You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KLAWANG

71750 KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 3/2019

Tarikh : 03.07.2019
Hari : Isnin
Masa : 2.30
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Pn. Siti Fadhliah bt Mokhtar (Pengerusi)
En. Nur Arif b. Kamal
En. Mohd Fayed b. Nurul Huda
Pn. Nor Huda bt. Haris
En. Mohd Shahril bin Samat

BIL AGENDA / PERKARA TINDAKAN


1 Kata kata Aluan Pengerusi 
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat. 

2 Ucapan Pengerusi
2.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketua panitia serta guru-guru bahasa inggeris
kerana sudi hadir ke mesyuarat ini.
2.2 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat memberi komitmen maksimum dalam menjayakan
segala aktiviti Panitia.
2.3 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat mempertingkatkan peratus kelulusan BI pada
peperiksaan yang akan datang.

3 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat lalu. 


3.1 En. Mohd Fayed membentang minit mesyuarat yang lalu.
3.2 Pn. Nor Huda menyokong agar minit mesyuarat tersebut disahkan.
4 Analisis Keputusan Pentaksiran Pertengahan Tahun/2019
4.1 Keputusan seperti dilampirkan. Pengerusi berharap kasualti dapat dikurangkan.
4.2 Keputusan kelas UPSR menampakkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding
peperiksaan pengesanan yang lalu. 
4.3 Peratus lulus keseluruhan murid dalam mata pelajaran ini ialah sebanyak 52.9 % iaitu peningkatan
sebanyak 2.4% dan peratus lulus murid tahun 6 ialah 76.3% dengan peningkatan sebanyak 23.7 %.
4.4 Analisis keseluruhan ujian dilampirkan bersama. 
5 Hal-hal lain
5.1 Pengerusi berharap agar guru-guru dapat membantu beliau dalam mengemaskinikan papan
kenyataan bahasa inggeris dan memperbanyakkan kata-kata mutiara di dalam bahasa inggeris. 
5.2 Beliau turut meminta agar cadangan Panitia Bahasa Inggeris untuk mendapat sebuah almari
berkunci tercapai.
5.3 Beliau turut mengharapkan agar semua guru dapat memberikan komitmen yang tinggi di dalam
meningkatkan kualiti P&P serta berusaha membimbing murid untuk mencapai kejayaan yang lebih
besar.

6 Penangguhan Mesyuarat
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 ptg.

Disediakan Oleh,

_________________

Nur Arif bin Kamal

Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris,

SK Kuala Klawang.

You might also like