You are on page 1of 1

Bahan-Bahan:

2 mangkuk nasi putih


2 biji telur
isi ayam, hiris nipis
isi udang
sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
lada sulah
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit minyak untuk menumis
Bahan tumbuk kasar (nak hiris nipis pun boleh):
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Bahan untuk hiasan:
bawang goreng
hirisan daun bawang
hirisan cili
timun
sambal belacan
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik
bau.
Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.
Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur
sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur
berketul-ketul.
Masukkan pula kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati
dan sedikit garing.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana kiub
ayam sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.
Tips:
Jangan gunakan nasi yang baru masak untuk nasik goreng kerana ia akan melekat
semasa digoreng. Nasi yang paling sesuai ialah nasi sejuk. Kalau tak ada nasi
sejuk, pastikan nasi yang di masak itu disejukkan betul-betul barulah boleh
digunakan untuk masak nasi goreng. Che Nom selalu letak di bawah kipas dahulu untuk
sejukkan nasi.

You might also like