You are on page 1of 22

Pembaharuan dalam sistem politik Eropah

Pembentukan negara-negara bangsa akibat


keruntuhan Kesatuan Soviet
 Kesatuan Republik Sosialis Soviet (juga dikenali sebagai Kesatuan
Soviet atau USSR atau KRSS) merupakan sebuah negara sosialis yang
wujud pada 1922 - 1991. Dari 1945 hinggalah perpecahannya, ia
merupakan salah satu kuasa besar dunia selain Amerika Syarikat.
 Bersempadan dengan 12 buah negara iaitu 6 dari EROPAH dan 6 dari
ASIA:
-ASIA
Korea Utara, Cina, Mongolia, Afghanistan, Iran,
dan Turki
-EROPAH
• Romania, Hungary, Czechoslovakia (Slovakia dan Republik Czech),
Poland, Norway, dan Finland. Selat Bering
 Walaupun negara ini terletak di utara ASIA ia dianggap sebagai
sebahagian benua EROPAH

 RUSIA
-Wilayah terbesar dalam kesatuan ini
-banci 1989 menunjukkan penduduknya
adalah seramai 145 juta orang atau
lebih kurang 50.8 % jumlah
penduduk
Terdapat dua puluh dua bangsa yang
mempunyai lebih 1 juta penduduk, dimana
lima belas mempunyai kesatuan republiknya
yang tersendiri.
-antara bangsa terbesar ialah SLAV,BALTIK,
CAUCASUS dan ASIA TENGAH
SEJARAH
 Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917 menandakan titik permulaan
Kesatuan Republik Sosialis Soviet.
 Revolusi ini dicetus oleh rakyat Petograd[kini dipanggil Lenigrad] yang bangun
menentang rejim Tsar yang zalim dan meneruskan tentangan mereka sehingga
Tsar Nicholas II turun takhta.
 Apabila kerajaan nya tumbang,kuasanya telah diambil alih oleh perwakilan
pilihan rakyat Duma yang membentuk sebuah kerajaan sementara.
 Pada Nov 1917 kerajaan ini pula dijatuhkan golongan Bolshevik di bawah
pimpinan Vladimir I Lenin. Golongan Bolshevik[yang memanggil diri mereka
komunis pada 1918 berjaya menewaskan Bolshevik selepas perang saudara
yang berlarutan selama 3 tahun. Mereka mengambil kuasa secara rasminya
pada Dis 1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet[Kesatuan
Soviet] yang merangkumi semua wilayah jajahan bekas Empayar Rusia.
 Kerajaan yang baru ini telah mengharamkan semua organisasi politik dan
melancarkan pemerintahan satu parti one party rule,di mana kerajaan pusat
mengawal semua politik,ekonomi sosial dan budaya rakyatnya.
 Lenin sebagai ketua parti Komunis telah ditabalkan sebagai pemerintah
pertama negara ini.
Selepas kematian Lenin,Joseph V. Stalin .Stalin merupakan seorang yang jauh
lebih kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian secara kolektif
secara besar besaran.
-banyak syarikat swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh
kerajaannya.ini membuatkan rakyatnya hidup sengsara dan menderita.
-berjuta rakyatnya telah telah dibunuh,ditahan atau kebulurkan.beliau juga
membunuh para pembangkang.
-Pemerintahan Stalin digelar The Great Terror.
-Namun demikian polisinya telah berjaya membangunkan Soviet dengan
pesat walaupun pembangunan adlah lebih tertumpu kepada industri berat
dan ketenteraan dan bukannya berdasarkan kehendak pengguna.
-Stalin begitu bimbang dengan peperangan dan
serangan pihak Jerman dan satu perjanjian telah
ditandatangani pada 1939 iaitu Nazi-Soviet
Nonaggression Pact,yang membolehkannya
mengambil bahagian timur Poland (Ukraine
Barat),wilayah-wilayah Baltik dan
Bessarabia.Walaupun begitu ,perjanjian ini dicabuli
oleh Nazi yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula
Jun 1941.Namun akhirnya Tentera Merah berjaya
membendung kemaraan Jerman pada 1934 dan pada
1945 menduduki sebahagian Eropah Timur termasuk
sebahagian Jerman.
 Era pasca perang memperlihatkan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan militarinya
kepada dominasai politik dan ekonomi.
 Finland dan Afghanistan menjadi tempat kerajaan komunis Soviet meluaskan
pengaruhnya.
 Ini mengakibatkan Perang Dingin.
 Stalin juga terpaksa membina semula ekonomi Soviet,sambil meneruskan polisi lamanya
iaitu membangunkan inndustri berat dan ketenteraan,serta menindas para
pembangkang dan melanggar hak asasi manusia.
 Selepas kematian Stalin pada 1953 Nikita S.Krushchev beransur-ansur menjadi ketua
Soviet yang dominan
 Beliau menggunakan cara yang berbeza daripada Stalin.
 Walaupun begitu, beliau meneruskan polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara
Barat. Era beliau dikenali dengan perlumbaan senjata nuklear dan penjelajahan angkasa
lepas
 Walaupun begitu penglibatannya dalam krisis peluru berpandu Cuba yang hampir-
hampir mencetuskan peperangan nuklear telah menjadi punca kejatuhannya sebagai
ketua parti dan ketua negara pada 1964
 . Pengganti Kruschev ialah Leonid I. Brezhnev yang meneruskan polisinya iaitu détente
dengan negara Barat dan penumpuan kepada perindustrian berat dan ketenteraan.
 Selepas kematian Brezhnev pada 1982 sistem politik ekonomi dan budaya negara telah
dikawal oleh birokrasi yang konservatif,
 Iurii V. Andropov dan Konstantin U. Chernenko memegang kuasa dalam waktu yang
sangat singkat dan tidak membawa banyak perubahan.
 Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung CPSU dan ketua negara Soviet pada
1985 kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi semakin teruk.
 Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara mendadak untuk
membangunkan semula negara, dan beliau memulakan beberapa siri program
pembaharuan yang dipanggil perestroika, glasnost dan demokratizatsiia
 Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan ekonomi tidak
mencapai matlamatnya. Malah, ia telah mencetuskan huru-hara dan kemelut politik di
peringkat nasional.
 beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk memberi wilayah
mereka lebih autonomi politik dan ekonomI
 ada jua yang mahukan kemerdekaan sepenuhnya dari Kesatuan Soviet. Pergolakan
antara wilayah yang telah dikawal oleh regim Soviet selama ini telah meletus dan ramai
orang telah terkorban
 Sistem sosialis autoritarian menjadi semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk
mengatasi krisis sosial
 Pada 1990an, dasar perestroika Gorbachev telah gagal membawa pemulihan ekonomi
kepada rakyat, manakala glasnost' dan demokratizatsiia hanya melonggarkan kawalan
regim terhadap rakyatnya.
 Satu referendum untuk pengekalan USSR telah diadakan pada 17 Mac, 1991, dengan
populasi mengundi untuk pengekalan kesatuan berkenaan di kebanyakan republik
 Referendum berkenaan telah memberikan Gorbachev satu kelebihan yang kecil, dan
pada musim panas 1991 satu perjanjian kesatuan telah dirangka dan dipersetujui oleh
kebanyakan republik yang mana ia akan menukarkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet
kepada federal yang lebih longgar
• Tandatangan Perjanjian itu bagaimanapun diganggu oleh satu rampasan kuasa bulan Ogos,
- satu cubaan rampasan kuasa terhadap Mikhail Gorbachevoleh ahli konservatif Parti
Kommunis, merujuk kepada "Hardliners" media Barat.
• . Selepas rampasan kuasa itu ditumpaskan , Yeltsin menjadi wira manakala kuasa Gorbachev
telah berkurang dengan banyaknya. Perimbangan kuasa sekarang lebih memihak kepada
republik-republik berkenaan. Latvia, Estonia and Lithuania telah diisytiharkan merdeka,
manakala 12 republik yang lain menyambung kembali perbincangan tentang model
kesatuan yang lebih longgar lagi
• 8 December 1991, presiden-presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah menandatangani
Belavezha Accords yang mengisytiharkan kesatuan berkenaan dibubarkan dan Komenwel
Negara-negara Merdeka ditubuhkan untuk menggantikannya
• , pada 25 December 1991, Gorbachev meletakkan jawatan president USSR dan memberikan
kuasa kepada Boris Yeltsin. Hari berikutnya "Supreme Soviet", badan kerajaan tertinggi
Kesatuan Soviet, membubarkan dirinya. Ini secara umumnya diisyhtiharkan sebagai rasmi,
pembubaran akhir USSR sebagai satu kerajaan yang berfungsi.
• Kebanyakan organisasi seperti tentera merah dan Red Army and Militia forces
menyambungkan tugas mereka tetapi akhirnya dibubarkan atau diserap kedalam negara-
negara merdeka yang baru.
POLITIK
 Di bawah perlembagaan negara, hanya parti komunis Kesatuan Soviet (CPSU)
dibenarkan untuk mengawal jentera kerajaan dan membuat keputusan
mengenai ekonomi dan hal masyarakat
 CPSU menyokong ideologi Marxisme-Leninisme dan beroperasi berdasarkan
prinsip democratik centralisme. Organisasi utama CPSU ialah: Politburo,
badan kerajaan agung; Sekretariat, pengawal birokrasi parti; dan Jawatankuasa
Pusat (Central Committee), forum yang membincangkan polisi parti.
 Pada 1987 keahlian CPSU telah mencapai lebih 19 juta orang (9.7 peratus
penduduk dewasa pada tahun 1987), kebanyakan lelaki dari golongan
profesional. Sebilangan besar ahli parti memegang jawatan penting di agensi-
agensi kerajaan diseluruh kesatuan ini.
 Kerajaan boleh dianggap sebagai boneka parti CPSU dan akan melaksanakan
segala yang telah diluluskan oleh parti ini termasuk perkara-perkara berkaitan
ekonomi, keselamatan dalaman dan isu-isu sosial
 . Pada 1988 Perlembagaan telah dipinda untuk mewujudkan badan yang baru
dipanggil "Congress of People's Deputies", badan legislatif dan eksekutif
tertinggi; terdiri dari 2,250 "deputies", dimana 87 peratus adalah ahli atau
calon ahli CPSU.
KESATUAN EROPAH (EUROPEAN UNION)
PENGENALAN

 Kesatuan Eropah (European Union) merupakan kesatuan


antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah.

 Pertubuhan pendahulunya “Komuniti Ekonomi Eropah” diasaskan


pada tahun 1957 melalui Perjanjian Rom.

 Menerusi Perjanjian Maastricht 1992, banyak perubahan telah berlaku


dalam pertubuhan ini terutamanya dalam hal ehwal kewangan dan
politik dan juga pengenalan kepada nama “Kesatuan Eropah”.

 Pada hari ini, kesatuan ini mempunyai 27 buah negara ahli dan
beberapa negara lagi yang sedang memohon untuk menyertainya.
BENDERA
KESATUAN EROPAH

Cogan kata :
In varietate
concordia
(Perpaduan
dalam
Perbezaan)
 Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) setiap ahli
kesatuan ini adalah terbanyak di dunia iaitu 11.6 trilion
euro (AS$15.7 trilion).
 Kesatuan Eropah mengamalkan satu pasaran tunggal
melalui dasar perdagangan umum dan juga Dasar
Pertanian/Perikanan Umum serta Dasar Pembangunan
Serantau.
 Pada tahun 2004, mata wang euro telah diperkenalkan dan
digunakan oleh 13 ahlinya (dipanggil Eurozone).
 Selain itu, kesatuan ini juga mengamalkan Dasar Luar
Negeri dan Keselamatan yang terhad dan juga bekerjasama
dalam hal ehwal polis dan kehakiman.
INSTITUSI-INSTITUSI PENTING KESATUAN EROPAH

 Suruhanjaya Eropah

 Parlimen Eropah

 Majlis Kesatuan Eropah

 Mahkamah Keadilan Eropah

 Bank Pusat Eropah


 Warga Kesatuan Eropah berhak melabur,

bermastautin, bergerak dan bekerja di negara ahli

kesatuan ini yang lain dengan bebas tanpa pasport dan

pemeriksaan kastam seperti yang dipersetujui dalam

Perjanjian Schengen.
PARLIMEN EROPAH
MUKADIMAH
 Parlimen Eropah (Europarl atau EP) ialah institusi parlimen yang dipilih secara
langsung di Kesatuan Eropah.

 Majlis Kesatuan Eropah (Majlis) dan Parlimen ini membentuk cabang perundangan
dwidewan institusi Kesatuan yang juga disifatkan sebagai salah satu perundangan
yang paling berkuasa di dunia.

 Parlimen dan Majlis membentuk badan perundangan tertinggi dalam lingkungan


Kesatuan. Namun begitu, kuasa-kuasanya terhad kepada kompetens yang
dikurniakan ke atas Komuniti Eropah dan negara-negara anggota.

 Kesannya, institusi ini agak terhad kuasanya terhadap kawasan-kawasan dasar.

 Parlimen ini terdiri daripada 785 orang Ahli Parlimen Eropah yang berkhidmat
kepada para pemilih demokratik kedua terbesar di dunia dengan para pengundi
demokratik transnasional terbesar di dunia.
STRUKTUR PARLIMEN
 Parlimen Eropah dipilih secara langsung setiap 5 tahun melalui hak mengundi

umum sejak tahun 1979.

 Walaupun mempunyai kuasa perundangan yang tidak dimiliki oleh badan-

badan lain, namun parlimen ini tiada inisiatif undang-undang seperti


kebanyakan parlimen kebangsaan.

 Walaupun parlimen ini dianggap seperti “institusi perdana” Kesatuan Eropah,

namun Majlis memegang kuasa lebih besar terhadap perundangan berbanding


Parlimen apabila tatacara keputusan bersama tidak dikenakan.

 Namun begitu, Parlimen berkuasa terhadap bajet Kesatuan Eropah sejak 1970-

an dan memegang hak veto terhadap pelantikan Suruhanjaya Eropah.


 Persidangan Parlimen Eropah :

1. Immeuble Louise Weiss di Strasbourg, Perancis.

Sesi pleno dan pusat rasmi.

2. Kompleks Espace Leopold di Brussels, Belgium.

Tempat mesyuarat persediaan dan sesi pelengkap bukan pleno.

 Manakala Sekretariat Parlimen Eropah, iaitu badan pentadbiran


Parlimen pula bertapak di Luxembourg
Terima Kasih….

You might also like