ halal & berkah apabila anda mendapatkannya secara SAH di: bit.ly/ebook7doa axe Tahniah & terima kasih kerana memiliki ebook ini. Semoga setiap doa luhur anda dimakbulkan Ilahi, Saya aminkan 3,000x, Amiin. Tuan-puan dihormaiti, Sebenarnya, 7 doa yang 4 dikongsikan dalam ebook ini merupakan petikan doa terkandung dalam buku : 45 DOA GREDA 45 doa ini merupakan doa yang dipetik daripada SUMBER TERBAIk, AL-QURAN AL-KARIM & kemudiannya disusun khas berdasarkan hajat & permintaan penting : 12 doa, menukar 'stress' kepada ‘success’, 12 doa, menggamit harapan di sebalik ujian, 12 doa, menjamin berkah di setiap anugerah, 9 doa, agar hatimu terubat dengan taubat Kesemua doa ini kiikan sembarangan kerana memiliki ‘track record’ amat luarbiasa, la merupakan doa yang diajari sendiri oleh Tuhan Pemakbul doa, Allah Ta’ala: Ja terbukti pernah dimakbulkan. Manusia yang mengamalkanmya lbulen calang-calang. Mereka merupakan insan fwarbiasa, para Nabi & Rasul. Kini, anda berpeluang menggunakan doa hebat ini dalam doa anda. Gunakannya sebaik mungkin. InsyaAllah setiao doa luhur yang anda tadahkan bakal ‘melayang’ ke langit & segera dimakbulkan, dengan izin Allah s.w.t. Kerana, anda menggunakan doa yang mendapat ‘endorsement’ kuat dari Allah Ta’ala. Terima kasih Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz Dapatkan buku ini (buku cetakan fizikal) dengan melayari : a ee @ DOA, AGAR: DIBERI BIMBINGAN \ SELESAIKAN MASALAH ie ee Ae wh > ey a“ Zeer 77s 3% - Z © ted CAE ne Robbi adkhilni mudkhola sidgiw wa‘akhrijni mukhroja sidq, waj'alli mil ladunka sultonan nasiiro “Ya Rabb, masukkanlah aku dengan kemasukan yang benar dan keluarkanlah (pula) aku dengan cara keluar yang benar dan berikanlah daku dari sisiMu kekuasaan yang membantu” Surah Al-isra‘, ayat 80 Pembaca dimuliakan, Pernahkah ketika menghadapi ujian & masalah, anda berusaha mencari jalan keluar. Namun masalahnya tidak selesai bahkan semakin memburuk? Saya pernah menghadapi situasi tersebut. Situasi bergelar ‘'usaha jalan mati’. Kita dah cuba bermacam cara, namun kehidupan masih di takat sama. Semakin hari semakin susah. Hati bertambah stress. Hilang punca. Buntu. Ketika itu, saya bertemu tok guru meminta nasihat, ‘Ya Syeikh, kenapa makin saya berusaha, makin susah jadinya?’ is Ss Lalu tok guru sarankan, ‘Bacalah A/-Quran. Bukankah Tuhan nyatakan, masalah yang dihadapi tidak selesai bukan sebab kita tak berusaha tapi, —> Sebab Allah belum tolong..’ Saya terperanjat mendengar kata tok guru. Tapi selepas beliau jelaskan, saya makin faham. Tok guru cakap, masalah yang kita hadapi sekarang tak kira besar atau kecil, semuanya boleh jadi besar, rumit & stress jika ALLAH TIDAK BANTU. Andai Tuhan hulurkan bantuan, semua masalah yang manusia rasakan mustahil nak dirungkaikan pun boleh selesai. Ada banyak bukti yang Tuhan tunjukkan dalam Al-Quran. Contohnya, situasi getir Nabi Musa ass. berhadapan jalan mati. Di belakangnya sedang menanti Firaun & bala tenteranya yang bengis & kejam sementara di hadapannya pula lautan terbentang luas. Terkepung & tiada jalan keluar. Namun di saat getir itu, Nabi Musa kekal tenang kerana hatinya seratus peratus bertaqwa & tawakkal kepada Ilahi. Dan kita semua tahu happy ending yang tidak disangka itu. Lautan terbelah bak permaidani merah, bentangkan jalan keluar buat baginda. ar Maka tok guru berpesan, ketika kita berhadapan situasi mencengkam hidup, cuba kuatkan 3 perkara iaitu : 1, Kuatkan TAQWA. Dampingi llahi dengan memperbanyakkan sujud & istighfar. 2. Perbanyakkan DOA & munajat kepadaNya, 3. Lipatgandakan USAHA, cari jalan penyelesaian. Dan tok guru kongsikan satu doa yang amat cantik untuk kita amalkan. Doa 'GRED A’ yang pernah Rasulullah s.aw baca ketika baginda berhadapan tekanan hebat dari kafir Quraisy Mekah. la telah Allah s.w.t rakam dalam Al-Quran sebagai panduan untuk kita berupa : jika situasinya lebih kurang sama, amalkan doa ini. Percayalah, Tuhan akan kurniakan happy ending di hujungnya. Husnul khatimah seperti yang Rasulullah s.a.w kecapi. Selepas baginda berhijrah ke Madinah, dakwah islam tersebar luas. Kemudian 10 tahun kemudiannya, baginda berjaya memasuki semula Makkah dengan aman & damai. Ini doanya. la terakam dalam Surah Al-Isra’, ayat 80 : eee e oe 4 ‘eels dig CC eels aie este ges S Se - eae Chel eb saad “Ya Rabb, masukkanlah aku dengan kemasukan yang benar dan keluarkanlah (pula) aku dengan cara keluar yang benar dan berikanlah daku dari sisiMu kekuasaan yang membantu” Pembaca dimuliakan, Cubalah amalkan doa ini dengan TAQWA & keyakinan tinggi kepadaNya. Bacalah ia dengan hati yang TAWADHUK & berharap tinggi kepadaNya. Yakinlah dengan kekuasaan, qudrah & iradatNya, masalah anda dapat diatasi. Jika dahulu Tuhan berkuasa 'kuak’kan lautan membantu Nabi Musa, Insyaallah, Dia juga berkuasa 'kuak’kan masalah kita walau seluas lautan sekalipun. Diharap juga dengan doa ini, ia membantu kita memiliki kesedaran positif. Keyakinan bahawa masalah yang sedang dihadapi hanyalah setitik ujian kecil sedangkan selama ini, Tuhan izinkan kita hidup di tengah belantara bahagia Moga hati lebih lapang dengannya, Amin. Sal Terkadang Tuhan mombalulinya dengan masalab lolapi di dalamnya lersimpan sejula / DOA DIBERI KESABARAN | , & KETABAHAN HATI SAAT MENGHADAPI UJIAN e hg: Site Ra \e je Epal es a7? go Se Gets eet © apesii Robbana afrigh alaina sobraw wasabbit aqdamana wansurna alal qaumil kafirin "Ya Allah, kuatkanlah kesabaran ke atas diri kami, kukuhkanlah pendirian kami dan bantulah kami menghadapi orang kafir" Surah Al-Bagarah, ayat 250 Pembaca dimuliakan, Pernah seseorang menasihatkan saya ketika muda, ‘Asraff, kalau setiap episod hidup kita ni indah & berjaya belaka, kita takkan pernah belajar erti sabar & ikhlas...' Waktu itu, umur saya 23 tahun. Usia transisi, baru menginjak dunia sebenar setelah lama bersenang di ‘makmal’ alam pembelajaran : sekolah, kolej & universiti. Ketika di alam ini, ‘silibus’ mata pelajaran sabar & ikhlas kurang ditekankan. Yelah, waktu itu semuanya tersedia untuk kita. Semuanya di’suap'kan. Kita tidak sedar jerih payah ibu bapa mencari rezeki demi memastikan anaknya tenang belajar. Kita tak perasan besarnya usaha yang guru curahkan demi memastikan kita memahami pembelajaran. Kita masih belum belajar erti memikul tanggungjawab. Belum tahu sepenuhnya sepak terajang & risiko kehidupan. Kita mungkin pandai beberapa perkara namun belum matang sepenuhnya. Emosi kita masih ‘fragile’ (rapuh), belum mengerti erti ‘rejection’ (penolakan) mahupun cabaran. Apabila gerbang dunia sebenar dilalui, ramai yang ‘cu/ture shock’, terperanjat. Ketika berhadapan dengan 1,001 persoalan & masalah hidup yang sukar diselesaikan walaupun cukup kepintaran, wang & pangkat, ketika itu ramai yang kecundang emosi. Pening kepala, tension, stress, hidup terasa kosong, hati remuk & pilu, semuanya menerpa. Ketika itu kita sedar, inilah kehidupan sebenar. Kehidupan yang amat sukar dilalui jika dua mata pelajaran penting tidak dikuasai iaitu ‘sabar & ikhlas’. Inilah dua sifat penting untuk memudahkan_ kita menavigasi hati. Cuma, —> bukan mudah nak sabar apabila dikhianati orang paling dipercayai, bukan mudah nak ikhlas apabila ditinggalkan insan paling disayangi, bukan mudah nak memaafkan apabila dizalimi keluarga sendiri, bukan mudah nak mempercayai rakan karib yang menikam dari belakang. 144 yy a Sungguh, bukan mudah. Bukan semudah itu. Walaupun begitu kita ucapkan syukur alhamdulillah kerana Tuhan tetap setia kirimkan pedoman untuk menguatkan kesabaran. Bukalah Al-Quran & anda merasakan ia seakan kitab motivasi kerana kalimah ‘sabar' sahaja diulang sebanyak 90 kali. Bacalah Al-Quran dan kita akan temui sejuta harapan. Kekuatan berbentuk, ketika seluruh makhluk menolak kita ke sisi kehidupan paling gelap, di kala itulah Tuhan 'datang’ menebarkan kasih-sayang. Hanya Dia yang berkuasa uruskan segala kesulitan kita. Hanya Dia yang mampu mendatangkan sinar ke dalam hati yang telah lama sirna. Dan jalan keluar ini akan terbentang luas apabila kita bersedia kembali ke pangkal jalan : tunduk kepadaNya & suburkan sifat sabar kerana inilah dua kunci utama untuk menjemput bantuan ‘dari langit' : “Wahai orang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar” (Surah Al-Bagarah, ayat 153) Untuk menguatkan kesabaran, bacalah doa yang Tuhan ajari ini. la dipetik dari Surah Al-Baqarah, ayat 250. Ketika membacanya, niatkan semoga disebalik segala kesusahan, Tuhan sudi kongsikan kebahagiaan : Betas LNT Sets hese EA Lo pe peal rt "Ya Allah, kuatkaniah kesabaran ke atas diri kami, kukuhkanlah_ pendirian kami dan bantulah kami menghadapi orang kafir” Moga dengannya Tuhan sudi datangkan ‘happy ending’. Moga dengan berkah membacanya setiap hari, Tuhan bantu kita menata hati agar mudah bersabar, redha terhadap segala ketentuan & ikhlas dalam segala tindakan. Buah sabar itu manis kerana ia bantu kita menguruskan masalah dengan lebih tersusun. Wajah lebih tenang, bicara baik-baik sahaja & hati kurang mengeluh kerana segala takdir dihadapi dengan sikap terbaik. Inilah kemanisan sabar. Kemanisan emosi yang berjaya diterjemahkan dalam kehidupan, bak sepatah kata Syeikh Junaid al-Baghdadi : sabar jalah kemampuan menelan kepahitan tanpa bermasam muka. Dunia ini memang medan ujian. la ‘dewan peperiksaan besar' di mana ujian dalam bentuk nikmat & kesusahan silih berganti. Kita berharap saat keluar darinya, ada nama kita tercatat dalam senarai ‘pelajar cemerlang’ kerana berjaya mencapai ‘A’ dalam dua matapelajaran penting. Mata pelajaran syukur & sabar. Ketika itu beruntunglah kita kerana Rasulullah pun mengkagumi pelajar luarbiasa ini. Sabda baginda dalam sebuah hadith : “Amat menakjubkan urusan seorang mukmin kerana setiap kehidupannya dipenuhi kebaikan. Dan keajaiban ini tidak berlaku melainkan orang yang benar-benar beriman sahaja. Jika — ditimpa kesenangan ja bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ditimpa kesusahan pula ia bersabar, maka itu pun baik juga untuknya.” (Hadith riwayat Muslim) é wae sabar ~! talah mereka yang mampu menyombhunytkan perasaan sedihnya berhadap orang Cain 3) / DOA\MEMOHON \ (KESEMBUHAN DARI PENYAKIT pod as @ ashi tas Anni massaniyad dhurru wa‘anta arhamur rohimin 4. oe “f "(¥a Tuhanku), sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkau merupakan Tuhan Maha Penyayang di antara semua yang menyayangi” Surah Al-Anbiya’, ayat 83 Pembaca dimuliakan, Ada waktunya ketika melayari hidup, kita berhadapan situasi luar jangka. Contohnya selama ni kita alhamdulillah sihat bertenaga. Makan berjaga, bersenam tak tinggal. Tiba-tiba suatu hari kita dikejutkan khabar buruk : diuji penyakit kronik berupa kanser. (Na‘uzubillah) Dari hidup bersemangat, kini segalanya jadi gelap. Dari seorang yang cukup ceria, kini kita bermuram durja. Ketika doktor mengatakan peluang sembuh semakin tipis, kita sedar, kuasa penyembuhan hanya ada padaNya. Lalu kita berdoa sungguh-sungguh, ‘Ya Allah, sembuhkanlah daku dari penyakit ini...’ Pembaca dihormati, Adakah wujud doa mustajab GRED A yang boleh kita amalkan untuk situasi sebegini? Alhamdulillah ada. Tuhan kongsikannya melalui doa Nabi Ayyub dalam Al-Quran iaitu Surah Anbiya’ ayat 83 : Sra 0 Bee cans ly eal goa “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkau merupakan Tuhan Maha Penyayang di antara semua yang menyayangi” Saya yakin anda sudah tahu doa ini & sering mengamalkannya. Kepada mereka yang selalu beramal dengannya, saya ingin katakan, anda bertuah kerana tok guru saya pesan, ‘doa ini ringkas tapi amat makbul. Kita perlu tahu latar belakang kisah Nabi Ayyub, tahu keadaan hatinya & apabila kita memohon dengan hati & niat yang sama, insyaAllah barulah doa ini mustajab..." Bagaimana keadaan Nabi Ayyub ketika itu? Asalnya, baginda merupakan seorang yang kaya, berjaya, berharta, disegani & memiliki anak ramai. Namun Tuhan ada ‘grand design’Nya tersendiri iaitu melalui baginda, Tuhan ingin mengajar kita cara mengendalikan situasi buruk ketika ditimpa penyakit kronik. Lalu ditakdirkan, Nabi Ayyub ditimpa penyakit teruk sehinggakan seluruh badan baginda hampir lumpuh kecuali lidah & hatinya sahaja masih berfungsi. Disebabkan penyakitnya boleh berjangkit, hampir kesemua rakan & kenalannya menjauhkan diri. Dari disanjung, kini baginda dibuang keluar daerah, hidup terperosok di ‘slump area’, daerah kumuh yang dipenuhi sampah & kotoran. Hanya isterinya sahaja setia menemani. Anaknya pula meninggal seorang demi seorang. Allahu Akbar. Bayangkan jika kita berada di tempat baginda ditimpa 3 ‘DHURR’ derita serentak. Hilang kesihatan, hilang keluarga, hilang harta. Adakah kita tahan ujian ini? Adakah kita masih positif terhadap llahi saat jatuh ditimpa 3 tangga malapetaka? Sangat menakjubkan, yang terlintas dalam hati nabi Ayyub hanyalah SABAR. Yang keluar dari mulutnya hanyalah zikir & pujian kepada Ilahi. Betapa sabarnya baginda tidak cepat meminta doa kesembuhan dek terkenangkan hidupnya yang sihat bahagia selama 70 tahun sedangkan sakit baru dihidapi 18 tahun. 70 tahun nikmat. 18 tahun ujian. ‘Best’ lebih banyak dari ‘test’. Di sini Tuhan ingin mendidik kita kaedah menata hati untuk lebih banyak menghargai nikmat berbanding ujian. Andai pemikiran ini dapat dijelmakan, insyaAllah kuranglah gundah-gulana saat terkena ujian dariNya. Kita kembali kepada Nabi Ayyub. Setelah baginda melihat isterinya begitu susah mencari sesuap rezeki untuk menyara keluarga, akhirnya baginda memohon dengan doa yang dikongsikan di atas. Dan Tuhan membalas doanya dengan ‘good news’ : Kami kabulkan permintaannya dan segala musibahnya diangkat (Surah Anbiya’, 84). Tuan-puan semua, Amalkanlah doa ini dengan kefahaman Nabi Ayyub yang hatinya dipenuhi kesyukuran & sabar, tidak mengeluh bahkan kekal positif terhadap Ilahi saat dirinya berada di titik terendah kehidupan. wy Serulah llahi dengan seruan ‘Ya Arhamar Rohimin berkali-kali. InsyaAllah rahmat & kasih sayangNya kembali mengisi ruang kehidupan kita, Amin. | ee : Robbi inni lima anzalta ilayya min khoirin faqir "Ya Tuhanku, Sesungguhnya hambaMu fagir dan amat memerlukan kebaikan yang Engkau turunkan padaku” Surah Al-Qosos, ayat 24 Pembaca dihormati, Ketika buku ini ditulis, wabak Covid-19 sedang melanda. Sejak ia menyerang negara, kita perhatikan ramai yang dibuang kerja. Ada banyak industri yang dahulunya gah, kini tinggal nyawa ikan. Banyak bisnes ditutup. Yang kekal pula bergelut nak kekalkan bisnes. Yang buat untung boleh dikira dengan jari. Akibatnya ramai dibuang kerja. Tuan-puan semua, jika kita dah ada banyak tanggungan, hutang dan bil yang perlu dibayar & tiba-tiba sumber pendapatan hilang, A//lahu Akbar. Terasa berat sungguh ujian ini. Ya Rahman, kasihi & kasihanilah kami. Permudahkanlah urusan hamba-hambaMu yg sedang bergelut mencari sesuap rezeki. . a A dadey } LNlyiy Sua ¥ a wn Mak’ \ Wi 4, Bf ~~: he I Ai } Saya nak kongsi satu doa yang elok kita amalkan jika ditimpa ujian sebegini. Doa yang dipetik dari Surah Al-Qosos, ayat 24 : 4 ESS aie BR ee 2B HI SN 3S) "Ya Tuhanku, Sesungguhnya hambaMu faqgir dan amat memerlukan kebaikan yang Engkau turunkan padaku” Doa ini merupakan permohonan yang Nabi Musa a.s pernah lafazkan. la pendek sahaja, senang nak hafal. Cuma sebelum diamalkan, ada baiknya kita tahu latar-belakang ceritanya agar kita memohon dengan kefahaman sama seperti yang Nabi Musa inginkan. Ceritanya amat menarik. Ketika itu Nabi Musa a.s sedang melarikan diri dari Mesir menuju Negeri Madyan setelah dikejar askar Firaun yang ingin menangkapnya kerana kesalahan besar. Nabi Musa, seorang anak angkat raja yang hidup senang tiba-tiba berubah menjadi buruan, ‘most wanted person’ nombor satu. Dalam keadaan letih merentasi padang pasir sendirian, baginda tiba di sebuah perigi yang dikerumuni manusia, menunggu giliran mengambil air untuk binatang ternakan. Di kalangan manusia yang beratur, ada beberapa wanita sedang menunggu. Kasihan sungguh mereka, sudah lama penat beratur tetapi P gilirannya asyik dipotong oleh lelaki kasar & garang. A wy Zs Ab 3555 CONN ya a} caw “s 2: ON Robbi hab fii mil ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii'un du’aa’ “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar (menerima) doa permohonan” Surah Ali-lmran, ayat 38 Pembaca dimuliakan, Semua ibu-bapa pasti dambakan anak yang soleh & solehah. Anak yang bukan setakat baik, mendengar kata & hormati orang tua, malahan anak yang taatkan llahi & bakal menyambung tugas mulia membantu ummah hidup dalam kasih sayang Ilahi. Dan Allah Ta’ala tahu keinginan kita. Dia kongsikan doa Gred ‘A’ agar kita dipermudahkan jalan mendapat anak soleh & solehah. Doa ini saya kira tarafnya tinggi kerana ia merupakan rakaman doa yang datang dari pesuruhNya yang mulia, Nabi Zakaria a.s. Ketika itu, Nabi Zakaria a.s telah meningkat usia tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata penghibur hati. Baginda tidak putus-asa merayu & memohon dengan permintaan tulus yang datang dari: luouk hati terdalam, ‘Wahai Tuhanku, hambaMu ini sudabi twa! 'Lemah rasanya tulang empat keratku. Menyala putitinye rambutku. Namun aku tetap memasang harapan tinggi agar doa kecilku ini akan Engkau kabulkan...’ Begitulah lebih-kurang bisikan hati Nabi Zakaria a.s. yang terakam dalam Surah Maryam. Permohonan agar dikurniakan anak ‘Qurrata A’yun’ : penyejuk mata & penambah seri keluarga. Dalam masa sama, baginda tidak lupa memohon agar anak yang bakal lahir biarlah berperwatakan soleh & solehah. Kerana itu baginda menyambung doanya : be 27 4 £505 27 oe whe sp 7 one ZGoA dea to iy ab 44> SD 9 SSS Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali-lmran, ayat 38) Dan Tuhan memakbulkan doa _ baginda G fal dengan lahirnya anak lelaki bernama Yahya. ‘ Dan sebagai bukti doa anak solehnya dijawab llahi, Yahya a.s bukan sekadar menjadi anak penyejuk mata. Baginda ditinggikan darjat & diangkat menjadi nabi * " meneruskan legasi perjuangan mula ‘es = bapanya. 3 f ' ; Para pembaca dimuliakan, > ¢ Apa manfaatnya bagi kita? la merupakan pedoman berbentuk : jika kita inginkan anak yang baik, hormati ibu-bapa & berjaya dunia akhirat, ucapkan sahaja doa Nabi Zakaria a.s ini. Suatu ketika dahulu, Tuhan telah tunjukkan jawapan terbaikNya untuk doa tersebut. Kini, Tuhan pasti akan melayani doa kita dengan jawapan sama. Amiiin. bila sebaku is bapa ta dintlai berdasarkan seherapa laut zuriat kita kepada y Allah ae : > avi a pe DOA\AGAR ANAK MUDAH MENURUT KATA 7 Buse ant > ,“72 Gr “7 bh ee orb betes ots! G&L Ca ls = - aaa a AoF Wy Cy ah Chee Robbana hab lana min azwajina wazurriyyatina qurrata a’yun, waj‘alna lilmuttagina imama “Wahai Tuhan kami, kurniakan kami isteri & zuriat yang menyukakan hati kami ketika melihatnya serta jadikanlah pemimpin bertakwa sebagai ikutan kami” Surah Al-Furgan, ayat 74 Para pembaca dimuliakan, Anak kita ni sewaktu kecil, mudah sahaja menurut kata. Tetapi apabila menginjak remaja, lain pula perangainya. Kadang-kadang sikap mereka berubah hinggakan kita pun terperanjat, ‘betul ke ni anak yang aku asuh dulu?’ Siapa yang tidak hiba apabila anak yang mudah menurut kata kini bertukar menjadi peremuk jiwa? Na’uzubillahi min zalik. Mohon dijauhkan Tuhan dari bapa segala musibah itu. _ it A af < id ¥ ¥ Me, ee A Y fret) ‘ or Alhamdulillah, Tuhan ada berkongsi doa Gred A untuk kita amalkan. Doa yang saya petik dari Surah Al-Furqan ayat 74 jaitu : LE 4 BAS oo oe Gr op Sb s LE G& UO Ca} ee ae ees Sot Gale)

You might also like