You are on page 1of 2

7/14/2019 Tatacara Lantikan Warden 2013 - Lampiran A

Lampiran A

TATACARA LANTIKAN WARDEN 2013

1. CALON WARDEN

1.1 Bilangan Warden Asrama yang boleh dilantik adalah berdasarkan bilangan murid
yang tinggal di asrama dengan nisbah seperti berikut:
1.1.1 Asrama Murid Biasa - Seorang warden bagi setiap 50 orang murid
1.1.2 Asrama Murid OKU - Seorang warden bagi setiap 20 orang murid
Tiada warden tambahan bagi lebihan murid daripada nisbah di atas.
1.2 Keutamaan calon hendaklah dikalangan guru dan jika tiada guru, anggota bukan
akademik (Pembantu Tadbir dan Penyelia Asrama) boleh dicadang.
1.3 Asrama yang mempunyai 5 atau lebih bilangan warden, seorang daripadanya boleh
dilantik sebagai Ketua Warden.
1.4 Calon telah dilantik dalam perkhidmatan.
1.5 Pembantu Pengurusan Murid tidak layak.

2. LANTIKAN WARDEN

2.1 Pelantikan warden tambahan.


2.1.1 Dikemukakan apabila kuota kelayakan warden bertambah disebabkan bilangan
penghuni bertambah.
2.1.2 Lengkapkan Borang Kew.32 (Pin. 5/67) dengan catatan “warden tambahan”. 
2.1.3 Sertakan senarai nama penghuni asrama cetakan dari SMA.
2.1.4 Sertakan salinan surat Pelantikan Dalam Perkhidmatan calon warden

berkenaan
2.1.5 Borang permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 14 hari daripada
cadangan tarikh lantikan.

2.2. Pelantikan Warden Gantian.


2.2.1 Lantikan warden gantian hendaklah dikemukakan apabila ada warden berhenti
daripada Tugas Warden.
2.2.2 Sila pastikan kelayakan bilangan warden dengan nisbah penghuni asrama
murid semasa.
2.2.3 Lengkapkan Borang Kew. 32 (Pin. 5/67) dengan catatan “warden gantian dan
nama warden yang digantikan” 
2.2.4 Permohonan hendaklah disertakan dengan borang penamatan warden sedia
ada.
2.2.5 Borang permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 14 selepas warden
sedia ada berhenti.

3. TEMPOH SAH LANTIKAN

3.1 Tempoh sah pelantikan warden sedia ada kekal selagi tugas mereka diperlukan dan
memenuhi kuota kelayakan warden.
3.2 Warden berkenaan tidak perlu untuk memohon pelantikan semula pada setiap tahun.

http://slidepdf.com/reader/full/tatacara-lantikan-warden-2013-lampiran-a 1/2
7/14/2019 Tatacara Lantikan Warden 2013 - Lampiran A

 
4. PENAMATAN WARDEN

4.1 Pelantikan tugas warden hendaklah ditamatkan atas sebab berikut:


4.1.1 Meletak jawatan tugas warden.
4.1.2 Bertukar stesyen.
4.1.3 Kuota kelayakan bilangan warden berkurangan disebabkan bilangan penghuni
berkurangan.

4.2 Tindakan sekolah.


4.2.1 Melengkapkan Borang Penamatan Warden Lampiran 1.
4.2.2 Memberhentikan pembayaran elaun warden mulai dari tarikh tugas warden
ditamatkan.
4.2.3 Mengemukakan lantikan warden gantian (jika perlu).

5. PROSES LANTIKAN KELULUSAN WARDEN

5.1 Calon warden melengkapkan Bahagian I Lampiran 1J (SPPK 6/95).


5.2 Guru besar/Pengetua melengkapkan Bahagian II Lampiran 1J (SPPK 6/95).
5.3 Pihak Sekolah melengkapkan borang KEW.32 (Pin 5/67).
5.4 Pihak Sekolah memajukan Lampiran IJ (SSPK 6/95) dan KEW.32(Pin 5/67) ke PPD.
5.5 PPD mengambil tindakan pada Bahagian III Lampiran 1J (SPPK 6/95) dan
KEW.32(Pin 5/67)
5.6 PPD mengembalikan Lampiran 1J (SPPK 6/95) dan KEW.32(Pin 5/67) kepada pihak
sekolah.
5.7 PPD menghantar salinan KEW.32(Pin 5/67) ke Unit HEM-Asrama JPNS dan Jabatan
 Akauntan Daerah Masing-Masing.

5.7 Sekolah/PPD membuat pembayaran elaun warden.

http://slidepdf.com/reader/full/tatacara-lantikan-warden-2013-lampiran-a 2/2

You might also like