You are on page 1of 4

LATIHAN 5ST3- 23 MAC 2021

TATABAHASA- SUBJEK DAN PREDIKET DAN POLA AYAT

Contoh:
Ayat: Murid yang tinggi itu telah dirotan oleh Encik Anthony pagi tadi.
Subjek - Murid yang tinggi itu FN
Prediket- telah dirotan oleh Encik Anthony pagi tadi.FK

Ayat:Telah dirotan oleh Encik Anthony murid yang tinggi itu pagi tadi.

Ada empat pola ayat –FN+FN 1 , FN+FK 2 , FN+FA 3 ,FN+FS 4

1.Rantai emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.


FN+FA
2.Buah durian di belakang rumah Avan sudah gugur.
FN+FK
3.Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
FN+FS
4.Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Wayne.
FN+FN
5.Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
FN+FA
6.Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Kenny.
FN+FK
7.Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis BMX.
FN+FN
8.Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
FN+FS
9.Kayu pembaris kepunyaan abang Yoong Fook dipinjamkan kepada cikgu.
FN+FK
10.Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak
pelincir itu kepunyaan abang Syahmi.
FN+FN
11.Ayah Jun Xi ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
FN+FS
12.Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.
FN+FA
13.Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
FN+FK
14.Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Najib yang
berkaki lima.
FN+FK
15.Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
FN+FA
16.Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum
lelaki belaka.
FN+FN
17.Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
FN+FN
18.Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
FN+FA
19.Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
FN+FA
20.Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang
Kampung
FN+FN
21.Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Sibu.
FN+FS
22.Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika
itu.
FN+FA
23.Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai terus naik.
FN+FA
24.Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
FN+FN
25.Jam tangan yang baru dibelinya untuk kekasihnya.
FN+FK
25.Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.
FN+FA
26.Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
FN+FA
27.Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Russel.
FN+FN
28.Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Shahril amat
kurang.
FN+FA
29.Keluarga yang tinggal di kampung itu masih menggunakan dapur gas apabila
memasak.
FN+FK
30.Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu
layar ialah pedagang dari seberang.
FN+FN
31.Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
FN+FK
32.Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
FN+FS
33.Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah
Universiti Malaya.
FN+FN
34.Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah
meriah.
FN+FA
35.Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian
kerjasama ekonomi dan keselamatan serantau.
FN+FK
36.Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
FN+FS
37.“Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu kepada Kenny.
FN+FK
38.Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
FN+FA
39.Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri
mesyuarat kelab sekolah pada petang tersebut ialah Peng San dan Peng Lu.
FN+FN
40.Bandar Miri bukan ibu kota negeri Sarawak.
FN+FN
41.Taman haiwan di bandar itu bersih dan cantik.
FN+FA
42.Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.
FN+FS
43.Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang
Sungai Mulu.
FN+F
44.Usahawan yang baru tiba, iaitu Datu Seri Lim, dari negeri Sabah.
FN+FS
45.Irdina sentiasa termenung kerana memikirkan masa depannya.
FN+FK
46.Derion yang akan belajar di Kuala Lumpur pada tahun ini anak angkat
Dr.Sim.
FN+FN
47.Mereka cukup gembira apabila Encik Lu dilantik sebagai Pengetua sekolah
tersebut.
FN+FN
48.Bilakah program pertukaran pelajar dari negara Jepun akan ke Kuala
Lumpur?
FN+FS
49.Daripada siapakah surat berdaftar yang kamu terima semalam?
FN+FN
50. Untuk menenangkan fikiran sambil bersantai dengan anggota keluarganya,
pegawai itu bercuti di Gua Mulu.
FN+FK
51. Sejak bilakah ibu jari kaki kanan kamu bengkak?
FN+FN
52.Dengan siapakah pelajar itu menghadiri kelas tuisyen di bandar?
FN+FK
53.Sampai bilakah pameran hasil kraf tangan tradisional dilanjutkan?
FN+FN
54.Amboi, ke panggung wayang pula budak-budak ini!
FN+FN
55.Aduh, sakitnya perut aku kerana makan buah tadi!
FN+FK

You might also like