You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KLAWANG

71600 KUALA KLAWANG,


JELEBU, NEGERI SEMBILAN
NO TEL/FAX : 06-6138168/06-6136940
KOD SEKOLAH : NBA0003

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


KALI 1/2018

KEHADIRAN MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


Tarikh : 28.12.2017
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Kuala Klawang
Pengerusi : Puan Rohaizah Binti Mat Sidek

KEHADIRAN

BIL NAMA
1. Pn Rohaizah binti Mat Sidek (Penolong Kanan Kokurikulum)
2. Pn Siti Fadhliah bt Mokhtar (Ketua Panitia)
3. En Nur Arif bin Kamal (Setiausaha)
4. En Mohd Fayed bin Nurul Huda
5. Pn Norhuda binti Haris
6. Pn Yusnira bt Norohim

Agenda Mesyuarat:

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi


2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
3.0 Perkara-perkara berbangkit
4.0 Pembentangan/ Pelaporan
5.0 Hal-hal lain.
6.0 Penangguhan Mesyuarat
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

Tarikh : 28.12.2017
Masa : 02.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Kuala Klawang
Pengerusi : Pn. Rohaizah binti Mat Sidek

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS


1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat kali ini.
1.2 Ketua panitia menyampaikan pesanan daripada Guru Besar berhubung mesyuarat kali
pertama ini:
1.2.1 Duit peruntukan panitia tidak seharusnya dihabiskan untuk membeli alat-alat
sahaja tetapi perlu digunakan untuk pertandingan murid dan ceramah motivasi.
1.2.2 Setiap panitia perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
1.2.3 Setiap kali bermesyuarat perlu ada seorang pentadbir bersama.
1.2.4 Minit mesyuarat perlu diserahkan sekurang-kurangnya seminggu selepas
mesyuarat dijalankan dan diberikan kepada ahli-ahli dan pentabir.
1.2.5 Minit mesyuarat perlu disimpan di dalam fail panitia untuk tujuan rujukan.
1.3 Mesyuarat ini akan membincangkan tentang keputusan UPSR 2017 yang lalu dan pengurusan
panitia Bahasa Inggeris bagi tahun 2018.
1.4 Tujuan utama mesyuarat adalah untuk memastikan pengurusan panitia Bahasa Inggeris pada
tahun ini berjalan dengan lancar.

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn Norhuda binti Haris
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Yusnira bt Norohim

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada perkara berbangkit.

4.0 PEMBENTANGAN / PELAPORAN


4.1 KEPUTUSAN UPSR 2016
4.1.1 Ketua Panitia Bahasa Inggeris melantik En Nur Arif bin Kamal sebagai
setiausaha panitia Bahasa Inggeris 2018.
4.1.2 Beliau memaklumkan bahawa keputusan UPSR 2017 lebih baik dan terdapat
peningkatan daripada tahun sebelumnya.
4.1.3 Walaupun jumlah murid mendapat A bagi subjek Bahasa Inggeris adalah sama (4
orang) seperti tahun lepas tetapi peratusan yang diperoleh tahun ini adalah lebih
tinggi.
4.1.4 Beliau berharap agar prestasi tahun ini (2018) bagi murid seramai 43 orang akan
lebih meningkat berbanding tahun sebelumnya.
4.1.5 Beliau juga memaklumkan bahawa kelas tambahan pada waktu petang akan
bermula pada jam 2.30 pm – 4.30 pm dan semua guru Bahasa Inggeris terlibat
dengan program ini.
4.1.6 Beliau mengingatkan kepada guru-guru supaya mencetak keputusan secara dalam
talian dan serahkan keputusan tersebut kepada setiausaha panitia untuk tujuan
perekodan.
4.1.7 Pn Norhuda memaklumkan kepada Ketua Panitia Bahasa Inggeris bahawa semua
maklumat berkenaan dengan PPPM telah dikemaskini oleh KPM dan maklumat
tersebut perlu dimuat turun dan dikumpulkan dalam satu fail untuk sumber
rujukan.
4.1.8 Setiap ahli mesyuarat telah bersepakat bahawa jumlah latihan minimum yang
perlu diberikan kepada murid adalah seperti berikut:
 Writing - Murid tahap 2: 4 latihan sebulan (1 minggu 1latihan)
- Murid tahun 6: 1 latihan setiap hari
- Murid tahap 1: 4 latihan sebulan (1 minggu 1 latihan)
 Comprehension - 1 minggu 1 latihan
 Vocabulary - 1 hari 1 perkataan
 Short play / poem / short story – 1 kali seminggu (secara bergilir)
4.1.9 Ketua Panitia mengingatkan bahawa buku teks mesti digunakan ketika proses pdp
terutama bagi murid tahun 6 dan teknik menjawab soalan peperiksaan akan
diterangkan ketika kelas tambahan dijalankan.

4.2 KO-AKADEMIK
4.2.1 Program ko-akademik yang akan disertai untuk Karnival Bahasa Inggeris 2018
adalah seperti berikut:
 Scrabble : Murid 5A (dibimbing oleh En Nur Arif bin Kamal)
 Public Speaking: Murid 5A (dibimbing oleh En Mohd Fayed bin Nurul Huda)
 Story Telling: Murid 4A (dibimbing oleh Pn Siti Fadhliah Binti Mokhtar)
4.3 PROGRAM TAHUNAN
4.3.1 Ketua Panitia Bahasa Inggeris mengingatkan bahawa bulan Mac merupakan
bulan Bahasa Inggeris dan program-program berkenaan dengannya akan
dirancang ketika mesyuarat panitia pada bulan Februari nanti.

4.4 JADUAL PENCERAPAN


4.4.1 Ketua Panitia akan menyediakan jadual pencerapan peringkat panitia.

4.5 UJIAN DAN PEPERIKSAAN


4.5.1 Ketua Panitia telah menetapkan guru yang bertanggungjawab dalam membuat
soalan ujian dan peperiksaan:
 Tahun 1 : Pn Norhuda binti Haris
 Tahun 2: En Nur Arif bin Kamal
 Tahun 3: Pn. Siti Fadhliah binti Mokhtar
 Tahun 4: En Mohd Fayed bin Nurul Huda
 Tahun 5: En. Nur Arif bin Kamal & En Mohd Fayed bin Nurul Huda
 Tahun 6 : En Mohd Fayed bin Nurul Huda & Pn. Siti Fadhliah binti Mokhtar
4.5.2 Bagi aliran yang mempunyai dua orang guru, mereka akan membuat soalan ujian
dan peperiksaan secara bergilir.

4.6 LDP
4.6.1 PLC bagi semester 1 telah ditetapkan seperti berikut:
 Tahap 1: En. Nur Arif bin Kamal
 Tahap 2: Pn Siti Fadhliah bt Mokhtar

4.7 LINUS
4.7.1 Pn Norhuda memaklumkan bahawa prestasi LINUS mestilah ditambah baik pada
tahun ini berbanding pada tahun sebelumnya.
4.7.2 Sehubungan dengan itu, program SINAR PAGI diadakan bagi mengurangkan
jumlah murid yang lemah.

4.8 NILAM
4.8.1 Pn Siti Fadhliah akan memberi jadual pelaksanaan NILAM kepada guru-guru
bahasa.
4.8.2 Program ini akan bermula pada bulan Februari dan guru-guru perlu memastikan
murid ada buku NILAM dan mengisinya setiap kali selesai membaca.
4.9 SALC
4.9.1 Pn Siti Fadhliah bertanggungjawab menjaga bilik SALC ini. Beliau diingatkan
supaya menceriakan bilik tersebut dan membuat carta organisasi.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pn Siti Fadhliah bertanya tentang penggunaan buku tulis bagi murid tahap 1 dan tahap 2.
5.2 Ketua Panitia memaklumkan bahawa 3 buah buku tulis digunakan untuk murid tahap 1 dan 4
buah buku tulis termasuk buku bersaiz poket digunakan untuk murid tahap 2.
5.3 Ketua panitia juga mengingatkan tentang kepentingan perbendaharaan kata (vocabulary)
dalam pdp. Ianya perlu ditulis berulang kali agar murid dapat mengingat perkataan tersebut
manakala pembetulan perlu ditulis sebanyak 5 kali agar murid sedar tentang kesilapan yang
dilakukan dan tidak akan mengulanginya.
5.4 Pn Yusnira selaku guru pra sekolah bertanyakan tentang keperluan penggunaan tatabahasa
(grammar) ketika proses pdp.
5.5 En Fayed memaklumkan bahawa tidak perlu beri penekanan yang khusus kepada penggunaan
tatabahasa (grammar) kepada murid pra sekolah tetapi beliau lebih menekankan supaya
murid-murid tersebut menambah perbendaharaan kata (vocabulary) mereka.

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi.

Disediakan oleh:

..............................................................
(NUR ARIF BIN KAMAL)
SETIAUSAHA PANITIA BAHASA INGGERIS
SK KUALA KLAWANG, JELEBU

s.k 1. Fail PANITIA BI

You might also like