You are on page 1of 3

Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang

71750 Kuala Klawang


Negeri Sembilan Darul Khusus

Minit Mesyuarat Program Susu 1 Malaysia


Kali Kedua, Tahun 2017

Tarikh : 18.09.2017
Masa : 2:00p.m.
Tempat : Bilik Komputer
Pengerusi : Pn.Rohaizah bt Mat Sidek
Kehadiran : 11/11
Guru yang hadir :
1. Pn.Rohaizah bt Mat Sidek
2. Pn.Halmiah bt Suratman
3. Pn.Rohaya bt Ahmad
4. Pn.Rusnani bt Jaafar
5. Pn. Rosda bt Mahat @ Kassim
6. En.Nur Arif bin Kamal
7. Pn.Zuridah bt Mat Taib
8. En.Mohd Shamsul Kamal b. Ishak
9. Pn.Umimarlia bt. Jamil
10. Pn.Siti Fadliah bt. Mokhtar
11. Pn.Siti Norhafizah bt. Abdul Kadir

Tidak Hadir:
Tiada

1. Perutusan Pengerusi

Ucapan Selamat Datang – Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke


mesyuarat kali kedua Program Susu 1 Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada
mereka kerana sudi menghadiri mesyuarat ini.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat yang diadakan iaitu minit mesyuarat kali pertama untuk sesi 2017 telah
disahkan tanpa sebarang pindaan.

3. Perkara Berbangkit.

3.1 Pelancaran Program Susu 1 Malaysia


3.2 Murid Program Susu 1 Malaysia Tahun 2017

3.3 Program ini telah bermula pada bulan Ogos 2017, iaitu selepas mendapat bekalan
susu. Murid-murid yang terlibat sedang menerima seorang sekotak susu pada
setiap hari Selasa dan Khamis setiap minggu seperti yang telah dibincangkan pada
mesyuarat yang lepas. Setakat ini tiada sebarang aduan kerosakan dilaporkan.

Tindakan:
Guru Program Susu 1 Malaysia
PK HEM

3.4 Penyimpanan Susu


Guru yang bertanggungjawab memastikan tempat penyimpanan susu adalah
bersesuaian supaya tidak berlaku sebarang kerosakan. Murid-murid perlu
menjaga kebersihan semasa minum susu dan mematuhi etika yang ditetapkan.
Murid-murid yang telah minum mestilah buang sampah ke dalam tong sampah
yang disediakan. Guru-guru yang bertugas pada hari tersebut diminta juga buat
pemantauan sekeliling sekolah untuk memastikan sekeliling kawasan sekolah
sentiasa dalam keadaan yang bersih.

Tindakan: Guru
Program Susu 1 Malaysia
PK HEM
Guru Bertugas

4. Perkara Baru

4.1 Tiada

5. Hal-hal Lain
5.1 Penerimaan susu dari pembekal mestilah melalui Guru Besar atau PK Hem.

Tindakan: PK Hem
6. Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00pm dengan ucapan penghargaan ahli-ahli yang
hadir.

Dicatatkan oleh,

-------------------------------
(Nur Arif bin Kamal)

You might also like