You are on page 1of 44

Statistik Asas

GSA 1072
Apa itu Statistik??
• Statistik ditakrifkan sebagai himpunan fakta atau
data yang menerangkan sesuatu aspek.
• Ia juga merupakan suatu bidang yang mengandungi
pelbagai kaedah yang digunakan bagi
memanfaatkan data dalam membuat kesimpulan
dan keputusan.
• Statistik adalah satu seni dan sains
untuk,mengumpul,memproses,menganalisis,
menginterprestasi, mempersembahkan data untuk
tujuan membantu di dalam membuat keputusan
yang lebih berkesan.
Jenis statistik
• merupakan bahagian terpenting daripada statistik
yang berkaitan dengan pembuatan kesimpulan dan
keputusan berdasarkan data yang telah dikumpul dan
diolah.
• Tumpuan utama dalam statistik inferens ialah untuk
mengetahui sesuatu keseluruhan ahli kumpulan
(populasi) berdasarkan sebahagian yang dipilih
(sampel) untuk dikaji.
LANGKAH-LANGKAH DI DALAM STATISTIK
Fungsi Statistik
(a) Sebagai alat bantu untuk meringkas laporan,
yang berupa atau terdiri dari angka-angka atau
bilangan-bilangan;
(b) Sebagai alat bantu di dalam menyusun
perencanaan, terutama perencanaan yang
memerlukan bahan-bahan keterangan yang
berupa angka-angka;
(c) Sebagai alat bantu dalam mengadakan
penilaian terhadap suatu peristiwa atau
keadaan, dan sebagainya.
Markah Matematik
Tahun 2 Setia
Ujian Mac
Bil. Nama
Markah Gred
1 Aaron 35 D
2 Adrian 90 A
3 Alanso Lee 47 C
4 Alten 32 D
5 Cornieus David 68 B
6 Diamond Liaw 31 D
7 Iric King 45 C
8 Jackie Houng 64 B
9 Joshua Law 23 D
10 Shi Yao 41 C
11 Jun Yee 29 D
12 Paul 88 A
13 Robben 60 B
14 Shean 71 B
15 Li Hang 94 A
16 Xuan Jiong 51 C
17 Valter Ference 56 C
18 Whyter Chong 98 A
19 Xynder Sultan 48 C
20 Alvina Woo 92 A
21 Angie Rachel 90 A
22 Chelsea 28 D
23 Cherry Tay 100 A
24 Grace 66 B
25 Mei Mei 80 A
26 Mandy 30 D
27 Marvelene 85 A
28 Rachell Annabelle 67 B
29 Sanny Lau 52 C
30 Seung Xuan 85 A
Gred pemarkahan
Markah Gred Tahap pencapaian

80-100 A Cemerlang

60-79 B Baik

40-59 C Memuaskan

20-39 D Tidak memuaskan

0-19 E Sangat tidak memuaskan


Pengumpulan data:

35 31 45 64 20 41
90 29 88 60 71 94
47 51 56 98 48 92
32 90 28 100 66 80
68 30 85 67 52 85
Pengurusan data:
Markah (%) Kekerapan
0 0
1 - 20 1
21 - 40 6
41 - 60 8
61 - 80 6
81 - 100 9
Pengiraan min, median,
mod & sisihan piawai.
Pengiraan min
Min ialah purata bagi sesuatu kumpulan data.
Min merupakan nisbah jumlah beberapa nilai
terhadap bilangan nilai itu.

Di mana,
X’= kelas titik tengah
f = kekerapan
N = jumlah kekerapan
Pengiraan min
Markah Kekerapan (f) Titik tengah fX’
(X’)
1-20 1 10.5 10.5

21-40 6 30.5 183

41-60 8 50.5 404

61-80 6 70.5 423

81-100 9 90.5 814.5

N = 30 ∑fX’ =1835
Pengiraan min
∑𝒇𝑿’
Min =
𝑵

1835
Min =
30

= 61.2 (satu titik perpuluhan)


Pengiraan Median
 Median merupakan satu nilai tengah bagi suatu
kumpulan data iaitu ia membahagi dua sama
sekumpulan data.

Markah Matematik 2 Setia merupakan suatu data


terkumpul. Oleh itu, median bagi suatu taburan
kekerapan terkumpul yang cerapan x mempunyai
kekerapan sepadan f ialah cerapan ke
( ∑𝒇 ) + 𝟏
𝟐

apabila semua cerapan disusun mengikut saiz.


Pengiraan Median

• Median markah ialah cerapan ke

( ∑𝒇 ) + 𝟏 30+1
=
𝟐 2

= 15.5
Pengiraan Median
Markah Sempadan Kelas Sempadan Kekerapan Kekerapan
(Sela Bawah Kelas Atas Melonggok
kelas)

0 0.5 0

1 - 20 0.5 20.5 1 1

21 - 40 20.5 40.5 6 7

41 - 60 40.5 60.5 8 15

61 - 80 60.5 80.5 6 21

81 - 100 80.5 100.5 9 30

∑f = 30
Pengiraan Median

∑ 𝑓+1
−𝑓𝐿
2
Median = L + x C
𝑓𝑚

dengan
m = nilai median
L = sempadan bawah kelas median
𝑓𝐿 = kekerapan melonggok hingga ke-L
𝑓𝑚 = kekerapan kelas median
C = lebar kelas
Pengiraan Median
Dari jadual di atas, didapati bahawa cerapan ke
15.5 terletak di antara 60.5 dan 80.5. Oleh itu,
kelas median ialah 60.5-80.5.
∑ 𝑓+1
2
−𝑓𝐿
m=L+ x C
𝑓𝑚

15.5 −15
= 60.5 + x 20
21−15

= 60.5 + 1.67

= 62.17
Pengiraan Mod

Mod merupakan nilai yang paling banyak


berulang dalam sekumpulan data.
Mod bagi kumpulan data didapati dalam kelas
mod tersebut.

Terdapat 2 kaedah dapat digunakan untuk


mencari mod:
1. Menggunakan formula
2. Menggunakan graf
Pengiraan Mod
Kaedah 1: Menggunakan formula

𝑑1
Mod = L + xC
𝑑1+ 𝑑2

Dengan

L = sempadan bawah kelas mod

𝒅𝟏 = beza kekerapan antara kelas mod dan kelas sebelumnya

𝒅𝟐 = beza kekerapan antara kelas mod dan kelas selepasnya

C = lebar kelas mod


Pengiraan Mod

Markah Sempadan Kelas Sempadan Kelas Kekerapan


(Sela kelas) Bawah Atas

0 0.5

1 - 20 0.5 20.5 1

21 - 40 20.5 40.5 6

41 - 60 40.5 60.5 8

61 - 80 60.5 80.5 6

81 - 100 80.5 100.5 9


Kaedah 2: Mencari mod melalui graf.

Daripada graf di atas, kita dapati bahawa mod bagi markah


Matematik kelas 2 Setia ialah 85.5.
Pengiraan Sisihan Piawai
 Sisihan Piawai ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran
skor-skor.
 Ia merupakan sejauh mana skor berubah keliling min.
 Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran
skor dalam taburan.

∑𝑓𝑋 2 ∑𝑓𝑋 2
Sisihan piawai, σ = − ( )
∑𝑓 ∑𝑓

di mana ∑f adalah jumlah kekerapan

X ialah nilai tengah sela kelas


Pengiraan Sisihan Piawai
Markah Kekerapan (f) Titik tengah fX f𝑿𝟐
(X)
1-20 1 10.5 10.5 110.25
21-40 6 30.5 183 558.15
41-60 8 50.5 404 20402
61-80 6 70.5 423 29821.5
81-100 9 90.5 814.5 73712.25
∑𝑓 = 30 ∑fX=1835 ∑f𝑋 2 =
12604.15
Pengiraan Sisihan Piawai
∑𝑓𝑋 2 ∑𝑓𝑋 2
σ= −( )
∑𝑓 ∑𝑓

12604.15
σ= − (61.2)2
30

= 4153.47 − 3745.44

= 408.03

= 20.2
Perwakilan Data
• Histogram
• Carta Pai
• Carta bar
Perwakilan data berdasarkan gred
(1) Histogram

Gred markah Matematik Tahun 2 Setia


12

10

8 Gred A
Kekerapan

Gred B
6 Gred C
4 Gred D
Gred E
2

0
Markah
(2) Carta Pai

Gred markah Matematik Tahun 2 Setia


Gred E
0%
Gred D
Gred A
23%
34%

Gred C
23% Gred B
20%
Perwakilan data berdasarkan kelulusan :
(1) Carta Pai (2) Carta bar
Kelulusan mengikut kaum
Kelulusan 18
16
Lulus Gagal
14
12

Kekerapan
10
23%
8 Cina
Iban
6
77% 4
2
0
Lulus Gagal
Kelulusan
Perwakilan data berdasarkan kaum:
Gred markah Matematik bagi murid kaum Cina dan
Iban Tahun 2 Setia
9

5
Cina
4 Iban

0
Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E
Pentafsiran data

Dari tiga aspek:


- Gred
- Kelulusan
- Gred mengikut kaum
Pentafsiran data
• Keputusan Matematik 2 Setia agak baik.
• Majoriti pelajar 2 setia mendapat Gred A
dalam subjek Matematik.
• Daripada 30 orang pelajar, terdapat 10 orang
pelajar yang mendapat Gred A dalam
Matematik.
• Walaubagaimana pun, terdapat juga 7 orang
yang mendapat Gred D, iaitu dalam gred
yang tidak memuaskan.
• Jika ditinjau dari segi kelulusan, majoriti pelajar
2 Setia telah lulus dalam peperiksaaan
Matematik mereka.

• Seramai 23 orang pelajar telah lulus dalam


peperiksaan mereka.

• Hanya terdapat 7 orang pelajar yang gagal


dalam peperiksaan ini.
• Pelajar berbangsa Cina mendapat gred markah
yang lebih baik berbanding dengan pelajar
berbangsa Iban.

• Dari segi kelulusan, juga terdapat lebih ramai


pelajar berbangsa Cina yang lulus jika berbanding
dengan pelajar berbangsa Iban.

• Daripada 7 orang pelajar yang gagal dalam


Matematik, terdapat 3 orang pelajar merupakan
pelajar berbangsa Iban.
Inferens
• Secara keseluruhannya, prestasi pelajar Tahun
2 Setia dalam Matematik adalah baik.

• Terdapat 23 orang murid yang lulus, manakala


7 orang murid telah gagal dalam peperiksaan
Matematik.
Sebab-sebab kegagalan
• Pelajar tidak menumpu perhatian yang sepenuhnya dalam
proses pembelajaran.
• Pelajar kurang minat dalam subjek Matematik dan
mengganggapnya suatu yang amat susah dalam fikiran
mereka.
• Pelajar masih kurang memahami konsep-konsep yang diajar
oleh guru tetapi tidak berani untuk menyoalkan masalah
yang dihadapi.
• Tidak memahami kehendak soalan terutamanya mereka
yang berbangsa Iban.
• Pelajar tidak berkeyakinan tinggi terhadap diri sendiri.
Cara-cara mengatasi
masalah kegagalan

• Pihak sekolah
• Guru
• Bahan Bantuan
• Pelajar sendiri
1. Pihak sekolah
• Guru besar harus mengambil tindakan susulan ke
atas syor-syor yang dibuat oleh ketua panitia.
• Ketua panitia harus merancang program untuk
meningkatkan prestasi pelajar mengikut keperluan
semasa.
• Guru besar menjalankan pencerapan pembelajaran
Matematik.
• Menggunakan sebahagian peruntukkan untuk
pembelian alat bantu mengajar dan menjalankan
aktiviti Matematik.
2. Guru
• Guru perlu menunjukkan minat terhadap tugasnya dan sentiasa
berusaha meningkatkan profesionalismenya dalam bidang
pendidikan Matematik.
• Guru berupaya memberikan perangsang untuk membantu murid
menanam sifat positif ke arah mendapatkan kemajuan dan prestasi
yang cemerlang dalam penguasaan kemahiran Matematik.
• Kerja rumah diberikan pada akhir waktu pembelajaran dan
memastikan latihan murid disemak semula dengan teliti.
• Guru menjalankan penilaian formatif secara terancang untuk
mengesan kelemahan murid.
• Guru memotivasikan murid yang menunjukkan kemajuan dalam
prestasi peperiksaan dan mengekalkan kecemerlangan dalam
Matematik.
3. Bahan bantuan
• Latihan dalam buku teks dan buku aktiviti digunakan
sepenuhnya apabila murid-murid telah menguasai sesuatu
kemahiran.
• Alat bantu dan bahan pembelajaran yang sedia ada
digunakan secara sistematik untuk menjelaskan konsep
bagi kemahiran yang diajarkan.
• Bahan teknologi seperti TV, video dan sebagainya
dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran.
• Alat bantu diuruskan dengan baik dan murid diberikan
peluang untuk menggunakan atau membuat alat bantu
mengajar.
4. Murid sendiri
• Murid rajin mengulangkaji, menyiapkan semua
latihan yang diberikan serta membuat pembetulan.
• Murid menyertai pengajaran guru dalam kelas
dengan aktif.
• Murid berani untuk menyoalkan masalah yang
dihadapi dan mendapatkan penjelasan yang
selanjutnya daripada guru.
• Murid menunjukkan minat dan keyakinan diri yang
tinggi dalam Matematik.
• Saling membantu antara satu sama lain untuk
menyelesaikan masalah Matematik.

You might also like