You are on page 1of 6

TEACHER SHARING

Unit Fizik

Tajuk Perkongsian : Strategi Pengajaran Abad Ke-21: Blended learning

SUBJEK FIZIK SEMESTER SATU (SF016)


1. PENGKONGSI : Nazaruddin Bin Zakaria
2. AHLI KUMPULAN:
i. Mohd Al Amin Bin Abdullah
ii. Noor Asiah Tukimin
iii. Lye Pei Lui Rebecca
iv. Mohd Nasir Bin Besar
v. Pek Chun Hoe
vi. Mohd Faiz Bin Che Hassan
vii. Mohd Yusri Bin Yusop
viii. Tan Pui Yee
ix. Ronald Francis
x. Maria Binti Yusuf
xi. Muhammad Nadzrin Mat Ariffin
xii. Mohd Nasir Bin Abd Wahab
xiii. Muhammad Hafiezul Hafizz Bin Hussin
xiv. Muhammad A’Kashah Bin Shahrul Ariff
xv. Yew Sze Ling

3. DESKRIPSI: Apa fokus anda, Apa yang berlaku/ Apa yang dikaji/ Apa yang
dipelajari.
Strategi pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 dalam kelas menjadi topik hangat pada
masa kini. Kaedah ‘Blended Learning’ adalah salah satu pendekatan atau strategi pengajaran
yang boleh dilaksanakan di dalam kelas. Antara isu berkaitan subjek Fizik adalah seperti
pelajar menyatakan kesukaran belajar subjek fizik, pelajar kurang motivasi, persekitaran
kelas kurang selesa dan pencapaian akademik kurang memuaskan. Pendekatan “blended
learning’ yang memngabungkan kaedah tradisional dan penggunaan ICT dapat memberi
persekitaran baru untuk pensyarah melaksanakan PdP. Sememanya, pelajar pada masa kini
mempunyai kemudahan ICT seperti komputer dan telefon pintar. Kita perlu mengambil
kesempatan atas kemajuan teknologi pada masa kini untuk menyediakan satu strategi
pengajaran yang berkesan dan menarik. Pendekatan ‘blended learning’ dapat menerapkan
amalan seperti kolaborasi, pengajaran berpusatkan murid, pembelajaran kawalan kendiri dan
penggunaan ICT yang optimum. Kemudahan portal pembelajaran yang di kolej telah
memudahkan bahan pengajaran dikongsi oleh semua pelajar dan pensyarah. Perbincangan ini
memberi fokus kepada bagaimana kaedah ‘blending learning’ boleh dilaksanakan semasa sesi
pengajaran subjek Fizik.

1
4. INTERPRETASI: Apa yang penting/Menarik/Berguna/ Relevan tentang sesi
perkongsian atau idea yang disampaikan/ Apakah amalan ini sama atau berbeza dengan apa
yang anda praktikkan sebelum ini.
Penggunaan ICT adalah antara tarikan utama dalam pendekatan ‘blended learning’. Pelajar
akan dibekalkan dengan bahan pembelajaran lebih awal dan mereka oleh belajar secara
kendiri di luar kelas. Pelajar juga boleh berinteraksi secara langsung dengan pensyarah
melalui media sosial. Pembelajaran menjadi lebih fleksible dan tiada lagi masalah kekangan
masa dan tempat. Pelajar akan datang ke kelas bersama ‘prior knowledge’ hasil daripada
pembelajaran awal yang lakukan. Pensyarah boleh berfokus kepada soalan-soalan ‘HOTS’ di
dalam tutorial kerana soalan ‘LOTS’ telah dipelajari secara kendiri secara atas talian dan
perkongsian dengan pensyarah di media sosial seperti ‘whatapps’ dan sebagainya. Di dalam
kelas, pensyarah juga boleh memberi tumpuan kepada kumpulan pelajar yang berisiko untuk
gagal. Pendekatan kolaboratif dan berpusatkan pelajar yang diterapkan dalam kaedah
‘blended learning’ dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkomunikasi secara aktif
di dalam kelas. Pensyarah akan bertindak sebagai pemudahcara sepanjang sesi tutorial
berjalan. Persekitaran kelas akan menjadi lebih menyeronokkan berbanding dengan
pendekatan tradisional yang lebih berfokus kepada pensyarah. Amalan pengajaran
menggunakan kaedah ‘blended learning’terbukti dapat meningkatkan rasa tanggungjawab
pelajar terhadap pembelajaran mereka. Masalah disiplin juga didapati berkurangan selepas
kaedah ini dilaksanakan. Yang paling penting adalah terdapat peningkatan akademik secara
berterusan sepanjang pelaksanaan kaedah baru ini.

5. HASIL: Apa yang saya pelajari./ apa maksudnya pada profefsionslisme saya
Melalui perkongsian ini pensyarah dapat mempelajari kaedah baru pengajaran Fizik selaras
dengan hasrat kerajaan untuk memastikan institusi pendidikan di negara ini melaksanakan
pembelajaran bercirikan abad ke-21. Pensyarah telah didedahkan secara terperinci untuk
melaksanakan strategi pembelajaran ‘blended learning’. Pendekatan ‘blended learning’ dapat
memberi peluang kepada pensyarah meningkatkan tahap profesionalisme mereka.
Pendekatan ‘blended learning’ dapat memastikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar, KBAT dapat dilaksanakan, mewujudkan budaya kolaboratif, mengalakkan
pendidikan sepanjang hayat dan menggalakkan penggunaan ICT secara optimum.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat ditingkatkan hasil daripada
pendekatan ‘blended learning’ yang dilaksanakan.

2
G1

G1:
Encik Nazaruddin membuat perkongsian tentang model ‘Blended Learning’ sebagai strategi
pembelajaran Abad Ke-21

G2

G2:
Pensyarah sedang mengikuti perkongsian tentang pelaksanaan ‘Blended Learning’ dalam
pengajaran

3
G3

1. Bersemuka
2. Self Learning
Tradisional
3. Kolaborasi

Tutorial

1. Self learning
Teknologi/Online 2. Interaksi dengan bahan
PdP

G3: Kerangka Pelaksanaan ‘Blended Learning’

G5
G4

G4 dan G5: Aktiviti Di Dalam Kelas Sebelum Pelaksanaan ‘Blended Learning’

G6 G7

G8 G9

G6, G7, G8 dan G9: Aktiviti Di Dalam Kelas Semasa Pelaksanaan ‘Blended Learning’

4
G10
Peperiksan A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F Kitaran
UPS 1 0 0 2 2 6 4 7 0 3 9 19 1
PSPM 1 13 6 6 9 9 7 2 0 0 0 0
UPS 2 18 4 8 2 5 11 3 0 0 0 1 2

G11
PERKARA Tugasan/Laporan Amali

LENGKAP TIDAK TIDAK


LENGKAP HANTAR
KITARAN 1 29 18 5
KITARAN 2 47 5 0

G12
PERKARA PONTENG PONTENG PONTENG
TEGAR BERSEBAB
KITARAN 1 0 24 35
KITARAN 2 0 6 21

G13
TEKNOLOGI JARANG KADANG MINGGUA HARIAN
N
BIL % BIL % BIL % BIL %
MENGGUNAKA 5 9.6 18 34.6 18 34.6 11 21.2
N KOMPUTER
MELAYARI 2 3.8 5 9.6 8 15.4 37 71.2
INTERNET
MENGGUNAKA 0 0 0 0 5 9.6 47 90.4
N MEDIA
SOSIAL
BERMAIN 16 30.8 16 30.8 3 5.8 17 32.7
GAMES
AKTIF BLOGGER 33 63.5 13 25.0 4 7.7 2 3.8
AKTIF FORUM 20 38.5 14 26.9 7 13.5 11 21.2
ONLINE

5
G10: Analisis Pencapaian Pelajar, G11: Analisis Penyedian Laporan Amali, G12: Analisis
Kehadiran Pelajar dan G13: Analisis Penggunaan Teknologi Di kalangan Pelajar Sepanjang
Pelaksanaan ‘Blended Learning’

You might also like