You are on page 1of 3
Telefon 07-231 0000 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR ey ttt ae ¥ (JALAN TUN ABDUL RAZAK = aaa M5), 80604, JOHOR BAHRU Uamaneb —wurenator mae gory e227 JoHoR DARULTAZIM onal eaten Ruj. Kami: JPNJ.HEM.800-4/1/4 Tarikh % Mac 2021 Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Johor Melalui dan sesalinan, Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri Johor. Tuan, GERAKAN MASSA: “TERIMA KASIH CIKGU" - PENYERTAAN E-KAD DAN KAD UCAPAN TERIMA KASIH CIKGU SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI JOHOR KE-50 TAHUN 2021 Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Bil. 1/2021 bertarikh 18 Februari 2021 adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan, Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, telah diberi tanggungjawab sebagai urus setia Penghasilan e-Kad dan Kad Ucapan Terima Kasih Cikgu sempena Gerakan Massa: "Terima Kasih Cikgu’. Aktiviti ini dirancang bagi memastikan agar ucapan terima kasih cikgu ini dihayati oleh segenap lapisan masyarakat bermula daripada warga sekolah sehingga kepimpinan negara 3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk menghantar penyertaan terbaik daripada murid bagi menjayakan aktiviti tersebut. Bersama-sama surat ini dilampirkan Garis Panduan Penghasilan e-Kad dan Kad Ucapan Terima Kasih Cikgu sebagai rujukan. 4, __ Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Afian bin Ramlan, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, JPN Johor di talian 013-7616039. Kerjasama pihak tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. "PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID -19" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yangynenjalankan amanah, Sexfor Pembangunan Murid b.p. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor sk. 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2. Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Johor 3. Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Johor GERAKAN MASSA: "TERIMA KASIH CIKGU" - PENYERTAAN E-KAD DAN KAD UCAPAN TERIMA KASIH CIKGU SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI JOHOR KE-50 TAHUN 2021 GARIS PANDUAN PENGHASILAN E-KAD DAN KAD UCAPAN TERIMA KASIH CIKGU 1. Penyertaan terbuka kepada semua murid prasekolah, sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Penyertaan boleh dihantar sama ada berbentuk e-kad atau kad ucapan yang dilukis atau dicetak 3. Kad ucapan elektronik (e-Kad Ucapan) a, Boleh menggunakan sebarang applikasi yang sesuai b. Format penyimpanan karya: Nama Peserta Nama Sekolah.mp4 Contoh: AliBinAbuSMKJohorBahru.mp4 c. Saiz fail 2MB 4. Kad ucapan Terima Kasih Cikgu a. Kad ucapan boleh dilukis sendiri atau menggunakan templat kad digital b. Format penyimpanan karya adalah *.jpeg atau *.png atau *.PDF Sekiranya dilukis, setiap muka kad perlu diimbas dan disimpan mengikut format. c. Format penyimpanan karya adalah Nama Peserta Nama Sekolah jpeg Contoh: AliBinAbuSMKJohorBahru,jpeg 4. Saiz fail 2 MB e. Kad sebenar perlu dihantar kepada Unit Hal Ehwal Murid PPD masing- masing 5. Setiap penyertaan perlu mempunyai slogan dan tanda pagar #TerimaKasihCikgu serta peru. dizahirkan mengikut kreativiti masing- masing. Karya yang tidak mempunyai slogan dan tanda pagar tersebut akan dibatalkan penyertaan. 6. Karya yang dihasilkan mestilah mempunyai nilai mumi dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan isu-isu sensitif serta menghina mana- mana individu lain 7. Semua hasil penyertaan adalah hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia dan hasil karya murid yang terpilih akan disiarkan di media sosial untuk tontonan umum 8. Setiap penyertaan perlu dihantar melalui Urus setia e-Kad dan Kad Ucapan #TerimaKasihCikgu di Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan akan menerima e-sijil. Penyertaan mestilah diuruskan oleh pihak sekolah/kolej/institut. 9. Peserta hendaklah memuatnaik hasil karya di Google Drive masing-masing dan hanya memberikan pautan (link) karya kepada urus setia 10. Borang penyertaan serta ruang pautan hasil karya murid boleh diisi melalui pautan google forms di bawah: https://forms.gle/19WJ8rrbgs8Nuqtv5 ATAU boleh imbas kod QR di bawah: 11.Urus setia di Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan memilih 100 e-Kad dan 50 kad ucapan yang berkualiti, kreatif, inovatif serta mempunyai nilai yang bermakna untuk dihantar kepada urus setia Gerakan Masa : Terima Kasih Cikgu di Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum atau pada 11 Mac 2021. Urus Setia #TerimaKasihCikgu Unit Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Johor Jalan Tun Abdul Razak 80604 Johor Bahru (uip: Encik Mohd Afian bin Ramlan)

You might also like